Saturday, June 24, 2006

'Retreat' Pengurusan Pentadbiran..2nd day









Tue gambar lepas kami habis untuk pembentangan 1. Sebelum minum pagi, sempat lagi posing..hehee..

Awal pagi (awal tak awal ler dalam 6.30 am..hehee..) aku dah kena bangun since aku adalah di antara urusetia yang bertugas. Pagi ini depa start untuk buat pembentangan 1 dan aku jadi MC. Hanya aku sorang saja yang tak perlu buat pembentangan, bila aku tanya staf bertugas, dia cakap aku tak perlu present apa-apa. Kalau ikutkan hati tak pergi pun tak apa kan?hehhee...Hish..ini yang aku tak berapa gemar nie..bukannya aku tak boleh jadi MC tapi nak mulakan tue, macam-macam yang aku rasa macam nak terkucil, sakit perutlah and so on..aku pernah baca dalam satu cerpen time aku di sekolah menengah, dalam cerpen tue tulis 'paling susah dalam hidup adalah susah untuk memulakan sesuatu' and that's what happened to me. Tapi alhamdulillah i did not well..hehe..puji diri sendiri lah nampaknya.
Settle saja Pembentangan 1, kami minum pagi. Lepas tue baru masuk slot ceramah. Penceramah tue dari Bahagian Perkhidmatan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Nama dia En. Ahmad Badruddin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah.Really enjoying sepanjang talk yang dia bagi sebab dia slotkan juga small aktiviti. Overall tue regarding semangat kerja berpasukan @ team building.
Lunch time kami ke coffee house. At that particular moment, semua celebriti tengah ada aktivit Explorace kat situ. Sempat lah bergambar dengan Nassir Wahab. Really a smart person, tak makan dek tua. Steady saja. Ramai juga celebriti yang join event tue; Sheila Rusly, Azwan Ali, Roslan Shah, Sharifah Shahora, Didie Alias (seksi gilos minah nie), Richie Rachman, Wahid Senario dan ramai lagi lah. Memang kami nie langkah kanan ler sebab dapat beramah mesra dan senyum dengan artis-artis tue. Kawan-kawan yang memang suka bergambar nie tak lepaskan peluang untuk take a snap dengan artis favourite depa. Aku cuma memandang dari kejauhan saja lah..
Petang kami masuk ke slot Pembentangan 2; suppose 3 group tapi dapat present 2 group saja. Mata sebelah kiri aku nie pulak start rasa tak selesa, macam ada pasir saja. Dah puas aku gonyoh dan letak eye drop, but can't help at all. Takkan sebab contact lense sebab aku baru saja tukar yang baru. Ataupun sebab lighting dalam bilik seminar tue..erm..Lepas minum petang, kami terus balik ke bilik dan bersiap-siap nak ke pantai. Terus aku tanggalkan my contact lense dan pakai spectacle. Sampai saja kat bawah, dah ada kengkawan yang lain dah terjun ke swimming poll. Aku dengan sorang lagi staf turun ke pantai sebab bebudak lelaki katanya nak main bola, so kami ingat nak join tengok. Tapi bila sampai sana, ada 2 ke 3 orang saja. At last kami 'tanam' sorang staf lelaki tue sebab dah tak tau nak buat apa dah. Dalam 1 jam lepas tue baru kami balik ke bilik.
Malamnya kami ada buat jamuan untuk hari lahir bulan Mei dan Jun. Of course aku dapat hadiah since aku 'penghulu' bulan Jun..hhee..meantime kami diberi a door gift each one of us. Dalam dok makan-makan tue, dekat sebelah coffee house tue selebriti tengah dok buat macam konsert gitu, depa jemput Nassir Wahab. Aku yang memang minat lagu yang dia tengah nyanyi tue terus tarik tangan kawan aku lagi sorang ke sana. Door gift tue kami letakkan saja di atas meja tue sebab lepas dengar lagu kami akan ke meja tue balik. Habis saja dengar lagu tue, kami ke meja tue balik, tapi door gift tue dah tak der dah. Puas bertanyakan to the waiter and the waitress there, but they have no idea about that. Confirm hilang, tapi sapa yang ambil? Really confused and frustrated. Itulah pasal, penangan Nassir Wahab sampaikan hilang door gift.

No comments: