Friday, June 16, 2006

Journey to Kampung

After Jumaat pray (hehe..macam aku pulak yang pergi solat Jumaat) aku terus gerak balik kampung. Aku ikut jalan Batu Caves tue. All the way memang hujan, sampaikan ke satu tahap memang kat depan tue nampak putih jer. Terpaksalah aku keluarkan emergency lampu. Risau juga. Memang aku dah berjanji dengan parents aku yang aku nak sampai dalam tengah hari, tapi aku ada hal sikit sebelum tue. Selalunya aku akan singgah dulu di Kawasan Rehat Tapah, tapi memandangkan hujan yang seakan tak nak tahu bila nak berhentinya tu, aku teruskan saja perjalanan aku. Lepas saja dari exit Gopeng from the other side there was an accident. Rasanya baru lagi jadi tue sebab kereta tue berasap. Lepas tue pemandu tue pulak dah macam terkulai dah. Naik kereta Gen2 warna biru tercouise. Time tue pasukan penyelamat memang dah ada kat situ dah. Aku memang tak berhenti pun sebab still hujan lagi. Rasanya pemandu tue dah teruk ler, sebab macam dah tak sedar dah. Sampai saja rumah semua family aku dah ada. Anak sedara aku, Harris pulak tidur dalam buaian dia. Akupun apa lagi, terus kejutkan dia. Dah agak besar, kaki pun dah besar dan agak tegap. Sempatlah aku memain jap dengan dia. Lepas bincang sesama kami, so we are decided to go bertolak early in the next morning.

No comments: