kadang-kadang kita menilai.. kadang-kadang kita dinilai.. tetapi sejauh mana penilaian kita, belum tentu sama dengan orang lain menilainya..
Thursday, January 31, 2008
Tak Terduga
Monday, January 28, 2008
Al Ikhsan
Sunday, January 27, 2008
Prihatin..dah tua dah..
Saturday, January 26, 2008
Boling Lagi..dan lagi..dan lagi..
Erm...baru jam 10.00 pagi..awal lagi. Sementara nak tunggu jam 12.00 tengah hari nie, aku buat dulu apa-apa yang patut; sidai baju, kemas bilik yang dah selerak bagai dengan baju and other stuff, kemaskan katil yang dah macam kapal karam, seterika baju etc..etc..etc..
Sewaktu aku turun ke bawah nak sidai baju, tuan rumah tengah menonton televisyen. Sambil dok sidai baju tue, tuan rumah tue bertanyakan pasal program aku untuk hari ini. Jadi aku pun maklumkan yang aku akan je JJ Seremban untuk bowling tournament under my department. Siap lagi tanya aku nak gerak ke sana jam berapa. Erm..nampak gayanya aku kena pergi ke sana sorang-sorang nie. Bukan tak pernah ke sana, semalam pun aku dah ke sana dah..hehe..tapi tak pernah ke sana seorang diri. Tawakkal sajalah, drive pelan-pelan kan. Biar lambat asal selamat. Tapi tak adalah terlalu perlahan hingga membangkitkan kemarahan orang lain..huhuhuhuhuhuhu..
Tepat jam 1.00 tengah hari, aku keluar dari rumah. Erm..rasanya baiklah aku pergi makan dulu. So aku singgah kejap ke kedai mamak as usual tue. Makan sikit saja. Kemudian barulah aku ke sana. Tepat jam 1.50 tengah hari, aku dah sampai dah. Tapi memusing cari parking daripada parkir dalam bangunan hinggalah ke luar. Nasib baiklah kebetulah ada satu kereta tue nak keluar. Cuma nak menunggu orang tue masuk ke dalam kereta, seksa amat. Sebab dia tau aku nie dok nak tunggu untuk amik parkir dia, saja je dia wat pergerakan 'lenggang mak limah'. Lepas satu, satu barang dia masukkan dalam bonet kereta tue. Dapat saja parkir, terus aku meluru ke aras bowling tue.
Lucky me. Sesampai saja, one of my friend baru nak umumkan pemain setiap lane. Alhamdulillah. Ambil saja kasut, terus aku ke lane group aku. Dalam nak menuju ke sana, tiba-tiba pandanganku terarah ke satu arah. Aku nampak tuan rumah aku! Sampai hati dia buat kat aku macam nie. No wonder beria-ia menanyakan pasal bowling. Rupa-rupanya dia pun join skali. Agaknya dia tak nak aku tumpang naik kereta dia kot. Aku pun tak hingin! Tapi apa salahnya cakap yang dia pun nak pergi sekali. At least bolehlah kami saing sekali. Umur dah banyak pun, tapi perangai macam budak-budak. Apa da...lantaklah kat dia.
Habis saja tamat 3 frame, group aku terus beredar dari situ. Kalau tunggu pun confirm group kami dah sememangnya dah kalah..wakakakaka...sambil tue kami berlegar-legar dalam kawasan tue. Kengkawan aku ada le membeli barang sikit. Kemudian barulah kami balik. Kebetulah ada sorang budak nie memang aku offer dia balik dengan aku. Sekurang-kurangnya aku ada kawan nak bersembang.
Sampai saja ke rumah, dalam 15 minit kemudian kawan aku datang jemput aku. Aku menemankan dia ke KL. Hantar borang untuk adik dia. Kemudian, dia keluar dengan sorang mamat nie, jiran depan rumah dia. Kami pergi makan kat area Sentul gak. Adoi, sesak nafas aku makan di kawasan tue. Kalau boleh, tak nak la aku ke sana lagi. Tak sanggup dah rasanya. Bukannya aku memilih, tapi aku kurang selesa dengan environment tempat tue.
Monday, January 14, 2008
Markah LNPT
Sunday, January 13, 2008
Cermin
Sunday, January 06, 2008
CD..neck tie..
Petang tadi aku called Abang. Aku katakan padanya aku nak jumpa dia. He said okey. Aku pun bersiap lebih kurang. Then terus ke pusat bandar. Sebenarnya aku plan nak celebrate birthday Abang. Kalau awal-awal lagi aku cakap tujuan sebenar aku nak berjumpa dengan dia, sah-sah dia tak nak. Jadi better aku buat selamba saja.
Sampai saja di Ampang Point, aku terus ke kedai CD. Cari CD Bonie Tyler. Got 2 album. Tahun 1994 dengan tahun 1998. Tapi tak adalah track 'Eclips of my heart'. Kalau ada, memang senang dah kerja aku. Tak apa. I got another alternatif. Dalam nak menuju ke bahagian lelaki, di ruang legar bawah tue, diadakan pameran untuk pakej kawin. Amboi meriahnya suasana. Mana lagi dengan pasangan yang sibuk bertanyakan itu dan ini. Manakan lagi staf kat situ yang sibuk mengedarkan pamplet berkaitan. Dengan dummy patung yang memperaga baju-baju pengantin yang 'grand banget' gitu....hehe..
Sebenarnya minggu lepas time aku ke Berjaya Times Square, aku dah belek-belek dah tali leher yang ada dijual kat sana. Ada satu tali leher tue memang aku berkenan. Colour orange dan berbelang-belang sikit. Tapi duit tak cukup time tue. Kawan aku pulak suggestkan aku pilih colour biru. Cuma aku kurang berkenan dengan colour. Abang call saja terus aku cakap kat dia,
"I ada berkenan dengan satu neck tie nie, but i don't have enough money to buy,"rungutku. Rasa terkilan sangat.
"No need to buy anything for me, sayang. Just keep your money okey. Jangan membazir untuk i," itu la ayat yang dia selalu gunakan. Dia memang tak suka aku membazir, tapi apa salahnya kalau aku berbelanja untuk orang tersayang kan? Tahun lepas dia hadiahkan aku jam tangan, tapi rasanya aku belum mampu lagi untuk hadiahkan dia jam tangan jugak, hehhehe..
Sebaik saja kaki mencecah di 'men section', terus aku meluru ke bahagian tali leher. Sebelum tue sempat lagi aku membelek pemetik api. Kang kalau aku beli pemetik api kang, dikatanya aku nak bagi dia mati cepat...hehe..Aku belek-belek gak tali pinggang. Erm..tak pandai la aku nie nak memilih tali pinggang nie. Kang silap pilih kang, dia tak nak pakai pulak. Terus aku bulatkan tekadku untuk beli tali leher.
Selepas membelek-belek, akhirnya aku pilih tali leher colour maroon, ada belang-belang sikit. Hopefully he likes the colour that i choose, insya-ALLAH. Harganya RM139.00. Sekurang-kurang aku berpuas hati. Sama ada dia nak pakai ke tidak, terpulanglah pada dia. Tapi harap-harap dia pakai le..hehe.. Aku minta sales girl tue balutkan sekali. Kang kalau aku yang balutkan hadiah tue kang, hancur jadinya kertas wrapping tue..hehe..aku minta gak sales girl tue berikan aku paperbag.
Aku turun pulak ke level yang jual english novel terpakai tue. Dah alang-alang tue aku tolong carikan novel yang kawan aku nak tue. Jenuh membelek-belek, tak adala pulak. Perhaps next time i will come again.
Turun lagi sampai ke level bawah di ruang legar tue. Aku nak beli kad ucapan pulak. Aku nak tukar la paper bag nie. Rasanya macam kurang sesuai saja. Nanti baru saja bagi hadiah tue nanti, Abang dah tahu dah apa isinya. Jadi aku belikan kad ucapan dengan paper bag. Last but not least, aku belikan mocca cake.
Terus aku menuju ke kedai kejap. Setibanya aku di sana, dia tak ada. I called him. He went to buy something nearby for a while. Jadi aku terus masuk ke kedai dia. Bagus gak dia tak ada, boleh aku buat persediaan sikit. Aku buka penutup kek tue, keluarkan kek dan nyalakan lilin. Dalam lima minit lepas tue, dia pun sampai. Nasib baik aku letakkan semua barang-barang birthday tue dalam bilik yang lagi satu tue.
Dia masuk saja, terus aku wish kat dia. Senyum panjang member..hehe..terus aku keluarkan kek. Tergamam dia. Tak sangka i will make such surpise to him. Dia tiup lilin. Aku berikan pula kad ucapan. Tengah dia dok baca kad tue, aku keluarkan pulak hadiah dia. Terus dia buka. Alhamdulillah dia suka dengan pilihan warna yang aku pilih tue. Boleh suit dengan banyak baju. Siap tanya aku beli kat mana, berapa harganya, tapi aku katanya padanya price is not the subject. Alhamdullillah, dia nie satu perangai dia yang aku dah faham sangat, kalau dia dah tak berkenan tue, jangan harap la dia nak pakai. Kebetulan kemeja yang dia pakai tue belangnya warna agak maroon, terus dia pakai tali leher tue. Kembang kempis jap hidung aku...wakakakakaka..