Wednesday, February 08, 2006

X-file

Pagi nie ntah nape ntah terbangun awal..pas tue dah x leh tido. Agaknya semalam aku bantai tidoq awai kot pas pekena ubat selesema ngan ubat batuk tue. On the way aku rasa cam something hit kt ream kete tayar belakang sebelah kanan..aku dah rasa cuak dah! Cuma aku berdoa agar dijauhkan perkara2 yang x diingini. Alhamdulillah sampai jer depan umah aku terus turun dr kete and check tayar belakang..ok jer..(actually semalam aku tido kt umah kawan aku). Kawan aku pun dah siap so kami kuar awal sket gie b/fast. Tetiba dia buka cite. Dia kata semalam dia rasa 'lain macam'. Petang tue dia called kawan dia, so kawan dia suggest suruh baca apa2 yang patut. Malam tue dia pegi ke opis jp dan terus minta sorang student(dia nie mmg stay ngn kami tp kekadang dia lik asrama) lik umah temankan dia tidoq. Malam tue time nak tido pintu bilik yg dah ditutup tue tetiba jer bukak sendiri, siap ngan bunyi pintu tue lg. So student tue bgn dr tilam terus tutup pintu tue. Aku jadi x terkata apa-apa. Sebabnya malam sebelum tue memang aku tetiba jer rasa nk tido sebilik ngan dia. X tau pasai apa. Kakak dia sebelum tue stay ngan kami tapi hari Sabtu lepas dia dah start pindahkan barang2 dia kt umah baru sbb dalam bulan Mac nie dia dah nak kawin. So kes nie jd dalam bilik akak dia ler (kami tidoq dlm bilik akak dia sbb tue master bedroom). Nak dijadikan cite hari tue mmg aku ngn kawan aku nie amik MC sama2; aku demam dia lak still x sihat due to the accident last Disember; tengkuk dia problem sket. Malam tue sebelum tido aku pasang lampu kecik yang aku beli kt Ampang Point. Baru jer nk lelap mata, tetiba jer pintu bilik terbukak! Aku dah rasa meremang dah time tue, tp aku amik inisiatif pejamkan mata; niat dalam hati yang kalau boleh minta dijauhkan dr perkara yang bukan2. So kawan aku tue bangun dan tutupkan pintu tue kuat2. The next day sama2 x terbuka cerita malam tue. Sampai ler ke pg td time aku b/fast ngan dia. Kawan aku nie jenis Islamic sket, so mungkin dia ada 'anugerah' senang nampak 'benda2' nie (serba salah nk percaya ngan hal2 cam nie..kalau sapa2 yang baca pasai hal nie..mungkin leh kasi comment camner...) mmg malam tue 'benda' tue ada dalam bilik time tue..and the same thing also the nite after. Sebelum tue pun dah jadi insident cam tue dah. Ada sekali tue tinggal aku sorang jer..sbb time tue kawan aku tue still cuti sbb accident ngan kakak dia lak lik kg. Malam tue sebelum tido mmg aku dah tutup pintu bilik akak dia. Time aku nk start tido jer..tetiba dengar pintu bilik tue terbuka! The next morning mmg pintu tue betul2 terbuka. Nk kata angin kuat sgt malam tue, x der..sbb aku dah make sure (ada 3 bilik kt tingkat atas; pintu bilik tue saling2 mengadap to each other) bertutup. Tup..tup..jadi lak cam tue! Aku kalau boleh tue mmg x nak fikir sgt pasal benda nie..tp time malam tue memang meremang bulu roma..betui! Tak tipu..
Ntah ler..sepatutnya bulan nie kami dah berpindah ke umah baru, tp tuan umah tue x nak kasi deposit. So dia suruh kami stay situ sampai ujung bulan nie. Aku memang dr mula lagi x suka kt tuan umah tue. Mula2 time nk berpindah janji macam2; kalau rosak just cakap kt tuan umah tue and he will come at once. Tapi 'taik kucing' punya janji. Sebelum masuk umah tue budak umah aku dah gie check dulu umah tue tp dia x bape berkenan kt lantai tue sbb still ada bekas2 cat kt depan lantai pintu umah. So looks unpleasant. Aku lak yang memang time tue tengah 'panas' (depan umah ada kayu2 berselerak, then belakang umah lak ada banyak sampah2 dari penghuni terdahulu cam tayar and so on) terus jer sound tuan umah tue sbb aku 'x puas hati'. So dia ngan wife dia terus mai jumpa kami kt opis. Buka jer pintu kete tue terus wife dia sound kt kami 'Ha...apa yg x puas hati tue?' Nampaknya wife dia yang emotional..tuan umah tue lak terus 'speaking' jer ngan kami. So aku pun explained minta dia bersihkan apa2 yg ptt..sbb keselesaan tue penting. Tup..tup..dia buka cite yang dia ada 9 buah umah sewa dan umah sewa yang paling mahal harga dia RM5,000.00. Kalau takat umah sewa kami nie yang bape je jumlah RM tue dia x bape nak heran sangat. Dia cakap kalau nakkan keselesaan leh amik umah tue (amoi..time tue dia cakap mmg ngn nada riak pun ada gak..dia nk tunjuk yang dia bukan jenis 'kokak' ler..chit..!). Lepas jer kami dah start masuk umah tue, macam2 masalah timbul. Kat belakang umah tue tuan umah tue dah kasi uncle India belakang tue bercucuk tanam kt laman belakang. Ada ka patut! Rasa cam kami nie lak dok menumpang kt umah tue. Abis jer bercucuk tanam dia biar jer rumput panjang menjalar. Sapa yang x 'hangin'? Mula dari tue satu persatu masalah datang; lampu toilet bilik aku rosak, bila cakap kt tuan umah tue dia kt x leh repair. Lampu bilik sebelah pun sama gak. Then paip kt dapur tue bocor. Bilik air bocor. Tapi bila wat aduan kt tuan umah tue, dia wat endah x endah. Agaknya mungkin dia still geram ngan apa yang aku dah sound dia, kot ler..aku pun dah maleh nk pikiaq panjang dah..nnt lagi sakit kepala nie..

No comments: