Saturday, June 30, 2012

Shopping di Wang Kelian dan Padang Besar

Mamu bersama dengan wifey and son


Adik



Amir




Jadid, Manje dan Adik


Happy family


Dari Kiri (Belakang) Amir, Nor dan Mama
Dari Kiri (depan) Adik, Afif dan Harris


Harris Aiman


suruh senyum sekali dia sengih gitu...isyy...dah cam iklan gigi dah tuh..


ini permintaan Harris sendiri yang minta fotonya diambil.  Sebab dia memang amat susah nak bergambar.


sempat lagi posing sebelum menapak ke gate Wang Kelian tuh


bergambar berdekatan dengan gate Wang Kelian



ada orang tu dah rasa cam kapal terbang langgar awan..larikkkk


lena sungguh 'anak beranak' ni tido



tak lekang dengan robot yang dia baru beli tu

















loving couple



Ha..gambar-gambar ni pulak time rombongan gi ke Wang Kelian dan Padang Besar.  Kami bertolak pergi pada 30 Jun 2012 (Sabtu) jam 12.00 tengah malam.  Sepatutnya pergi dengan 2 bas, tapi hanya satu bas sahaja yang beroperasi.  Bas satu lagi rosak.  Kesian juga pada ahli rombongan lain yang tak dapat turut serta.  Rezeki kami sebab bas kami dalam keadaan baik.  Cuma bila time nak naik bukit sebelum sampai ke Wang Kelian (awal pagi time tu) tetiba kurasakan gear macam tak masuk je.  Terus dalam hati ni berkata-kata, 'janganlah bas ni rosak kat tengah-tengah bukit dan kiri kanan ujan getah je).  Alhamdulillah bas selamat sampai kat parking Wang Kelian.  Terus driver tu panggil mekanik untuk tengok apa masalahnya dengan gear bas tu.  Sebelum turun dari bas, ketua rombongan, Kak Lela siap kasi pesanan.  Katanya kalau nak beli beras atau mangga nanti kena sorok sikit time UPP nak wat pemeriksaan.  Mana yang bawa kanak-kanak pun kena hati-hati.  Iye la kita dah masuk sempadan Siam.  Buatnya diculik budak-budak, alamatnya memang tak jumpa dah.  Entah ke mana hala dorang akan bawa lari.  Then kami terus turun dari bas, menggeliat, gi toilet.  Then terus berjalan ke atas menghala ke pagar pintu masuk.  Sebelum tu bersarapan di gerai berhampiran.  Tak sedap langsung.  Tapi mengenangkan sekadar nak isi perut, kutelan jua nasi yang lauk ayamnya masin..aduyaiii..

Buka je pintu pagar, rombongan kami serta yang lelain berpusu-masuk ke ruang jualan.  Sementara orang Siam pun berpusu-pusu gak menghala ke gerai jualan rakyat Malaysia.  Semua item menarik.  Aku sempat beli keychain, beras pulut untuk mama, pes tomyam yang Shikin pesan serta buat mama, selimut yang dipesan Cik Yanee.  Memang heaven aar shopping situ.  Rasa macam nak bawa balik semua yang ada di situ.  Kat Wang Kelian semua item yang dijual dengan harga yang amat berpatutan dan murah.  Jadi nak minta kurang tu rasa tak sampai hati sebab dah murah.

Kemudian kami ke Padang Besar pulak.  Kat situ kalau nak cari blouse, jersi, kerongsang, memang itulah tempat terbaik.  Kalau diberi kesempatan memang aku nak pergi lagi..yehaaaa...


No comments: