Sunday, October 28, 2007

3 in 1



Hari nie aku turun ke KL. Aku gie sorang-sorang aje. Tengoklah kalau sempat, aku pergi jumpa Abang jap, kalau tak sempat tue, lain kali saja lah..hehe..Sebab main point aku hari nie, aku nak pergi 'mencantikkan' diri aku..huhuhuhu..cam perasan lawa pulak..huhuhuhuhu..so i need to spend my time alone, without any interruption.
Awal pagi lagi aku dah bangun, pergi breakfast. Lepas tue mandi, bersiap apa-apa yang patut. Then terus saja gerak ke KL. Jalan raya dah start nak jammed. Aku sampai saja ke tempat yang dituju tue, terus ke pergi ke butik baju untuk ambil baju yang aku hantar untuk buat alteration. Staf yang semalam attended to me ada kat situ. Nampak saja kelibat aku, bergegas dia pergi ambil baju aku. Tetiba saja dia cakap,


"Akak, semua kain dan baju untuk alteration nie kena charge RM25.00". Tergamam aku sekejap.


"Bukan hari tue awak cakap yang baju untuk alteration nie tak dikenakan apa-apa charge? Kalau saya tahu alteration kt sini kena charge dan mahal macam nie, baik saya alter kat luar saja. Boleh dapat lagi murah daripada nie." Ujarku. Sambil tue aku belek-belek 'padding' bahu baju aku tue. Diaorang nie pepagi lagi (pagi pun tak pagi dah le, dalam jam 11.10 pagi gitu..) dah 'spoil'kan mood aku.


"Saya minta you jahit terus kan 'padding' baju nie? Kenapa masih belum berjahit nie?" Volume suara aku dah naik ke 'level 3' dah.


"Akak tunggu sekejap yer, saya pergi tanya kat bos saya jap," meluru dia ke kedai sebelah. Rupa-rupanya bos dia dok 'menebeng' kat kedai sebelah. Tak berapa lama lepas tue bos dia pun sampai (the wife). Terkedek-kedek datang dengan muka yang 'blur'.


"Hari tue you cakap baju untuk alteration nie tak dikenakan apa-apa charge. Sekarang nie you charge pulak, macam mana nie?" Roman muka aku memang dah lain macam dah. Sikit lagi je dah leh jadi cam 'tapai basi' dah. Tunggu masa je tue.


"Baju-baju nie dah best buy, sebab itu la kami charge untuk sebarang alteration." Jawab bos tue. Muka tak bersalah saja.


"Saya minta you jahitkan terus 'padding' nie, tapi you tak buat pun. Sekarang nie macam mana?" Kebetulan ada seorang pelanggan masuk ke butik tue. Lantak le pelanggan tue dengar ke tak apa yang aku dok bebelkan. Biar bos tue tau sket rasa bertanggungjawab.


"Ermm..kalau macam tue, baju nie tinggalkan dulu kat sini, nanti bila-bila datang ambil," bos tue memberikan penjelasan.


Disebabkan dah malas nak bertekak,


"Macam nie la, sekarang nie you kira berapa amount yang i nak kena bayar nie, tapi tolak dengan harga yang kononnya you charge untuk buat 'padding' tue. Lagipun saya tak ada masa nak datang lagi. I've come all the way, and it's costing me and only going to waste my time for this small mattter. I might as well made it at my place."


Bergegas bos tue called tailor tue confirm berapa amount sebenar yang aku harus bayar. Akhirnya aku dikenakan RM20.00. Melayang le RM20.00 aku tue. Still an amount.


"Saya minta maaf yer," terus aku ambil baju tue tanpa tengok muka dia. Geram, kecewa, semuanya ada. Langsung tak ada rasa bertanggungjawab. Dah la semalam aku pergi dah kena tunggu selama 20 minit. Ini pulak bila dah ambil baju, ada pulak masalahnya lagi. Selalunya baju yang aku buat ataupun beli kt satu-satu tempat tue, kalau buat alteration, memang free of charge. Tapi lain pulak konsep butik batik nie. Aku harap apa yang jadi nie boleh dijadikan pengajaran dek bos nie. Kalau dia nak berfikir untuk kebaikan dan keuntungan kedai dia le. Tahun nie memang aku beli baju siap saja. Since aku dah pernah beli baju kat butik nie, so hari tue dalam bulan puasa baru-baru nie, aku pergi ke butik nie memandangkan banyak koleksi baju-baju yang aku suka. Aku amik baju kurung saja. Masuk saja ke butik tue, aku dilayan endah tak endah. Agaknya time tue aku pergi pakai 'serabai' kot. Iye la dengan sandal, jeans dan T-shirt. Sedangkan orang-orang yang masuk ke kedai tue semuanya pakai cantik-cantik dan 'berkemas'. Aku memang jenis macam tue. Kalau time nak beli baju, aku prefer pakai seringkas mungkin, sebab menyenangkan aku nak fitting baju nanti. Rupa-rupanya diaorang nie memang tengok penampilan. Bila dia tengok aku beli 3 pasang baju yang harganya 'boleh tahan', bukan aku nak membangga diri, tapi aku nak buktikan walaupun aku 'serabai' tapi aku mampu berbelanja tau...wakakakak...time aku bayar, terus bos pompuan tue buat muka ramah, siap tepuk lembut bahu aku. Tak kuasa aku nak melayan. So dari situ, aku memang dah boleh buat kesimpulan dah.




MORAL OF THE STORY: Jangan pandang orang tak ada 'rupa'. Do respect them as well. Kalau macam nie la mentaliti orang Melayu, macam mana kita nak maju dalam perniagaan. Langsung tak ada 'psikologi perniagaan.




Settle saja ambil baju tue, bergegas aku ke salon rambut pulak. Rasa marah nie memang still ada lagi nie. Melangkah saja kaki aku ke salon tue, terus pekerja pompuan yang selalu attend to me meluru ke arah aku. Bila harga yang ditawarkan untuk buat 'trim' rambut aku nie lebih murah berbanding dengan tempat yang aku tanya that day, tanpa berlengah terus saja aku buat rambut kat situ. Dalam setengah jam, barulah mood aku dah beransur okey. Macam-macam tue Chinese girl tue offer aku. Mula-mula tue bagi aku Chinese tea. Lepas tue coffee lak. Sampaikan aku minta nak ke ladies jap yer, tak tahan sangat nak 'terkucil'. Jam 3.30 petang barulah settle rambut aku dirias. Aku minta Chinese girl tue trim rambut aku dengan potong rambut aku sekali. Disebabkan rahang aku besar, so aku minta Chinese girl tue buat layer dan tutup bahagian rahang aku tue. Dah setahun dah aku biarkan saja rambut nie tanpa sebarang treatment. Jangan pulak ingat 'rambut' lain yer..huhuhuhuhuhu..


No wonder la badan aku asyik ketar aje..rupa-rupanya aku makan pagi tadi saja. Turun dari saloon tue, terus aku gie makan kat MacD dulu. Then terus pergi buat facial. Kebetulan tak ada orang. Jadi sampai saja kat kedai facial tue, terus akak tue buatkan facial kat aku. Jam 6.45 baru aku gerak keluar. Rupa-rupanya jammed teruk sampai ke tol Sungai Besi. Alhamdulillah aku selamat sampai.

Bilik aku pulak dah macam tongkang pecah aje. Alahai, aku dah letih nie..biarla..bilik aku..rajin nanti pandai-pandaila aku kemaskan..zzzzzz...



No comments: