Hehe..bunyinya macam catchy kan.Ni ha aku nak cerita. Tadi aku called Amir. Tengah sembang-sembang, tetiba terdengar bunyi suara tangisan Harris. Amir cakap Harris nangis sebab petang tadi Aylie tebang habis semua pokok-pokok roselle kat depan rumah tu. Sebabnya dipanah petir. Pokok-pokok tu dah mula mati di bahagian rantingnya. Sebenarnya pokok-pokok roselle tu Harris yang tanam. Setiap kail dia datang rumah mak memang dia tak pernah miss untk siram pokok-pokok tu sampailah berbuah dan mendatangkan hasil. Even hasilnya pun ada yang dapat dijual. Untungnya dimasukkan ke dalam tabung Harris. Agaknya mungkin dia sedih sebab lepas nie dia tak dapat lagi siram pokok-pokok tu. Jenuh jugak ayah nak pujuk dia berenti nangis. Aduhai anakku.
Ingat lagi waktu umur dia 6 bulan. Mak beli anak pokok rambutan kahwin. Kiranya mak aku bagi dia tanam pokok tu. Mak dukung dia suruh dia siramkan pokok tu. Memang berbuah. Sempatlah berbuah sekali. Lepas tu ayah tebang sebab pokok tu block parkir kereta kat area rumah. Apalagi, menangis melalak satu rumah. Kat semua orang dikhabarkan yang pokok rambutan dia ditebang dek Tok Wan dia. Nak tergelak waktu tu tapi kami tahankan aje kat depan dia. Somehow tangan dia memang boleh tanam pokok. Bebaru ni time mak masuk hospital, jiran Chinese lady bagi satu jenis pokok herba ni untuk mengubati kencing manis untuk ditanam. Harris yang tanam kat tepi rumah tu. Alhamdulilah, naik elok pokok tu. Hehe..kalau aku, maunya mati pokok tu. Tanam lalang bolehlah..huhu..
kadang-kadang kita menilai.. kadang-kadang kita dinilai.. tetapi sejauh mana penilaian kita, belum tentu sama dengan orang lain menilainya..
Monday, October 31, 2011
Friday, October 14, 2011
Mak
Pagi ni selepas aku selesaikan semua urusan di pejabat, terus aku lunsuri balik ke kampung. Aku sms kt bos, minta kebenaran untuk aku bercuti. Mak dimasukkan ke hospital. Adik cakap, dua hari lepas mak menggeletar satu badan. Dah diberikan ubat. Ok dah lepas tu jadi semula ketar badan. Dorang memantau dalam sehari gitu. Kot-kot kena demam denggi ke apa ke sebab sekarang ni memang musim orang kena demam denggi. Tapi bila mak menggeletar teruk (sampaikan dua orang adik aku kena pegang tangan mak untuk kurangkan ketar dia tu) terus adik lelaki aku hantar mak ke Hospital Apollo. Apa lagi kena tahanlah. Rupa-rupanya mak jadi gitu sebab kuman darah kotor dah masuk ke dalam darah due to sakit kencing manis dia tue. Tahun ni mak baru disahkan ada kencing manis. Since that moment, so many things happened. Macam dia selalu letih.
Hati mana yang tak rasa resah bila tahu keadaan mak gitu. Adik cakap even mak nak bercakap pun suara tak keluar. Mak bertanyakan juga pasal aku, aku balik ke tidak. Adik aku dah cakap yang aku akan balik. Sedih je riak muka mak waktu tue. Aduyai. Luluh hati bila dengar. Terus aku nekad untuk pulang ke kampung jugak. Sebelum jam 6.00 petang aku dah tiba di kampung. Terus aku jemput adik aku dan kitaorang pergi ke hospital. Sesampainya di sana, mak terlantar. Pandangan dia dilontarkan ke arah kami. Terus aku bersalaman dengan mak. Aku kucup pipi dia. Aku senyum pada dia. Kutahan kolam mata ni dari terus mengalir. Kebetulan adik aku memang sentiasa menemani dia. Tak bagi dia sorang-sorang di situ. Dorang bergilir-gilir jaga dia. Alhamdulillah. Itulah yang aku harap-harapkan. Saling bekerjasama. Saling membantu and support each other among us.
Aku dimaklumkan kalau keadaan mak semakin stabil, esok dah boleh discharge. Malam ni adik perempuanku akan temankan mak.

Subscribe to:
Posts (Atom)