Wednesday, January 02, 2008

Bengkel Khas Setiausaha


Pagi-pagi lagi PA Dekan (PA bos aku di fakulti tue) buat aku hot! Aku call dia pagi tadi hanya nak double check in case kalau bos aku still available esok, aku nak settingkan mesyuarat. Alih-alih terus dia sound aku,

"Apa hal nie?" Amboi sedapnya bahasa. Sebelum nie bercerita dengan aku dia penah kerja di sektor swasta. Macam nie ke cara PR dia? Rupa macam orang yang tak pernah kerja saja lagaknya. Cakap tue selalu nak menyakitkan hati. Geram betul aku. Kalau aku nie mulut celupar, memang aku 'bahasa'kan jugak budak nie. Tapi kalau aku pun bertindak macam dia, aku pun nampak bodoh cam budak tue gak.


Petang tadi aku ada Bengkel Khas Setiausaha. Biasa la bila Dato' VC dah berucap tue, macam-macam isu yang keluar. Itu la, ini la..dah la bengkel tue start jam 2.15 petang. Mengantuk tue jangan cerita la. Kalau mata nie boleh ditongkat dengan mancis macam dalam cerita 'Tom and Jerry' tue, memang aku dah buat dah...hehe..Kebetulan PA yang selalu buat hal dengan aku tue kena perkenalkan diri dia pada ahli yang lain-lain. Siap bercerita pasal pengalaman kerja di tempat lama dia tue. Bunyinya 'gempak' saja. Kita tengok sajalah nanti perkembangan selanjutnya..hehe.


Tepat jam 5.35 baru lah tamat. Pelik tue! Kalau buat program nie pada waktu pagi dan dinamakan 'bengkel' memang relevan. Tapi buat di waktu petang? Dinamakan sebagai 'bengkel'? Apa-apalah..

Habis saja bengkel tue, aku terus cabut balik. Di pertengahan jalan, tetiba seekor ular melintas. Kecik saja ular tue. Eeeeeiiii..nape la dalam tempoh 2 minggu nie asyik terserempak dengan ular melintas saja? Ngeri dan geli lak...ahaks..
Hari nie gak hari jadi adik ipar aku. Jam 7.00 malam tue aku called dia. Ucapkan selamat hari jadi kat dia. Ikutkan hati, aku memang maleh bab-bab nak wish kat orang nie. Tapi memikirkan yang dia la sorang-sorangnya adik ipar aku buat masa la nie..hehe..lagipun adik ipar aku nie tinggal semua sedara lelaki saja. Satu-satunya kakak dia meninggal, tak tahu la pulak sakit apa. Tak la pulak aku tanya. Jadi rasanya tak salah kalau nak menggembirakan hati adik ipar aku nie dengan wish kat dia. At least biar dia rasa macam mana rasanya ada kakak. :)

No comments: