Sunday, January 06, 2008

CD..neck tie..



Petang tadi aku called Abang. Aku katakan padanya aku nak jumpa dia. He said okey. Aku pun bersiap lebih kurang. Then terus ke pusat bandar. Sebenarnya aku plan nak celebrate birthday Abang. Kalau awal-awal lagi aku cakap tujuan sebenar aku nak berjumpa dengan dia, sah-sah dia tak nak. Jadi better aku buat selamba saja.

Sampai saja di Ampang Point, aku terus ke kedai CD. Cari CD Bonie Tyler. Got 2 album. Tahun 1994 dengan tahun 1998. Tapi tak adalah track 'Eclips of my heart'. Kalau ada, memang senang dah kerja aku. Tak apa. I got another alternatif. Dalam nak menuju ke bahagian lelaki, di ruang legar bawah tue, diadakan pameran untuk pakej kawin. Amboi meriahnya suasana. Mana lagi dengan pasangan yang sibuk bertanyakan itu dan ini. Manakan lagi staf kat situ yang sibuk mengedarkan pamplet berkaitan. Dengan dummy patung yang memperaga baju-baju pengantin yang 'grand banget' gitu....hehe..

Sebenarnya minggu lepas time aku ke Berjaya Times Square, aku dah belek-belek dah tali leher yang ada dijual kat sana. Ada satu tali leher tue memang aku berkenan. Colour orange dan berbelang-belang sikit. Tapi duit tak cukup time tue. Kawan aku pulak suggestkan aku pilih colour biru. Cuma aku kurang berkenan dengan colour. Abang call saja terus aku cakap kat dia,

"I ada berkenan dengan satu neck tie nie, but i don't have enough money to buy,"rungutku. Rasa terkilan sangat.

"No need to buy anything for me, sayang. Just keep your money okey. Jangan membazir untuk i," itu la ayat yang dia selalu gunakan. Dia memang tak suka aku membazir, tapi apa salahnya kalau aku berbelanja untuk orang tersayang kan? Tahun lepas dia hadiahkan aku jam tangan, tapi rasanya aku belum mampu lagi untuk hadiahkan dia jam tangan jugak, hehhehe..

Sebaik saja kaki mencecah di 'men section', terus aku meluru ke bahagian tali leher. Sebelum tue sempat lagi aku membelek pemetik api. Kang kalau aku beli pemetik api kang, dikatanya aku nak bagi dia mati cepat...hehe..Aku belek-belek gak tali pinggang. Erm..tak pandai la aku nie nak memilih tali pinggang nie. Kang silap pilih kang, dia tak nak pakai pulak. Terus aku bulatkan tekadku untuk beli tali leher.

Selepas membelek-belek, akhirnya aku pilih tali leher colour maroon, ada belang-belang sikit. Hopefully he likes the colour that i choose, insya-ALLAH. Harganya RM139.00. Sekurang-kurang aku berpuas hati. Sama ada dia nak pakai ke tidak, terpulanglah pada dia. Tapi harap-harap dia pakai le..hehe.. Aku minta sales girl tue balutkan sekali. Kang kalau aku yang balutkan hadiah tue kang, hancur jadinya kertas wrapping tue..hehe..aku minta gak sales girl tue berikan aku paperbag.

Aku turun pulak ke level yang jual english novel terpakai tue. Dah alang-alang tue aku tolong carikan novel yang kawan aku nak tue. Jenuh membelek-belek, tak adala pulak. Perhaps next time i will come again.

Turun lagi sampai ke level bawah di ruang legar tue. Aku nak beli kad ucapan pulak. Aku nak tukar la paper bag nie. Rasanya macam kurang sesuai saja. Nanti baru saja bagi hadiah tue nanti, Abang dah tahu dah apa isinya. Jadi aku belikan kad ucapan dengan paper bag. Last but not least, aku belikan mocca cake.

Terus aku menuju ke kedai kejap. Setibanya aku di sana, dia tak ada. I called him. He went to buy something nearby for a while. Jadi aku terus masuk ke kedai dia. Bagus gak dia tak ada, boleh aku buat persediaan sikit. Aku buka penutup kek tue, keluarkan kek dan nyalakan lilin. Dalam lima minit lepas tue, dia pun sampai. Nasib baik aku letakkan semua barang-barang birthday tue dalam bilik yang lagi satu tue.

Dia masuk saja, terus aku wish kat dia. Senyum panjang member..hehe..terus aku keluarkan kek. Tergamam dia. Tak sangka i will make such surpise to him. Dia tiup lilin. Aku berikan pula kad ucapan. Tengah dia dok baca kad tue, aku keluarkan pulak hadiah dia. Terus dia buka. Alhamdulillah dia suka dengan pilihan warna yang aku pilih tue. Boleh suit dengan banyak baju. Siap tanya aku beli kat mana, berapa harganya, tapi aku katanya padanya price is not the subject. Alhamdullillah, dia nie satu perangai dia yang aku dah faham sangat, kalau dia dah tak berkenan tue, jangan harap la dia nak pakai. Kebetulan kemeja yang dia pakai tue belangnya warna agak maroon, terus dia pakai tali leher tue. Kembang kempis jap hidung aku...wakakakakaka..

No comments: