Tuesday, January 01, 2008

Selamat Tahun Baru 2008


Jam 8.30 pagi dah celik dah mata nie. Nak buat apa yer hari nie..malam tadi jam 1.30 pagi baru terlelap. Boleh dengar jugak le bunyi bunga apa. Tapi entah la dari mana datangnya. Aku keseorangan saja kat rumah. Budak-budak rumah yang lain dah ke mana-mana hala dah. Ada yang balik ke rumah family. Ada yang balik ke rumah adik. Tinggal aku sorang saja yang jad penjaga rumah 'tegar'! Wakakakakaka..


Selalunya ramai orang akan keluar untuk celebrate new year. Tapi bagi aku, lagi bagus kalau aku stay kat rumah saja. Aku memang tak suka dengan crowd nie. Maunya nanti aku sesak nafas; sesak dengan bau badan yang pelbagai, ahaks..sesak berhimpit kalau dalam LRT ataupun time nak tengok konsert ke apa ke. So the best way, baik aku dok kt rumah saja..


Kalau ditanya azam untuk tahun nie, erm..apa yer..aku nak memantapkan lagi diri dan prestasi. Nak membuat penambahbaikan dalam diri aku. Memperbaiki kekurangan. Nak melawan 'setan' malas dalam diri ini untuk jadi lebih rajin lagi...huhuhuhuhuhuhuhu. Hari nie gak hari jadi Abang. Nak gie jumpa dia pun, dia demam teruk. Tue la orang kalau bekerja tue ada masa rehat, ini tak. Kerja..kerja..kerja..nak kata kaya, tak kaya kaya gak....hehe..nak beli apa yer kat dia? Erm...


Petang tue kawan aku datang ke rumah. Lepas Mahgrib, kitaorang barulah keluar. Gie makan dan beli barang-barang sikit.

No comments: