Aku dah janji dengan kawan aku yang aku nak temankan dia pergi tukar sport rim hari nie. Janji semalam dia nak datang jemput aku jam 9.30 pagi. Sehingga jam 10.00 belum sampai lagi, jam 10.30 pagi barulah dia sampai. Terus masuk ke kereta dia dan kami bersarapan dulu. Memang itu dah jadi kemestian dah. Aku akan make sure makan terlebih dahulu, nanti tak la lapar. Dah la nak ke KL, jauh perjalanan nie...hehe..Aku makan nasi goreng mamak dengan minum limau suam. Kawan aku tue pulak minum milo ais saja. Tak lalu nak makan katanya. Agaknya dia masih lagi memikirkan pasal hal boyfriend dia yang buat hal tue kot. Aku nak bertanya lebih-lebih pun macam tak sesuai saja situasinya. Biarlah kalau dia nak bercerita nanti, aku dengar saja lah.
Singgah ke rumah Abang dia kejap. Jemput kawan dia (lelaki) yang kebetulan jiran depan rumah Abang dia tue. Kawan aku nie minta tolong budak lelaki tue carikan tempat nak tukar sport rim tue. Kitaorang pun ke area mana yer, Sentul ke Batu Caves (aku dah lupa dah). Jenuh membelek-belek dari satu sport rim ke satu sport rim yang lain. Kawan aku tue tak berkenan la pulak. Kitaorang ke kedai lain pulak. Pun dia tak berkenan. Tetiba kawan aku tue cakap yang dia lapar. Terus kitaorang cari tempat makan. Sebelum tue kawan tue tue minta budak lelaki tue pergi jemput adik angkat dia! Adoi, banyaknya janji temu kawan aku nie. Pening kepala aku. Aku rasa macam tak best saja. Macam stock 'roger' saja. Iye la, kejap angkut orang tue, kejap angkut orang nie. Kalau dijemput perempuan tak apalah juga, ini menjemput lelaki. Kalau la nampak dek kengkawan aku, apa pulak depa fikir nanti.
Selepas menjemput adik angkat kawan aku tue, kami singgah makan kat mana entah la, aku pun dah tak ingat dah. Aku order nasi ayam dengan limau suam. Tekak dah rasa semacam dah nie. Ada potensi aku nak kena batuk dengan demam ni..huhuhuhuhhuhu..Selesai makan kitaorang pergi lagi sekali ke kedai yang pertama yang kitaorang pergi tue. Kawan aku nak tengok lagi sekali. Dia tak berkenan jugak. Adoi..pening aku macam nie. Jam dah menunjukkan ke angka 5.00 petang dah nie. Aku peratikan budak lelaki yang jiran kawan aku nie muka dia cam bengang saja, cuma tak ditunjukkan saja roman marah dan bengang tue.
Dipendekkan cerita, kami hantar dulu adik angkat dia pulang. Kiranya memang tak jadilah nak tukar sport rim kereta kawan aku nie. Aku rasa kawan aku nie cerewet sangatlah. Dah la tue tiba-tiba pulak dia called boyfriend dia, minta nak jumpa dia antara dia dengan boyfriend dia dengan tunang dia. Adoi...ini dah agenda lain pulak nie. Kalau aku tahulah nak jadi macam ni, aku lebih rela lepak seharian di rumah daripada di dalam situasi macam ini.
Singgah di rumah Abang dia sekejap. Kawan dia tue terus menyeberangi jalan dan balik ke rumah. Kitaorang rehat dalam 30 minit, lepas tue terus keluar. Ingatkan dia terus nak jumpa dengan boyfriend dan tunang dia tue. Rupa-rupanya dia buat appointment jumpa dengan orang lain dulu. Makkk aaaiii..kawan aku nie memang multi tasking la..all in one...wakakakakakak..not bad la that guy. No wonder la kawan aku nie berkenan dengan mamat tue. Rupa-rupanya mamat tue pegawai di salah sebuah institusi terkemuka juga di Malaysia. Rasanya macam bujang lagi. Soft spoken dan beradap orangnya. Kalau la mamat tu memang suka dekat kawan aku nie, memang aku restu habisnyer. Tak payah dah ingatkan boyfriend dia yang tak gentlemen tue. Kitoarang jumpa mamat tue di kedai makan.
Dalam 30 minit macam tue, kitaorang terus ke destinasi yang kawan aku nak sangat pergi tue. Kalau ikutkan hati aku, memang aku nak melarang saja kawan aku nie daripada buat janji temu. I think there's no point since that guy is engaged. Berjumpa tue lagi menyakitkan hati saja. Nanti kawan aku juga yang bersedih. Tapi since kawan aku yang pilih sendiri untuk buat perjumpaan tue. Agaknya mungkin kawan aku nie nak dengar sendiri daripada mulut boyfriend dia dan tunang dia tue. Biarlah kalau itu boleh membuatkan kawan aku tue rasa puas. Nanti lagi dilarang entah apa-apalah pulak tindakan dia.
Kitaorang sampai rumah jam 11.45 malam.
No comments:
Post a Comment