Thursday, January 31, 2008

Tak Terduga

Jam 10.35 pagi, aku dengan sorang lagi pegawai IT kat sini pergi ke Dewan Kuliah 3, untuk perjumpaan SMART TEAM. Sampai saja, dah ada student kat situ tengah dengar ceramah. Rupa-rupanya selepas program student nie barulah ada perjumpaan tue.
Habih saja sesi tersebut, kami keluar kejap sebab pegawai aku nie nak menjemput RA dia kat komuter. Hari nie last day RA tue kerja kat tempat aku. Mulai esok dia akan mula melaporkan diri di tempat kerja baru. Kepala nie tiba-tiba pulak rasa berdenyut-denyut. Peling kepala sebelah kanan saja. Habih mata aku sekali terasa sakit. Bila batuk pun terasa sengal sakit jugak. Sudah! Jangan la dibuat hal. Aku nak kerja hari nie. Nak balik on time as usual.
Sambil pegawai tue nak parkir kenderaan dia, aku menyatakan pendapat aku untuk tak ke perjumpaan tue. Kebetulan pegawai tue pun tak nak pergi juga. Canteekkkkkkkkkkkkkkkk...Sampai saja ke office, aku dah tak boleh tahan dah. Isi saja borang keluar pejabat, terus aku maklumkan pada pegawai kat sini. Terus saja aku meluru ke klinik panel berdekatan.
Tengah menunggu giliran aku, sempat la jugak tengok siaran langsung majlis pernikahan Ning Baizura dengan pasangan mat salleh dia. Wah, cantik dan segalanya went well smoothly. Sama cantik sama padan. Tak berapa lama lepas tue, aku dipanggil untuk diperiksa doktor. Tengah doktor buat pemeriksaan, tetiba telefon bunyi. Agaknya doktor tue pun faham kot, dia minta i answer the phone. Rupa-rupanya PA Dato' Mufti Terengganu. Dia nak confirmkan kehadiran Dato' Mufti untuk majlis konvo khas yang akan diadakan pada bulan Februari ini. Agaknya PA tue tak tau dengan sapa dia nak deal kot, jadi sebab tue la dia call aku. Should be no problem sebab aku kenal dengan staf yang handle kehadiran untuk majlis konvo khas tue. Dah alang-alang tue aku minta MC terus sebab rasanya aku dah tak mampu dah nak bertugas. Dengan rasa sakit kepala asyik menyucuk on and off nie. Sebelum nie pun ada gak jadi sakit kepala, tapi tak adalah macam nie.
Dah dapat MC tue, aku terus sms my bos. Then my officemate. Terus aku pergi tapau. Sampai ke rumah, aku makan then makan ubat yang diberikan. Tak berapa lama lepas tue rasa badan ni macam tak best saja. Aku rasa macam ubat tue menusuk ke hati aku. Heee..aku nie macam-macam saja. Ingatkan dah sampai rumah boleh lelap, tak bolehlah pulak. Jadi aku baring-baringla sampai ke petang. Jam 4.00 petang, tiba-tiba rasa mengantuk pulak. Aku tahan saja rasa mengantuk nie. Ini sah nie kalau aku tidur, mahunya malam nanti tak boleh nak lelap.
Dalam Mahgrib tue, kawan aku called. Dari cara suaranya macam dia tengah menangis. Bila ditanya, rupa-rupanya dia cakap yang boyfried dia dah bertunang dengan orang lain. Terus aku tergamam. Setengah jam selepas tue kawan aku nie pun sampai. Aku keluar, then terus minta kunci kereta tue kat dia. Risau la aku suruh orang yang tengah bersedih nie drive kereta. Mahunya karang dia tak boleh kawal rasa sedih dia tue, then terus langgar apa-apa ke, mati katak aku. Tak sempat nak mengucap....hahhahahhaa...
Kami lepak kat usual mamak restaurant. Dia ceritakan perkara sebenar. Aku tengok dia tabah saja. Tapi aku yakin, jauh di sudut hati dia berkecamuk dan berkecai perasaan dia. Apa taknya, selama nie boyfriend yang sering kali membujuk dengan kata-kata sayang, akhirnya berpaling kepada orang lain. Aku tahu kawan aku nie memang jenis yang setia, dan sayang 'baget' pada pakwe dia tue. Kenapa pakwe dia sanggup memperlaku dia sebegitu? Dah la tue, yang call dan menyatakan perkara yang sebenar tue bukannya pakwe dia, tapi tunang pakwe dia tue. Mana kawan aku nie tak terkezut...Aku nak menasihatkan lebih-lebih pun tak berapa pandai sangat. So the best way aku minta kawan aku tue kuatkan semangat. Itu saja yang terbaik untuk masa sekarang. Dia lepak kat rumah aku kejap. Lepas tue barulah dia balik. Aku yakin kawan aku tue kuat semangat.
Jam 10.30 malam aku dah zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...........................
dapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan

No comments: