Thursday, October 25, 2007

Renovate..

First and faremost, aku nak ucapkan thanx a million kat Bro Dzool. Akhirnya segala kemasalaan, kemusykilan dan kegusaran aku berakhir pagi nie..nak tau apa dia..?hehe..nie semuanya gara-gara sebab aku nak transfer semua entry kt blogdrive ke blogger aku nie. Bukannya apa..kat blogger nie entry aku dah banyak, tapi kat blogdrive tue tak banyak sangat. Jadi dah alang-alang tue, aku minta favour Bro Dzool tolong 'kemaskan rumah' aku yang bukan saja setakat bersawang, kalau orang masuk pun, sure tak jumpa jalan keluar..huhuhuhuhu. Bro Dzool siap tolong make-up bagi blog aku cantik lagi..hehe..siap letak bunya sunflower gitu..hehheheh.
Tengah hari tadi ingatkan nak tido. Aku siap dah berangan-angan dah. Sehari dua nie mata asyik nak terlelap saja time rehat. Tetiba salah sorang budak kat bahagian pembangunan tue cakap kawan dia nak datang tengok bumbung rumah aku. Ingatkan aku leh 'cabut' sharp jam 1.00 tengah hari, bos aku pulak berlama-lamaan kt dalam bilik dia tue. Nak tak nak, terpaksa la aku tunggu sampai dia keluar. Kang kalau aku keluar dulu kang, risau kalau-kalau ada surat urgent yang dia nak minta aku taip ke apa ke. Sampai saja kat tempat kawan aku tue, depa dah ada dah. Terus saja aku bawa depa ke rumah tue. Lepas orang tue tengok apa-apa yang patut, nanti dia akan datang lagi bawa peralatan dan terus betulkan atap bumbung tue. Jam 2.30 baru sampai ke office. Nasib baik bos aku lom masuk lagi..hehe..
Aku dimaklumkan minggu depan ada lawatan dari Brunei, tapi depa mai melawat tempat aku sat ja. Confirm time buat meeting minggu depan, kami akan kelam-kabut. Apa taknya, 6 November depan ada lawatan dari Jabatan Mufti Pulau Pinang pulak. Nasib baik la depa mai time lepas raya. Kalau dah tension tue, leh terus minum ka, kutuk ka..apa ka..hehe..
Tadi aku baru saja lepas sembang dengan staf kat sini. Pegawai-pegawai dengan sorang kerani kat sini dok sibuk berbincang pasal persiapan depa nak ke Kursus MPK kt Melaka esok. Gasak kat hangpa le..as long aku leh buat kerja aku dengan aman...lalalalalalala.....

No comments: