Friday, October 26, 2007

Tiada berkesudahan..


Sampai saja kt office, pintu dah berkunci. Sure depa dah ke Melaka untuk kursus MPK tue. Aku pulak letih sebab mengusung paper bag yang penuh dengan makanan. Kengkawan aku tolong pack makanan tue. Hari nie di tempat aku diadakan jamuan kelab setiausaha. Nie memang acara tahunan. Group aku buat nasi impit kuah kacang. Bukan buat pun, upah orang buatkan, kami hulur RM je..hee..lagi senang. Tangan pun bersih. Kang dah pakai lawa-lawa kang abih baju kotor dek kuah kacang. Daripada ada mood nak beraya terus cancelled :). Bos aku tak dapat datang sebab dia bercuti hari nie. Ada hal agaknya kot. Tapi Tan Sri, Dato' Naib Canselor, ketua jabatan memang hadir. Meriah juga la.
Habih saja ketua jabatan beredar, semua dok pakat bungkus makanan. Sekali pandang, macam pesta bungkus makanan pulak! Aku pun tak terkecuali. Kalau tak, tak kan le aku angkut satu paper makanan..hehe..Sempat juga aku ambil gambar sepanjang majlis tersebut berlangsung...
Petang tadi aku pergi ke Mesyuarat Agung Kakitangan (BKKUSIM)..Jam 6.30 petang barulah habis mesyuarat tue. Ramai juga yang dapat cabutan bertuah. Lucky them. Tak pulak aku sangka, ada insiden lain yang terjadi. Tengah dok syok dengar pengacara majlis membebel kt atas pentas, tetiba pandanganku terarah pada satu hala. Alamak! Kenapa aku mesti nampak depa? Rupa-rupanya ada kawan aku perasan apa yang aku dok peratikan.
"Orang lain pun ada gak yang kawin sesama staf, so tak perlulah dok sebelah menyebelah. Orang lain pun duduk sesama jantina. Tak perlu nak tonjolkan sangat kemesraan tue, meluat pulak aku nengoknya,"celoteh kawanku. Kawan aku nie dah kawin. Aku diam saja.
Tak lama lepas tue, couple tue beredar. Kebetulan pulak, depa terpaksa melalui ke arah aku. Since aku malas nak bertemu mata, so aku pun buat-buat belek kad staf aku. Makin pasangan tue mendekati ke arah aku, tetiba si isteri tue menegur aku. Tergamam seketika.
"Aik, korang dah baik ke?" Tanya kawanku.
"Baik apanya, itu la the first time si isteri tue tegur aku since aku keluar dari rumah tue. Entah apa la mimpi dia. Agaknya dia nak menampakkan dia tue bersangka yang baik kat depan husband dia kot. Biar la. Aku malas nak ambil 'port'." Ujarku.
Kalau korang nak tahu, budak pompuan tue ialah x-budak umah sewa aku yang terdahulu. Sekarang nie aku dah berpindah ke umah sewa baru. Aku tak tahu di mana salahnya. Tapi aku rasakan yang aku nie ditipu 'hidup-hidup' dek budak pompuan nie. Memanipulasikan aku dan keadaan.
Sebelum keadaan bertambah rumit, aku ambil jalan terbaik dengan keluar dari rumah tue. Aku keluar dalam akhir bulan April tahun nie. And they did the same. The main reason sebab budak pompuan tue nak kawin. And the other one tue, student tahun akhir, so definately budak tue akan keluar dari rumah tue.
Nak dikatakan aku 'sound' diaorang for any reason, langsung tak ada. Cuma apa yang aku boleh cakap ialah, kalau hanya tinggal budak pompuan tue sorang-sorang, dia akan datang bersembang dengan aku seperti biasa, boleh bergelak ketawa. Tapi kalau student tue ada sekali, budak pompuan tue langsung tak nak bercakap dengan aku. Ada sekali tue, aku balik lambat. Buka saja pintu rumah, tergamam aku bila budak pompuan tue tidur kat atas riba student tue. Terkezut 'beruk' le aku sat...Kelam-kabut budak tue bangun. Aku pun buat selamba seolah-olah tak ada apa-apa.
Rumah sewa lama aku tue ada 3 bilik. So kitaorang hanya gunakan 2 bilik saja, lagi satu bilik kitoarang jadikan stor. Since diaorang stay kat 'master bedroom', jadi bilik air aku kat luar. Insiden yang aku ceritak nie terjadi dalam bulan puasa tahun lepas. Aku nie jenis kalau bangun pagi je, terus bergegas mandi. Then only aku start bersahur. Time aku nak ke bilik air, bebudak ada kat dapur. Seolah-olah ada sesuatu yang diaorang omelkan. Bila aku sampai saja dekat dengan diaorang,
"Kenapa tak buang sisa nasi nie. Kan air sinki dah tersumbat nie," marah budak perempuan tue. Aku tahu kata-kata tue ditujukan kepada aku, tapi pandangan dia terarah pada student tue. Baru aku teringat, malam semalam aku ada basuh periuk nasi, lepas tue aku terus tidur. Jadi aku tak tahu la pulak lepas tue sinki tue tersumbat. Walaupun time tue, aku still 'mamai', tapi 'terasa' juga. Sebelum nie pun kalau ada sikit sisa ataupun sudu diaorang, aku tolong basuhkan. Aku tak berkira pun, apatah lagi nak membebel kat diaorang.
Aku memang jenis yang jarang sangat memasak, setakat goreng telur ataupun menjerang air tue ada la. Jadi kalau beras ke apa ke, aku memang tak 'join' diaorang. Selalunya sampah dan sisa makanan tue dibiarkan saja di dalam plastik sampah tue sampai naik bau. Tapi aku tolong buangkan sebab memikirkan mesti diaorang sibuk ke apa ke. Cuma bila dah sampai ke satu tahap sisa sampah tue bila aku tarik saja plastik sampah tue, berjejer keluar air sampahnya, aku dah mula 'hangin' satu badan. Asyik aku saja yang kena buang sampah. Kalau diaorang ada di rumah pun, buat tak tahu saja. Ini dah memang 'naik lemak' dah diaorang nie. Mulai dari saat tue, aku biarkan saja sampah diaorang tue. Lantaklah, nak berbau pun berbau lagi. Dah tak kuasa dah aku.
Fridge kecil yang aku beli aku letakkan di luar. Punyalah nak menjaga hati kawan. Tapi aku offer juga la in case kalau diaorang nak tumpang letak apa-apa barang ke. Sebelum nie diaorang issue kat aku yang bil elektrik melambung tinggi sebab aku guna fridge. So aku cakap kat diaorang kalau betul bil tue melambung disebabkan my own fridge, i am willing to pay more. No problem. Rupa-rupanya aku ternampak ada microwave dalam bilik diaorang. Siap ada extra tv lagi. Tak pulak diaorang bising ke apa ke. What makes me really in shock was, setibanya aku dari pejabat, buka saja pintu rumah, tetiba hidung aku bau unpleasant smell. Merata-rata aku cari kat mana le datangnya. Mana la tau kot-kot 'che tie' mati ke apa ke. Bila aku buka saja fridge, rupanya diorang letak ikan masin yang tadi aku bau tue. Masya-ALLAH. Terus aku keluarkan ikan masin tue. Tak tahu nak cakap macam mana. Aku tak pernah bau ikan masin yang sebegini kuat baunya. Kalau setakat letak air kotak ke apa ke, aku still okey. Tapi sampai ke tahap ikan masin, ini yang aku tak gemar nie. Aku nie dah le jenis yang malas. Aku bukan jenis yang akan mengelap fridge setiap minggu. Nak ke tak nak, terpaksa aku keluarkan semua barang-barang dalam fridge tue dan lap fridge. Ada sekali tue habis semua cheese, air minuman aku rosak disebabkan diaorang tutup switch fridge. Bila aku tanya kat student tue (kebetulan student tue yang guna pc berdekatan dengan fridge aku), dia buat muka terpinga-pinga. Aku pun dah malas tanya banyak, terus masuk dalam bilik.
Awal bulan April tahun nie, tengah aku syok tengok tv dalam bilik, tetiba budak pompuan tue ketuk pintuk bilik aku. Katanya dia nak berpindah keluar since dia akan kawin bulan Ogos nie. Katanya lagi ada sorang officemate dia akan menggantikan tempat dia. Beria-ia dia menyatakan yang kawan dia tue akan stay kt situ. Tak apalah. Aku pun happy la, at least aku tak perlulah nak cari housemate yang baru since aku pun kenal dengan budak tue. Siap officemate budak tue beria cerita betapa seronoknya kelak bila dia stay dengan aku. Kononnya budak rumah dia buat masalah. Sebab tue la dia nak berpindah ke rumah aku. Itu reason yang dia ceritakan pada aku la.
Beberapa hari lepas tue, budak pompuan tue dengan boyfriend dia,student tue dan juga officemate dia yang kononnya akan berpindah menggantikan dia pergi picnic nearby. Selang dua hari lepas tue, officemate tue called dan katanya dia tak jadi berpindah ke rumah aku. Kononnya dia tak sampai hati nak tinggalkan budak rumah dia sorang-sorang. Ermm..something fishy nie. I've smell something hiding behind the bushes. Dari situ aku dah tahu yang depa nie saja plan nak kenakan aku, kononnya akan ada orang berpindah menggantikan budak pompuan tue. Last minute, tukar statement pulak.
Aku pun story dengan Abang. Iyela, memang tension betul diperlakukan macam tue. Reaksi budak rumah aku pulak macam tak ada apa-apa saja. Siap berjumpa dengan aku dan menyatakan yang diaorang pun terkejut dengan statement officemate tue. I know their trick already. Jalan terbaik, aku buat keputusan untuk keluar saja dari rumah tue. Dari kengkawan aku, akhirnya aku dapat info ada satu bilik kosong. Kebetulan pulak tuan punya rumah tue pun stay kat rumah tue. Aku pun kenal dengan akak tue. Bila aku pergi tengok bilik tue, terus aku bersetuju.
Terkejut budak rumah aku bila aku pun ambil keputusan untuk berpindah keluar. Diaorang yang beria mengangkut barang sikit-sikit, tapi aku yang move out dulu. Agaknya diaorang tak sangka yang aku akan buat keputusan sebegitu. Aku rasakan itu la yang terbaik. Siap tanya lokasi rumah aku yang baru. Aku buat tak tahu saja.
Bukan aku bersikap berdendam, tapi rasanya tak sanggup aku nak berdepan lagi dengan karenah yang macam tue. Aku tau orang jenis yang macam ni, depan kita memang dia buat perangai, tapi dengan orang lain, dia akan menceritakan seolah-olah dia teraniaya dan jadi mangsa keadaan. Kalau korang nak tahu, budak umah lama aku nie memang jenis Islamic. Tapi kelakuan tak mencerminkan langsung attitute sebegitu.

No comments: