Wednesday, October 31, 2007

Lawatan Timbalan Menteri Pendidikan Negara Brunei

Berseri-seri saja office aku pagi nie. Dengan lampu yang 'lip-lap', dengan bunyi air dari taman mini kitaorang. Siap lagi dengan juadah kuih raya di atas meja. Ini semua hasil kreativiti pegawai kat tempat aku nie. Dia nie memang jenis yang suka berhias bagai. Ikutkan perancangan, Timbalan Menteri Pendidikan Negara Brunei akan membuat lawatan ke office aku dalam jam 11.00 pagi ke 12.00 t/hari nie. Tapi hingga ke jam 12.40 t/hari, masih belum nampak kelibat diaorang. Kalau jam 1.00 t/hari tak datang gak, aku keluar saja. Maleh nak tunggu lagi.

Sunday, October 28, 2007

3 in 1



Hari nie aku turun ke KL. Aku gie sorang-sorang aje. Tengoklah kalau sempat, aku pergi jumpa Abang jap, kalau tak sempat tue, lain kali saja lah..hehe..Sebab main point aku hari nie, aku nak pergi 'mencantikkan' diri aku..huhuhuhu..cam perasan lawa pulak..huhuhuhuhu..so i need to spend my time alone, without any interruption.
Awal pagi lagi aku dah bangun, pergi breakfast. Lepas tue mandi, bersiap apa-apa yang patut. Then terus saja gerak ke KL. Jalan raya dah start nak jammed. Aku sampai saja ke tempat yang dituju tue, terus ke pergi ke butik baju untuk ambil baju yang aku hantar untuk buat alteration. Staf yang semalam attended to me ada kat situ. Nampak saja kelibat aku, bergegas dia pergi ambil baju aku. Tetiba saja dia cakap,


"Akak, semua kain dan baju untuk alteration nie kena charge RM25.00". Tergamam aku sekejap.


"Bukan hari tue awak cakap yang baju untuk alteration nie tak dikenakan apa-apa charge? Kalau saya tahu alteration kt sini kena charge dan mahal macam nie, baik saya alter kat luar saja. Boleh dapat lagi murah daripada nie." Ujarku. Sambil tue aku belek-belek 'padding' bahu baju aku tue. Diaorang nie pepagi lagi (pagi pun tak pagi dah le, dalam jam 11.10 pagi gitu..) dah 'spoil'kan mood aku.


"Saya minta you jahit terus kan 'padding' baju nie? Kenapa masih belum berjahit nie?" Volume suara aku dah naik ke 'level 3' dah.


"Akak tunggu sekejap yer, saya pergi tanya kat bos saya jap," meluru dia ke kedai sebelah. Rupa-rupanya bos dia dok 'menebeng' kat kedai sebelah. Tak berapa lama lepas tue bos dia pun sampai (the wife). Terkedek-kedek datang dengan muka yang 'blur'.


"Hari tue you cakap baju untuk alteration nie tak dikenakan apa-apa charge. Sekarang nie you charge pulak, macam mana nie?" Roman muka aku memang dah lain macam dah. Sikit lagi je dah leh jadi cam 'tapai basi' dah. Tunggu masa je tue.


"Baju-baju nie dah best buy, sebab itu la kami charge untuk sebarang alteration." Jawab bos tue. Muka tak bersalah saja.


"Saya minta you jahitkan terus 'padding' nie, tapi you tak buat pun. Sekarang nie macam mana?" Kebetulan ada seorang pelanggan masuk ke butik tue. Lantak le pelanggan tue dengar ke tak apa yang aku dok bebelkan. Biar bos tue tau sket rasa bertanggungjawab.


"Ermm..kalau macam tue, baju nie tinggalkan dulu kat sini, nanti bila-bila datang ambil," bos tue memberikan penjelasan.


Disebabkan dah malas nak bertekak,


"Macam nie la, sekarang nie you kira berapa amount yang i nak kena bayar nie, tapi tolak dengan harga yang kononnya you charge untuk buat 'padding' tue. Lagipun saya tak ada masa nak datang lagi. I've come all the way, and it's costing me and only going to waste my time for this small mattter. I might as well made it at my place."


Bergegas bos tue called tailor tue confirm berapa amount sebenar yang aku harus bayar. Akhirnya aku dikenakan RM20.00. Melayang le RM20.00 aku tue. Still an amount.


"Saya minta maaf yer," terus aku ambil baju tue tanpa tengok muka dia. Geram, kecewa, semuanya ada. Langsung tak ada rasa bertanggungjawab. Dah la semalam aku pergi dah kena tunggu selama 20 minit. Ini pulak bila dah ambil baju, ada pulak masalahnya lagi. Selalunya baju yang aku buat ataupun beli kt satu-satu tempat tue, kalau buat alteration, memang free of charge. Tapi lain pulak konsep butik batik nie. Aku harap apa yang jadi nie boleh dijadikan pengajaran dek bos nie. Kalau dia nak berfikir untuk kebaikan dan keuntungan kedai dia le. Tahun nie memang aku beli baju siap saja. Since aku dah pernah beli baju kat butik nie, so hari tue dalam bulan puasa baru-baru nie, aku pergi ke butik nie memandangkan banyak koleksi baju-baju yang aku suka. Aku amik baju kurung saja. Masuk saja ke butik tue, aku dilayan endah tak endah. Agaknya time tue aku pergi pakai 'serabai' kot. Iye la dengan sandal, jeans dan T-shirt. Sedangkan orang-orang yang masuk ke kedai tue semuanya pakai cantik-cantik dan 'berkemas'. Aku memang jenis macam tue. Kalau time nak beli baju, aku prefer pakai seringkas mungkin, sebab menyenangkan aku nak fitting baju nanti. Rupa-rupanya diaorang nie memang tengok penampilan. Bila dia tengok aku beli 3 pasang baju yang harganya 'boleh tahan', bukan aku nak membangga diri, tapi aku nak buktikan walaupun aku 'serabai' tapi aku mampu berbelanja tau...wakakakak...time aku bayar, terus bos pompuan tue buat muka ramah, siap tepuk lembut bahu aku. Tak kuasa aku nak melayan. So dari situ, aku memang dah boleh buat kesimpulan dah.




MORAL OF THE STORY: Jangan pandang orang tak ada 'rupa'. Do respect them as well. Kalau macam nie la mentaliti orang Melayu, macam mana kita nak maju dalam perniagaan. Langsung tak ada 'psikologi perniagaan.




Settle saja ambil baju tue, bergegas aku ke salon rambut pulak. Rasa marah nie memang still ada lagi nie. Melangkah saja kaki aku ke salon tue, terus pekerja pompuan yang selalu attend to me meluru ke arah aku. Bila harga yang ditawarkan untuk buat 'trim' rambut aku nie lebih murah berbanding dengan tempat yang aku tanya that day, tanpa berlengah terus saja aku buat rambut kat situ. Dalam setengah jam, barulah mood aku dah beransur okey. Macam-macam tue Chinese girl tue offer aku. Mula-mula tue bagi aku Chinese tea. Lepas tue coffee lak. Sampaikan aku minta nak ke ladies jap yer, tak tahan sangat nak 'terkucil'. Jam 3.30 petang barulah settle rambut aku dirias. Aku minta Chinese girl tue trim rambut aku dengan potong rambut aku sekali. Disebabkan rahang aku besar, so aku minta Chinese girl tue buat layer dan tutup bahagian rahang aku tue. Dah setahun dah aku biarkan saja rambut nie tanpa sebarang treatment. Jangan pulak ingat 'rambut' lain yer..huhuhuhuhuhu..


No wonder la badan aku asyik ketar aje..rupa-rupanya aku makan pagi tadi saja. Turun dari saloon tue, terus aku gie makan kat MacD dulu. Then terus pergi buat facial. Kebetulan tak ada orang. Jadi sampai saja kat kedai facial tue, terus akak tue buatkan facial kat aku. Jam 6.45 baru aku gerak keluar. Rupa-rupanya jammed teruk sampai ke tol Sungai Besi. Alhamdulillah aku selamat sampai.

Bilik aku pulak dah macam tongkang pecah aje. Alahai, aku dah letih nie..biarla..bilik aku..rajin nanti pandai-pandaila aku kemaskan..zzzzzz...



Friday, October 26, 2007

Tiada berkesudahan..


Sampai saja kt office, pintu dah berkunci. Sure depa dah ke Melaka untuk kursus MPK tue. Aku pulak letih sebab mengusung paper bag yang penuh dengan makanan. Kengkawan aku tolong pack makanan tue. Hari nie di tempat aku diadakan jamuan kelab setiausaha. Nie memang acara tahunan. Group aku buat nasi impit kuah kacang. Bukan buat pun, upah orang buatkan, kami hulur RM je..hee..lagi senang. Tangan pun bersih. Kang dah pakai lawa-lawa kang abih baju kotor dek kuah kacang. Daripada ada mood nak beraya terus cancelled :). Bos aku tak dapat datang sebab dia bercuti hari nie. Ada hal agaknya kot. Tapi Tan Sri, Dato' Naib Canselor, ketua jabatan memang hadir. Meriah juga la.
Habih saja ketua jabatan beredar, semua dok pakat bungkus makanan. Sekali pandang, macam pesta bungkus makanan pulak! Aku pun tak terkecuali. Kalau tak, tak kan le aku angkut satu paper makanan..hehe..Sempat juga aku ambil gambar sepanjang majlis tersebut berlangsung...
Petang tadi aku pergi ke Mesyuarat Agung Kakitangan (BKKUSIM)..Jam 6.30 petang barulah habis mesyuarat tue. Ramai juga yang dapat cabutan bertuah. Lucky them. Tak pulak aku sangka, ada insiden lain yang terjadi. Tengah dok syok dengar pengacara majlis membebel kt atas pentas, tetiba pandanganku terarah pada satu hala. Alamak! Kenapa aku mesti nampak depa? Rupa-rupanya ada kawan aku perasan apa yang aku dok peratikan.
"Orang lain pun ada gak yang kawin sesama staf, so tak perlulah dok sebelah menyebelah. Orang lain pun duduk sesama jantina. Tak perlu nak tonjolkan sangat kemesraan tue, meluat pulak aku nengoknya,"celoteh kawanku. Kawan aku nie dah kawin. Aku diam saja.
Tak lama lepas tue, couple tue beredar. Kebetulan pulak, depa terpaksa melalui ke arah aku. Since aku malas nak bertemu mata, so aku pun buat-buat belek kad staf aku. Makin pasangan tue mendekati ke arah aku, tetiba si isteri tue menegur aku. Tergamam seketika.
"Aik, korang dah baik ke?" Tanya kawanku.
"Baik apanya, itu la the first time si isteri tue tegur aku since aku keluar dari rumah tue. Entah apa la mimpi dia. Agaknya dia nak menampakkan dia tue bersangka yang baik kat depan husband dia kot. Biar la. Aku malas nak ambil 'port'." Ujarku.
Kalau korang nak tahu, budak pompuan tue ialah x-budak umah sewa aku yang terdahulu. Sekarang nie aku dah berpindah ke umah sewa baru. Aku tak tahu di mana salahnya. Tapi aku rasakan yang aku nie ditipu 'hidup-hidup' dek budak pompuan nie. Memanipulasikan aku dan keadaan.
Sebelum keadaan bertambah rumit, aku ambil jalan terbaik dengan keluar dari rumah tue. Aku keluar dalam akhir bulan April tahun nie. And they did the same. The main reason sebab budak pompuan tue nak kawin. And the other one tue, student tahun akhir, so definately budak tue akan keluar dari rumah tue.
Nak dikatakan aku 'sound' diaorang for any reason, langsung tak ada. Cuma apa yang aku boleh cakap ialah, kalau hanya tinggal budak pompuan tue sorang-sorang, dia akan datang bersembang dengan aku seperti biasa, boleh bergelak ketawa. Tapi kalau student tue ada sekali, budak pompuan tue langsung tak nak bercakap dengan aku. Ada sekali tue, aku balik lambat. Buka saja pintu rumah, tergamam aku bila budak pompuan tue tidur kat atas riba student tue. Terkezut 'beruk' le aku sat...Kelam-kabut budak tue bangun. Aku pun buat selamba seolah-olah tak ada apa-apa.
Rumah sewa lama aku tue ada 3 bilik. So kitaorang hanya gunakan 2 bilik saja, lagi satu bilik kitoarang jadikan stor. Since diaorang stay kat 'master bedroom', jadi bilik air aku kat luar. Insiden yang aku ceritak nie terjadi dalam bulan puasa tahun lepas. Aku nie jenis kalau bangun pagi je, terus bergegas mandi. Then only aku start bersahur. Time aku nak ke bilik air, bebudak ada kat dapur. Seolah-olah ada sesuatu yang diaorang omelkan. Bila aku sampai saja dekat dengan diaorang,
"Kenapa tak buang sisa nasi nie. Kan air sinki dah tersumbat nie," marah budak perempuan tue. Aku tahu kata-kata tue ditujukan kepada aku, tapi pandangan dia terarah pada student tue. Baru aku teringat, malam semalam aku ada basuh periuk nasi, lepas tue aku terus tidur. Jadi aku tak tahu la pulak lepas tue sinki tue tersumbat. Walaupun time tue, aku still 'mamai', tapi 'terasa' juga. Sebelum nie pun kalau ada sikit sisa ataupun sudu diaorang, aku tolong basuhkan. Aku tak berkira pun, apatah lagi nak membebel kat diaorang.
Aku memang jenis yang jarang sangat memasak, setakat goreng telur ataupun menjerang air tue ada la. Jadi kalau beras ke apa ke, aku memang tak 'join' diaorang. Selalunya sampah dan sisa makanan tue dibiarkan saja di dalam plastik sampah tue sampai naik bau. Tapi aku tolong buangkan sebab memikirkan mesti diaorang sibuk ke apa ke. Cuma bila dah sampai ke satu tahap sisa sampah tue bila aku tarik saja plastik sampah tue, berjejer keluar air sampahnya, aku dah mula 'hangin' satu badan. Asyik aku saja yang kena buang sampah. Kalau diaorang ada di rumah pun, buat tak tahu saja. Ini dah memang 'naik lemak' dah diaorang nie. Mulai dari saat tue, aku biarkan saja sampah diaorang tue. Lantaklah, nak berbau pun berbau lagi. Dah tak kuasa dah aku.
Fridge kecil yang aku beli aku letakkan di luar. Punyalah nak menjaga hati kawan. Tapi aku offer juga la in case kalau diaorang nak tumpang letak apa-apa barang ke. Sebelum nie diaorang issue kat aku yang bil elektrik melambung tinggi sebab aku guna fridge. So aku cakap kat diaorang kalau betul bil tue melambung disebabkan my own fridge, i am willing to pay more. No problem. Rupa-rupanya aku ternampak ada microwave dalam bilik diaorang. Siap ada extra tv lagi. Tak pulak diaorang bising ke apa ke. What makes me really in shock was, setibanya aku dari pejabat, buka saja pintu rumah, tetiba hidung aku bau unpleasant smell. Merata-rata aku cari kat mana le datangnya. Mana la tau kot-kot 'che tie' mati ke apa ke. Bila aku buka saja fridge, rupanya diorang letak ikan masin yang tadi aku bau tue. Masya-ALLAH. Terus aku keluarkan ikan masin tue. Tak tahu nak cakap macam mana. Aku tak pernah bau ikan masin yang sebegini kuat baunya. Kalau setakat letak air kotak ke apa ke, aku still okey. Tapi sampai ke tahap ikan masin, ini yang aku tak gemar nie. Aku nie dah le jenis yang malas. Aku bukan jenis yang akan mengelap fridge setiap minggu. Nak ke tak nak, terpaksa aku keluarkan semua barang-barang dalam fridge tue dan lap fridge. Ada sekali tue habis semua cheese, air minuman aku rosak disebabkan diaorang tutup switch fridge. Bila aku tanya kat student tue (kebetulan student tue yang guna pc berdekatan dengan fridge aku), dia buat muka terpinga-pinga. Aku pun dah malas tanya banyak, terus masuk dalam bilik.
Awal bulan April tahun nie, tengah aku syok tengok tv dalam bilik, tetiba budak pompuan tue ketuk pintuk bilik aku. Katanya dia nak berpindah keluar since dia akan kawin bulan Ogos nie. Katanya lagi ada sorang officemate dia akan menggantikan tempat dia. Beria-ia dia menyatakan yang kawan dia tue akan stay kt situ. Tak apalah. Aku pun happy la, at least aku tak perlulah nak cari housemate yang baru since aku pun kenal dengan budak tue. Siap officemate budak tue beria cerita betapa seronoknya kelak bila dia stay dengan aku. Kononnya budak rumah dia buat masalah. Sebab tue la dia nak berpindah ke rumah aku. Itu reason yang dia ceritakan pada aku la.
Beberapa hari lepas tue, budak pompuan tue dengan boyfriend dia,student tue dan juga officemate dia yang kononnya akan berpindah menggantikan dia pergi picnic nearby. Selang dua hari lepas tue, officemate tue called dan katanya dia tak jadi berpindah ke rumah aku. Kononnya dia tak sampai hati nak tinggalkan budak rumah dia sorang-sorang. Ermm..something fishy nie. I've smell something hiding behind the bushes. Dari situ aku dah tahu yang depa nie saja plan nak kenakan aku, kononnya akan ada orang berpindah menggantikan budak pompuan tue. Last minute, tukar statement pulak.
Aku pun story dengan Abang. Iyela, memang tension betul diperlakukan macam tue. Reaksi budak rumah aku pulak macam tak ada apa-apa saja. Siap berjumpa dengan aku dan menyatakan yang diaorang pun terkejut dengan statement officemate tue. I know their trick already. Jalan terbaik, aku buat keputusan untuk keluar saja dari rumah tue. Dari kengkawan aku, akhirnya aku dapat info ada satu bilik kosong. Kebetulan pulak tuan punya rumah tue pun stay kat rumah tue. Aku pun kenal dengan akak tue. Bila aku pergi tengok bilik tue, terus aku bersetuju.
Terkejut budak rumah aku bila aku pun ambil keputusan untuk berpindah keluar. Diaorang yang beria mengangkut barang sikit-sikit, tapi aku yang move out dulu. Agaknya diaorang tak sangka yang aku akan buat keputusan sebegitu. Aku rasakan itu la yang terbaik. Siap tanya lokasi rumah aku yang baru. Aku buat tak tahu saja.
Bukan aku bersikap berdendam, tapi rasanya tak sanggup aku nak berdepan lagi dengan karenah yang macam tue. Aku tau orang jenis yang macam ni, depan kita memang dia buat perangai, tapi dengan orang lain, dia akan menceritakan seolah-olah dia teraniaya dan jadi mangsa keadaan. Kalau korang nak tahu, budak umah lama aku nie memang jenis Islamic. Tapi kelakuan tak mencerminkan langsung attitute sebegitu.

Thursday, October 25, 2007

Renovate..

First and faremost, aku nak ucapkan thanx a million kat Bro Dzool. Akhirnya segala kemasalaan, kemusykilan dan kegusaran aku berakhir pagi nie..nak tau apa dia..?hehe..nie semuanya gara-gara sebab aku nak transfer semua entry kt blogdrive ke blogger aku nie. Bukannya apa..kat blogger nie entry aku dah banyak, tapi kat blogdrive tue tak banyak sangat. Jadi dah alang-alang tue, aku minta favour Bro Dzool tolong 'kemaskan rumah' aku yang bukan saja setakat bersawang, kalau orang masuk pun, sure tak jumpa jalan keluar..huhuhuhuhu. Bro Dzool siap tolong make-up bagi blog aku cantik lagi..hehe..siap letak bunya sunflower gitu..hehheheh.
Tengah hari tadi ingatkan nak tido. Aku siap dah berangan-angan dah. Sehari dua nie mata asyik nak terlelap saja time rehat. Tetiba salah sorang budak kat bahagian pembangunan tue cakap kawan dia nak datang tengok bumbung rumah aku. Ingatkan aku leh 'cabut' sharp jam 1.00 tengah hari, bos aku pulak berlama-lamaan kt dalam bilik dia tue. Nak tak nak, terpaksa la aku tunggu sampai dia keluar. Kang kalau aku keluar dulu kang, risau kalau-kalau ada surat urgent yang dia nak minta aku taip ke apa ke. Sampai saja kat tempat kawan aku tue, depa dah ada dah. Terus saja aku bawa depa ke rumah tue. Lepas orang tue tengok apa-apa yang patut, nanti dia akan datang lagi bawa peralatan dan terus betulkan atap bumbung tue. Jam 2.30 baru sampai ke office. Nasib baik bos aku lom masuk lagi..hehe..
Aku dimaklumkan minggu depan ada lawatan dari Brunei, tapi depa mai melawat tempat aku sat ja. Confirm time buat meeting minggu depan, kami akan kelam-kabut. Apa taknya, 6 November depan ada lawatan dari Jabatan Mufti Pulau Pinang pulak. Nasib baik la depa mai time lepas raya. Kalau dah tension tue, leh terus minum ka, kutuk ka..apa ka..hehe..
Tadi aku baru saja lepas sembang dengan staf kat sini. Pegawai-pegawai dengan sorang kerani kat sini dok sibuk berbincang pasal persiapan depa nak ke Kursus MPK kt Melaka esok. Gasak kat hangpa le..as long aku leh buat kerja aku dengan aman...lalalalalalala.....

Wednesday, October 24, 2007

Aku di sini..melangkah..dan melangkah..


Salam semua kengkawan..aku kembali lagi..hohohohoho....(cam Christmas lak..hehe..)..banyak perkara aku nak story, banyak perkara aku nak share. Tapi sebelum tue, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin daripada aku sekeluarga. Baru minggu ni aku masuk bertugas. Habis saja kerja hari Rabu 10 September 2007, lepas Isyak aku terus cabut balik kampung. Itupun aku balik konvoi dengan kawan aku, dua kereta. Kalau ikutkan aku sorang, memang aku tak berani nak balik dan tiba ke kampung jauh malam. Alhamdulillah, kami selamat sampai. Jalan tak jammed. Hanya bila sampai di kawasan Lembah Beringin, pergerakan agak perlahan. Ingatkan disebabkan la nie kat area Rawang tue tengah di dalam pembinaan nak bulan jalan raya. Rupa-rupanya ada accident. Few cars involved. Selang dalam 2 km, ada lagi accident. Ngeri pulak aku tengok. Tak tahulah apa punca kemalangan tue, sama ada kecuaian pemandu ataupun keadaan jalan raya yang basah disebabkan hujan.
Berhari raya kali nie buatkan poket aku jadi 'kering'. Hehhe..dah le bulan nie gaji awal. Payah-payah sangat..makan 'loti' lorr...hehe..yang penting semua ahli keluarga aku bergembira di hari raya nie. Alhamdulillah aku dapat bersembahyang raya.
Aku dah kering idea nie..tapi di sini aku titipkan gambar anak sedara aku. Dah berusia 1 tahun 9 bulan. Nakal sangat. Macam-macam keletah dia. Tak larat nak layan.
Di antara perkataan yang anak sedara aku mula sebut:
tesco = 'kiko'
cepat-cepat = 'capat- capat'
minyak rambut = minyak 'cem-cem' (hensem) and so on..