Thursday, September 21, 2006

Should or Shouldn't I?

Tengah kusyuk buat kerja, tetiba kerani yang that day mulutnya laser tue datang ke bilik aku.
"Akak, saya nak minta favour sikit boleh tak?". Tanyanya dengan nada mengharap.
"Favour apa tue dik?". Tanyaku sambil tangan lincah menaip. Apa lagi lah pulak yang dia nak nie, rungutku.
"Nak minta akak bawa saya ke pejabat pos, dalam jam 3.00 petang,"ujarnya. Oooo..gitu citenya. Patutnya cakap bebaik je ngan aku. Baik ada makna rupanya.
"Tak berani janjilah dik, sebab ada keje berkaitan dengan Prof yang kena disiapkan nie. If by that time free, bolehlah kita ke sana jap,"jawabku.
"Banyak sangat ke keje kak?" tanyanya lagi dengan nada inginkan kepastian dan keputusan.
"Banyak tue taklah juga tapi ada few files yang akak kena compile untuk rujukan Prof nie." Dah jadi macam nie baru nak minta pertolongan aku. Kenapa dia tak minta pertolongan kerani lelaki yang ngam dengan dia tue? Kerani lelaki tue ada kereta juga. Kenapa bila time susah macam nie, muka aku nie juga yang dia nampak? That day buta-buat saja aku kena sound dek perkara yang aku tak buat. Tetiba hari nie bersikap baik pulak.
Menjelang lepas rehat tue, aku pun masuk ke pejabat seperti biasa dan aku buat tak tahu saja. Aku nak tengok reaksi dia sama ada dia masih minta favour tue ke apa ker, tapi sampailah aku balik, dia pun buat tak tahu saja.
Kalau pembaca entry nie ingat aku nie bersikap jahat ke apa ker, go ahead. I don't mind. Think whatever you want to think. I don't give a damm. Pantang bagi aku kalau aku dimarah atas sebab yang aku tak lakukan, dan aku tak diberi peluang untuk terangkan keadaan sebenar.

Question:
Kalaulah hangpa kat tempat aku, apa yang akan hangpa buat? Buat bodoh? hahaha...

No comments: