Friday, September 22, 2006

Corat-coret

Jam 10.00 pagi, aku minta salah sorang kerani dari fakulti lain temankan aku balik ke rumah for a while. Ema namanya. Dia nie serumah dengan Nurul, ala..Nurul tue kan budak yang kena histeria kat umah aku tue. Ema puasa hari nie. Aku pulak nak balik rumah jap sebab nak jemur kain. Pagi tadi nak menjemur baju, tapi masih hujan lagi. Alhamdulillah, setibanya aku di rumah, sang matahari dah menjenguk.
Parking saja kereta di luar, terus kami masuk ke dalam rumah. Sambil aku menjemur baju, Ema pulak dok belek-belek majalah Mingguan Wanita yang aku baru beli semalam. Habis saja menjemur baju, aku ke dapur sambil buat sikit sambal telur. Untuk dimakan dengan roti..lapo beb..hehe..
Kitaorang pun bukalah cerita pasal Nurul nie. Memang isu nie dari mula hari kejadian, sampailah ke hari nie masih lagi kitaorang dok perkatakan. Masih lagi hangat diperkatakan. Dari perkara positif hinggalah ke negatif.
Perkara Positif:
a. Hari kejadian, jiran rumah sebelah, ala pakcik yang rajin bagi kitaorang makanan setiap kali dia masak tue. Dia langsung tak keluar dari rumah waktu kejadian tue. Bila keadaan dah reda, barulah dia terkocoh-kacah keluar dari rumah dan ingin kepastian tentang perkara yang dah berlaku dalam rumah aku. Bodoh ke tak tue, takkanlah dia langsung tak dengar bunyi jeritan kawan aku tue. Sedangkan jiran yang selang 2 ke 3 buah rumah pun boleh dengar dan segera hulurkan bantuan apa-apa yang patut, inikan pulak dia hanya bersebelahan dengan rumah aku. Rasanya hantu yang dia bela tue bagi instruction suruh jangan keluar kot. Wakakakkaka..Agaknya nanti kalau dia keluar, silap haribulan dia pun kena histeria jugak. Histeria dek hantu sendiri...hahahahaha...Budak bujang di rumah lagi sebelah tue memang tak ada time tue.
Kalau korang nak tahu, pakcik nie datang ke rumah anak lelaki dia yang dah kawin nie. Tapi aku langsung tak pernah tengok muka wife jiran aku tue, sebab dia asyik berkurung saja dalam rumah dan langsung tak mahu bersosial gitu. Tak lama lepas tue, baru pakcik ni datang ke rumah anak dia. Little did the info yang aku dapat dari budak rumah aku, pakcik tue cerita yang menantu dia tue dah bercerai dengan anak dia, dan menantu tue lari macam tue saja. Kawan aku cakap lagi dari cara cerita dia, kononnya anak dia langsung tak bersalah dalam perkara nie. Patut ke dia bercerita pasal hal rumah tangga anak menantu dia pada orang lain, especially pada kami budak bujang nie. Apa motif dia? Musykil..musykil..
Dia mula bertandang ke rumah anak dia tue dalam bulan Mei 2006. Sejak tue, dia terus stay situ. Dengan semua orang dia tegur. Siap masak apa pun bagi kat hampir kesemua jiran area rumah aku. Siap minta kitaorang makan juga masakan dia tue. Kalau hari ni dia bagi makanan tue, the next day dia akan tanya sama ada dah makan ke belum makanan dia tue. Dia cakap masakan dia tue dia belajar dari India le apa ler.
Pakcik nie jenis cakap 'juah'= cakap besar. Sebut saja seluruh semenanjung, semua orang dia kenal. Dato' itulah, orang inilah, ada saja orang yang dia kenal. Apa yang buatkan kitaorang rasa kurang selesa bila setiap kali balik dari kerja, dia dah akan bertenggek di luar rumah. Bersembang dengan kitaorang dalam keadaan pakai towel saja. Dia tak tahu yang kitaorang dah sampai rumah, tentulah terus nak berehat. Ini tak, belum lagi lagi nak kunci kereta, dah ramah bertanya itu dan ini. Dahlah kitaorang nie semuanya perempuan. Tentu dipandang dek jiran-jiran. Macam manalah kalau tetiba towel dia tertanggal? Iyark! Tak sanggup aku tengok apa yang tertera, terjuluq dan terjuntai. Hahaha..entahkan dia pakai underwear ke tak...hahaahaha...sampai ke situ pulak aku nie.
Kitaorang bila dari dalam rumah nak keluar ke apa ker, terpaksa jadi macam PENCURI. Nak masukkan kunci pun perlahan gilos saja, so that dia tak dengar. Sebabnya bila dia dengar bunyi kunci rumah kitaorang, segara tue gak dia akan terpacul kat sebelah rumah.
Itulah yang menjadi kehairanan jiran-jiran bila jadi kes macam tue, dia langsung tak keluar rumah. Tapi pintu rumah dia memang terbuka luas. Ada jiran-jiran kitaorang yang minta kitaorang berhati-hati dengan pakcik. Kalau boleh tue jangan diajak berbual. Sebabnya pakcik tue lain macam saja. Tapi kitaorang rasa macam biasa saja. Seolah-olah tertutup pandangan mata kitaorang. Sedangkan jiran-jiran dah mula rasa tak sedap hati. Macam mana? Bukan kitaorang yang mulakan dulu. Dia ada saja perkara yang nak ditanyakan.
Lagi satu dari segi makanan tue, kalau boleh buangkan saja. Sebabnya ada jiran-jiran aku yang cakap pakcik memang 'membela'. Itu cerita-cerita yang aku dapat dari jiran-jiran aku. Mungkin depa tengok dari aspek lain yang mungkin kitaorang dah terlepas pandang. Tapi kalau depa tipu, maknanya aku dah tipu hangpa semualah.
b. Bila jadi macam tue, barulah kitaorang tahu sapa yang akan menolong di saat kitaorang susah. Sanggup hulurkan pertolongan tanpa mengira bangsa. Macam kitaorang nie jenis bila dah sampai rumah, jarang keluar rumah sampailah the next day keluar untuk pergi kerja. Lagipun bilalah masanya kitaorang nak beramah mesra. Bagi aku, aku takut nak beramah mesra dengan jiran nie. Iyelah kita pun tak tahu hati budi orang nie. Manalah nak tahu, kita di pejabat depa mungkin boleh buat apa-apa saja. Selalunya kalau terserempak, kitaorang senyum sajalah. Itu saja yang termampu kitaorang buat.
c. Hubungan kitaorang dengan budak rumah Nurul jadi bertambah erat. Mungkin sebelum nie kami hanya bertegur sapa, tapi bila jadi macam nie secara tak langsung kami lebih mengenali antara satu sama lain.
d. Ada sorang staf di tempat aku tapi di jabatan lain, Awaluddin namanya. Dia sanggup tunggu dengan kitaorang semalaman sampailah jam 6.30 pagi. Sebelum tue lagi memang dia ada cakap dengan salah sorang jiran yang kebetulan jiran aku juga yang selang 2 buah rumah. Jiran aku tue namanya Budi.
"Aku ingat nak minta nombor telefon budak-budak nie (maksudnya nombor telefon aku dengan budak rumah aku yang lain). Sebabnya aku tengok pakcik tue lain macam sikit,"ujarnya pada Budi.
Even dia pun minta kitaorang berhati-hati dengan pakcik tue sama ada dari segi percakapan ataupun makanan yang dihulurkan oleh pakcik tue. If possible jangan makan apa yang pakcik tue bagi.
Alhamdulillah, dia dah jadi kawan kitaorang. Bila terserempak saja, sempat lagi kitaorang bertegur sapa. Aku memang pernah tengok dia dalam kawasan kampus tapi tak pernah tegur dia. Tak sangka pulak dia antara peneman kitaorang. Langsung tak berganjak. Tunggu saja di luar rumah kalau pertolongan dia diperlukan.
e. Antara orang yang mula-mula hulurkan pertolongan ialah beberapa orang jiran kitaorang yang bertugas sebagai polis. Diaoranglah yang tolong pegangkan kaki Nurul supaya dia tak terus meronta-meronta. Sempatlah kenal dengan salah sorang tue. Siap bertukar nombor telefon dan ber'sms' the next day. Manalah tau kalau-kalau nak minta tolong ke ataupun kena saman ke.....hehehe.. :)
Perkara Negatif:
a. Barulah kitaorang tahu siapa yang boleh diharap bila kitaorang menghadapi masalah. Alhamdulillah, jiran-jiran sanggup menghulurkan pertolongan. Sejak dari kejadian tue, pakcik sebelah rumah tue memang langsung tak berbual dengan kitaorang. Akupun tak berminat nak tahu pasal dia,apatah lagi nak melihat sekilas ke rumah. Bukannya marah, tapi kesal dengan tindakan dia dan juga cara dia yang kurang sopan (berbual dengan kitaorang dengan cuma memakai tuala sampaikan dah menimbulkan syak di kalangan jiran-jiran). Memang ada rahmatnya juga. Bila dah jadi macam nie, barulah tahu expresi jiran-jiran yang lain. Andai kata kalau perkara nie tak berlaku, kitaorang pun mungkin sampai ke sudah tak kan tahu perangai sebenar pakcik nie. Alhamdulillah, hubungan kitaorang dengan jiran semakin baik, sudah boleh bertegur sapa dan beramah mesra.
Waktu kejadian tue, salah seorang staf di jabatan lama datang dengan husband dia yang bertugas sebagai ustaz. Memang suami dia pun cakap pakcik ni memang 'membela'. Jadi, dari segi makanan ataupun apa juga perkara, memang kitaorang kena berhati-hatilah. Sekurang-kurangnya kitaorang dah terhindar dari keadaan yang tidak diingini tue, insya-ALLAH..
b. Rasanya Nurul nie pun banyak 'auta' jugaklah. Sebabnya bila aku berbual dengan Ema, banyak perkaitan dan percanggahan dari cerita dia tue. Memanglah dia jadi histeria tue due to the tension dengan bekas boyfriend dia tue. Ema pernah cakap dengan aku, kalau kita stress dan kita share cerita dengan somebody, kita akan rasa lega. Tapi dalam kes Nurul nie, bila dia bercerita dengan lebih sorang dan setiap kali bercerita tue dia menangis, suppose she's better and better. Even bos dia pun tahu the whole story. Tapi tak. Dia jadi makin teruk sampailah kejadian histeria tue. Banyak sangat percanggahan yang buatkan kitaorang rasa cuak. Dia minta pendapat kitaorang cara terbaik untuk selesaikan masalah dia. But at the end, dia akan ikut kata hati sendiri. Bertindak ikut emosi. Entah-entah bekas boyfriend dia tue tak tahan dengan dia sebab perangai dia sendiri yang suka mendesak. Manalah tahu kan. Lelaki nie dengan ego seiring. Golongan lelaki nie memang tak suka didesak, jadi cara terbaik kenalah dibawa berbincang, betul tak kengkawan?

No comments: