Hari ni kt Unit Kesihatan kampus adakan pemeriksaan paps smear dan pemeriksaan payudara. Actually aku dah bagi dah nama untuk buat breast check up. Punya lah teruja aku pergi on time. Dah pergi ke kaunter. Staf tu pun dah amik no. staf aku. Sampai saja kt depan pintu bilik pemeriksaan, ada 3 orang nurse menunggu. Sembang punya sembang rupa-rupanya aku tak boleh buat breast check sebab aku tengah period. Selalunya seminggu sebelum period ataupun tengah period memang lazim akan ada ketulan ataupun benjolan di sekitar breast. Selepas seminggu period barulah masa yang sesuai untuk buat breas check. Aiyarkkk...pitammm Cik Su. Nampaknya memang tak ada lah rezeki aku. Nurse tu siap cadangkan supaya aku pergi ke klinik kesihatan berdekatan. Alamatnya memang tak gi la jawabnya.
No comments:
Post a Comment