Sunday, February 17, 2013

Lamanyerrr

isyyyyyy....memang lama betul aku tak mencoret.  Memang bersarang teruk 'umah' aku ni..aduyaiiii..

Kat kampung pagi tadi mak buat kenduri doa selamat sebab Amir sapat masuk uitm.  Sabtu depan daftar masuk. Dia dapat di UiTM Shah Alam.  Alhamdulillah.  Setelah sekian lama menunggu adikku dapat juga belajar ke menara gading.  Itu impian dia.  Ikutkan time SPM dulu memang dia target untuk masuk ke universiti memandangkan ramai kawan-kawan dia dapat surat panggilan dari upu.  Tunggu punya tunggu akhirnya dia masuk ke Tingkatan 6 dulu.  Alhamdulullah keputusan dia agak baik.  Bulan Disember lepas dia ada interview untuk offer yang dia dapat ni.  Tak sangka pulak untuk kemasukan semester ni dia dapat.  Terkejut dia.  Tapi aku bangga dengan Amir sebab sementara menunggu keputusan untuk dapat offer ni dia adalah antara tulang belakang yang membantu ayah berniaga selain dari Manje.  Juga ringan tulang tolong mak untuk urusan kat rumah.  Aku dapat membayangkan mesti keluargaku akan rasa kehilangan sepanjang Amir ada di kampus kelak. Tika tangan ni sibuk mencoret pun pelbagai rasa di hati.  Mavam mana nanti lepas pendaftaran, di saat berpisah dengan mak dan ayah, mesti ibuku akan mengalirkan air mata.  Confirm gak aku akan turut serta.....huhuuu...

Minggu depan family aku nak datang hari Jumaat.  Aku dah booking bilik yang terdahulu time dorang stay sini.  Aku bercadang lepas pendaftaran tu aku nak follow dorang balik kampung.  Harapnya bos aku luluskan permohonan cuti aku nanti, InsyaALLAH?

No comments: