Wednesday, August 15, 2012

Pasang braces

Pagi ni temu janji aku dengan dentist.  Berdebar-debar weiii...Alhamdulillah.  Ikutkan aku nie dalam waiting list selama setahun untuk buat braces.  Tapi alhamdulillah, dipermudahkan segala urusanku.  Ija juga banyak membantu aku.  Alhamdulillah yang tidak terhingga.  Sebelum tiba ke hari nie, aku dah cabut 4 batang gigi; 2 gigi atas dan dua gigi bawah.  Sakitnya bila cabut gigi yang sihat.  Luckily aku dapat dentist, namanya Dr. John.  A very gentle dentist.  Bila aku request kat dia 'doc, please treat me gently', terus dia cakap 'don't worry, i will'.  Memang dia tepati janji dia tu.  Cuma bila dah abis ubat kebas tu memang terasa la sakitnya.  2 gigi pertama tu aku simpan buat kenangan.  Entah kat ceruk mana ntah aku letak gigi tu..macam tooth fairy lak..huhuu..

Sampai je di kaunter pendaftaran, terus aku cakap kat staf tu aku nak ke toilet.  Tetiba pulak macam-macam perasaan yang datang; gemuruh jiwaaa...lalalalaaaa...rasa nak terkucil, rasa nak memerut, rasa nak demam..Isyyy..pendek kata macam-macam rasa la.  Sampai je kat kaunter tu, staf tu sengih je kat aku.  Agaknya dia pun faham pun gejolak rasaku nie..huhuu..Bila saja namaku dipanggil, aiyarkk..rasa gemuruh ni datang balik!!!  Sambil melangkah kaki tu, staf yang bertugas, namanya Zura sembang santai denganku.  Sampai la ke bilik dentist.  Alhamdulillah dentist untuk braces ni pun gentle orangnya.  Namanya Dr. Azrul.

Sekadar info buat kengkawan.  Fakulti di tempat aku sekarang ni dah sediakan kemudahan untuk buat braces (baru start beroperasi awal tahun ini, dan Ija, setiausaha Dekan FPg adalah staf pertama yang buat braces.  Kiranya first testimoni la nie).  Selain tu perkhidmatan yang lain pun ada disediakan juga; macam scaling, cabut gigi, whitening, bridging etc.  Aku perhatikan ramai public menggunakan perkhidmatan di sini.  Apa taknya harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding dengan dentist luar dan pesakit boleh request sama ada nak menggunakan khidmat pelajar praktikal atau doktor pakar (itupun bergantung pada keadaan semasa). 

Hasrat di hati memang nak pakai braces.  Dari dari setahun ke setahun asyik pending je.  Ada saja alasannya; tak ada masa, kurang ongkos, tempat nak buat braces tu agak jauh dari pejabat etc).  Tapi bila aku terserempak dengan Ija time Jamuan Tengah Hari bersama bos sempena Hari Setiausaha, dia pun ceritakan camner dia buat braces tu.  Terus tetiba tinggggg.....lampu telah menyala.  Terus aku tanyakan details pada Ija dari segi prosedur nak braces macam mana.  Ija tolong tanyakan juga kat kaunter.  Aku pun ada called ke kaunter fakulti bertanyakan perkara yang sama.  Setelah aku confirm, barulah disusuli dengan pemeriksaan gigi, x-ray gigi (x-ray untuk gigi dan x-ray untuk braces), dan cabut gigi.  Kelakar bila dah tak ada gigi, bila bercakap tu rasa macam menyembur je air liur.  Lepas tu bila tidur, aku notices cepat sangat kuar air liur basi..aiyarkkk...

Time Dr. Azrul pasangkan braces tu memang tak rasa apa-apa.  Dia pilihkan color pink.  Cuma dia cadangkan dalam tempoh sehari dua ni makan makanan yang lembut je.  Dia bekalkan aku dengan gel; fungsinya bila jadi ulser, gentel gel tu dan letakkan kt bahagian braces yang tajam tu bagi mengelakkan ulser jadi lagi sakit.  Juga panadol.  Dia cadangkan untuk makan sebelum datang rasa sakit.  Dalam perjalanan balik, gigi aku dah mula rasa berdenyut-denyut.  Nasib baik time pasang braces ni, aku tengah 'bendera merah'.  Jadi tak ada masalah..heheee..Sampai di Nilai, terus aku gi ke drive through MacD, aku tapau bubur ayam.  Balik rumah terus makan.  Makan rasa cam rupa orang oo..slow motion gitu.  Tapi tak per.  Demi untuk pastikan gigiku jadi elok, ku relakan juga..huhuu..

Main reason aku nak buat braces ni sebab aku ada gigi yang berlapis.  Jadi setiap kali menggosok, perlu agak lama pada bahagian gigi yang agak ke dalam.  Jangkaan tarikh aku pakai untuk tempoh 3 tahun.  Aduyaii..selama tempoh itu, Cik Su..makanlah item yang berpatutan je yer..huhuu..


Inilah contoh braces aku.  Dentistt letak color pink.  Ai like..huhuu....






1 comment:

Lxlita said...

Tmpg tnya U buat dkt mana? And kalau nk jd volunteer utk practical dentistry student blh tk? I nakkk ��