Sunday, January 27, 2008

Prihatin..dah tua dah..




Jam 9.45 pagi, aku dah tersedar. Terus saja aku turun ke bawah untuk 'off' lampu luar. Rupan-rupanya tuan umah dah ada kat bawah sambil menonton televisyen. Terus aku naik ke bilik semula. Confirm dia dah 'off' kan lampu. Kan kami la nie ke 'arah penjimatan'..huhuhuhuhuhuhu..Pelik betul aku. Selalunya tuan rumah nie balik rumah family dia. Minggu nie dia stay pulak kat rumah..erm..tak kan nak monitor pergerakan kami budak-budak rumah nie kot...?huhuhuhuhuhuhu..
Hopefully hari ni aku dapat keluar dengan Abang. Kesian kat Abang, lately nie memang dia kerja non-stop. Sekarang nie dia tengah buat renovation; dinding cafe tue dah dibuka. So kedai dia akan jadi lebih besar gitu. Dah la pulak tue, dia sorang saja yang monitor kerja-kerja penyelenggaraan tue. Mana lagi dengan nak monitor 2 kedai. Dengan rehat tak cukup, tidur pun tak cukup. Kalau aku la di tempat dia, belum tentu lagi aku boleh menguruskan semua perkara tue dalam satu masa. Silap haribulan, pengsan aku...hehehe..
Sambil-sambil tue aku membasuh baju. Time aku pergi ke ampai baju nak ambil baju-baju yang kering dan nak ampai baju basah, i realize someting. Baju tidur aku dah tak ada! Aik! Biar benar. Takkan hilang kot! Sob..sob..sob...aku baru saja beli jumaat, baru saja sidai semalam. Sapa lak yang amik nie? Nak kata ada orang lain amik, kat umah hanya ada aku dengan tuan rumah saja. Lagi 2 orang housemate tak ada. Lagipun jarak ampai dengan pagar belakang tue memang banyak betul jaraknya. Takkan la tuan rumah tolong angkat baju aku kot. Sedangkan 'baju kecik' dia still kat ampai tu..hhehehe..adoi..camner nie?
Lepas Zohor, aku rasa mengantuk pulak. Hentam tidur sampai ke jam 6.30 petang. Sedar saja, kepala terasa cam 'high' saja..hehehehe..Macam mana badan tak mengembang, bagai dipam-pam. Ada saja masa terluang, terbongkang la aku..hehe.Tengok handphone, rupanya ada miss call daripada kawan aku. I returned her call. Then we decided to go the JJ Seremban! Masuk nie dah 3 hari berturut-turut dah aku ke JJ Seremban nie..hehe..bagus gak ada aktiviti. Sekurang-kurangnya aku tak la boring. Nampak gayanya hari nie tak dapat la aku jumpa dengan Abang. Hampa dan kiciwa...huhuhuhuhuhuhu..
After Maghrib, kawan aku tu sampai. Terus kami ke JJ Seremban. Nasib baik la tak jammed, cuma agak hujan sikit. Sampai saja ke JJ Seremban tue kami terus cari parking di tingkat atas. Dalam dok melilau cari parking, kebetulan ada satu kereta Cina nie siap bagi signal suruh kami ambil parkir dia since dia dah nak keluar. Apa lagi, terus aku buat satu pusingan. Sampai ke tempat Cina tue, dia pun tunggu kami. Dia keluar saja , kami terus masuk. Aku hon kat Cina tue, dia siap angkat tangan lagi. Alhamdulillah, dipermudahkan segala urusan kami. Then, terus menuju ke food court. makan. Gambar yang letak tue time aku order Black Pepper Sizzling Yee Mee. Sedap gak. Kawan aku pulak order Nasi Goreng Thai. Dah kenyang baru la kami pergi shopping. Aku beli T-shirt dengan handbag. Kebetulan tengah ada sale 70% di GIAMAX. Tapi aku beli handbag murah-murah saja untuk digunakan ke pejabat..hehe..
Sampai saja ke Nilai dah jam 10.45 malam. Terus kami pergi minum teh tarik kat kedai mamak as usual tue. Ramai gak mamat-mamat menebeng kat situ. Rupa-rupanya depa tengah tengok match MU vs Totentem. Kesudahannya MU menang, berapa mata aku tak berapa pasti pulak.
Time aku nak tutup pagar rumah, kebetulan tuan rumah aku pun baru sampai jugak. Dia tak banyak cakap pun. Aku pun malas la nak ajak dia bersembang. Agaknya dia letih kot. Aku masuk saja ke bilik, terus kemaskan bilik. Mandi untuk kali ke-3. Panas betul malam nie. Sambil aku sisirkan rambut, tetiba aku ternampak ada sehelai rambut putih. Terus aku cabut rambut putih tue. Dah menginjak dah usia aku nie. Dah beruban dah rambut aku. Hrmmmmm...
Jam handphone dah menunjukkan ke angka 4.00 pagi. Mata ni dok segar lagi. Adoi, nie mesti penangan teh tarik nie. Kenapa la aku minum gak teh tarik time malam hari? Kalau siang tue tak apa la. Ini la padahnya.












No comments: