Sunday, November 11, 2007

Finally...Journey

Setelah berhempas pulas, akhirnya aku berjaya juga menghabiskan novel yang aku pinjam selama setahun daripada kawan aku. Nasib baiklah pinjam buku kawan, kalau pinjam di library, entah banyak manalah aku kena denda tue..hehe..Tajuknya Journey, nukilan penulis Danielle Stelle. Sedap juga jalan cerita nie. Kalau tengok cover buku nie, nampak okey saja. Helaian kertas novel nie memang jenis lama. Dah bertukar jadi warna kuning gitu..hee..nie pasal institusi kekeluargaan. Rupanya penderaan nie bukan dari segi fizikal yang kita boleh tengok saja. Tapi melalui kata-kata.
Novel nie pasal sorang pompuan nie yang sebelum nie mangsa dera si suami. Kebetulan time tue pompuan nie kerja di stesen tv dan dia kenal dengan sorang tv director nie. Agaknya sebab bersimpati dengan perempuan nie, so lelaki nie pun selamatkan perempuan nie. Lepas 2 tahun, diaorang berkahwin. Memang pompuan nie bahagia dengan suami baru dia. Suami baru dia nie tatangkan dia bagaikan minyak yang penuh. Very loving husband. Cakap saja nak ke mana, confirm they will go. Even they have their own plane jet. Barang kemas, baju-baju mahal tue jangan katalah. Memang pompuan nie dapat segala kemewahan yang diidamkan setiap perempuan. Biasalah bila dah berkahwin nie, kita mesti nakkan zuriat penyambung generasi. Rupa-rupanya suami baru dia nie tak nak anak. Katanya nanti kalau ada anak akan menghalang kebahagiaan depa. Pulak! Disebabkan sayangkan si suami, si isteri disuruh untuk 'ikat' peranakan. Si suami ni hanya nakkan isteri tue saja. He don't want any barrier between us.
Kalau dah namanya isteri ahli korporat, tentulah si isteri nie pun mesti bersosial juga. Jadi si isteri nie pun join kelab ahli korporat yang mana diketuai oleh isteri Presiden White House. Diorang tubuhkan satu persatuan bagi menolong mangsa-mangsa dera. Dalam pertemuan tue, si isteri nie diperkenalkan dengan sorang ahli korporat yang turut serta di dalam perjumpaan tue. Bill Alexender namanya.
Si isteri nie memang dah masak sangat dengan telatah si suami dia tue. Kalaulah diaorang tengah buat bertelagah ke apa ke, confirm si suami tue akan ungkit balik macam mana si suami tue 'kutip' si isteri dia tue. Pendek kata, dia perlekehkan wife dia la tue. Even si suami nie memang sekat pergaulan si isteri tue. Umpama hidup di dalam sangkar emas. Nampak cantik di pandangan, tapi tuan empunya badan sapalah yang tahu. Bila dah sampai ke satu tahap tue, diaorang menghadapi konflik yang memerlukan si isteri nie buat satu keputusan untuk masa depan dia sendiri. Nak tahu keseluruhan cerita nie, kenalah baca novel tue. Bahasa yang mudah difahami. Ayat tak meleret. Cayalah cakap aku.. :) Aku yang merangkak-rangkak baca english novel nie pun akhirnya habis gak baca novel tue selepas setahun, inikan pulak kengkawan aku yang memang teror english. Yang bestnya cerita nie happy ending.

No comments: