(Ini adalah sesi bergambar di lobi sebelum warga dari Mufti Wilayah pulang)
Sampai saja ke pejabat, aku serta kawan-kawan sepejabat yang lain sibuk membuat persiapan terakhir bagi menyambut kedatangan warga kerja dari Mufti Wilayah Persekutuan. Ikutkan perancangan, diaorang akan sampai dalam jam 10.00 pagi. Tapi entahlah macam mana, jam 9.30 pagi aku dimaklumkan oleh bos aku yang Mufti dah sampai dah. Kelam-kabut kitaorang dibuatnya. Siap bos aku minta penyelaras yang lain tiba lebih awal dari jangkaan sebenar. Alhamdulillah, penyelaras nie semuanya akur dan tak banyak mulut. Rupa-rupanya warga kerja dari jabatan mufti nie datang dengan 3 buah kenderaan. Lama juga agenda ni berjalan. Aku pulak bila dah separuh dari agenda tue berlangsung, terus bergegas pergi ke bilik jamuan. Rupa-rupanya brother yang hantar makanan tue baru sampai. Terkocoh-kacah dia siapkan hidangan di atas meja. Apa lagi, aku dengan sorang lagi staf kat jabatan aku terus tolong brother tue. Tak lama lepas tue, bos aku bawa mufti tue ke bilik jamuan. Terkejut bos aku bila tengok menu kitaorang hanya nasi hujan panas dengan kuah dalca saja. Tergamam dia seketika. Aku yang dah tengok riak muka dia semacam terus minta sorang officer dengan sorang lagi staf temankan aku amik lauk tambahan. Penolong Pendafta aku pulak buat bodoh saja, seolah-olah dia tak tahu keadaan sebenar. Langsung tak tunjukkan muka bersalah. Geram aku, kalau macam tue baik aku saja jadi Penolong Pendaftar. Hahhaa...memanglah bukan dia yang uruskan, sebaliknya kerani bawahan dia, tapi dia sebagai ketua kepada kerani-kerani tue kenalah tengokkan sama. Takkan perkara sekecil tue aku nak kena ajar juga kan? Sambil-sambil diaorang makan tue, sempat juga aku terdengar perbualan bos aku dengan mufti tue. Sebenarnya jabatan aku dalam perancangan untuk membuat Seminar Manhaj pada penghujung Disember nie. Jadi dalam mesyuarat terdahulu, kami dah buat keputusan untuk mencari penaja bersama. Mufti Wilayah ni salah satu dari target kitaorang. Alhamdulillah tadi dalam bilik mesyuarat aku sempat selitkan nota kecil kepada bos aku sebagai reminder untuk perbualan dengan mufti tue. And he did. Later on bila aku minta kepastian mengenai lawatan dari mufti nie, bos aku cakap memang dikatakan berjaya. Cuma aku rasa yang buatkan dia rasa terkilan bila tiba bab menu. Aku faham dia agak kelam-kabut sebelum ketibaan mufti tue lagi. Bos aku nie mementingkan ketelitian, kekemasan dan kepuasan. Itulah bila tiba menu yang agak kurang, berubah riak muka. Bukannya dia menjaga prestige dia, tapi dia mewakili keseluruhan jabatan aku.
No comments:
Post a Comment