Wednesday, September 13, 2006

Bengkel Fatwa Management System (FMS) Fasa II-hari pertama




(Ini adalah sebahagian peserta, termasuk dengan urusetia yang sedang bertungkus-lumus menjayakan bengkel nie. Sebelah kiri yang bercermin mata tue, my first x-bos. Dia pun pada mulanya macam tak mahu tegur aku, tapi bila aku memulakan dulu, dia pun okey...entahlah apa yang bermain dalam fikiran dia, tapi aku tahu apa yang dia dah buat pada aku yang sedikit sebanyak menjejaskan reputasi aku, mungkin juga salah aku..)







Semalam beberapa kali aku terjaga dari tidur. Pertamanya sebab officer aku nie tidur berdengkur; mungkin letih; mungkin sebab dia selesema dan terpaksa bernafas ikut mulut, tapi kalau macam tue boleh berdengkur ka? Yang keduanya, aku rasa macam kami nie dah terbangun lewat pulak...heheh...
Bila sampai di cafe for a breakfast, ada beberapa orang peserta lain yang majoriti terdiri daripada pensyarah, dan kakitangan pentadbiran sedang bersarapan. Bila ditanya pada kengkawan yang lain, depa tidur jam 2.00 pagi semalam sebab nak menyiapkan semua persiapan fizikal. Terdiam aku. Rasa bersalah pulak. Kalau aku bagi reason mengatakan aku dah memang knock-out dan letih, depa pun sama jugak. Kenapalah aku bersikap aku? Kesian pada kengkawan aku yang lain. Tak apalah abaikan. Sementara kengkawan urusetia tengah makan, aku terus masuk ke dewan bengkel. Settingkan apa-apa yang patut. Rasa bersalah beb! Ini saja yang termampu aku buat bagi nak cover apa yang aku dah buat semalam. Alhamdulillah sesi pagi berjalan dengan lancar, cuma ada beberapa kali PA system meragam. Aku agak mesti bos aku dah hangin tue. Mana taknya walaupun hanya wakil rektor merasmik majlis kitaorang, mesti bos aku rasa tekanan juga.
Memandangkan waktu rehat agak panjang, aku balik ke bilik. Meantime officer aku dah turun dulu memandangkan dia jadi juru acara for the whole day. Aku pun setkan jam lagi 15 minit aku akan bangun. Sedar-sedar saja dah jam 3.00 petang! Apa lagi, kelam-kabut bangun dan buat apa-apa yang patut. Sebaik saja aku melangkah masuk, depa dah pun mula dengan sesi perbincangan dalam kumpulan.

No comments: