Pagi nie aku tumpang kawan aku pergi ke bangunan pentadbiran sebab ada pertemuan dengan Rektor. Sebelum nie pun memang dah diadakan pertemuan semacam ni dah. Dari tahun lepas sampai la nie saja baik dari segi kakitangan pentadbiran, akademik, dan setiausaha makin bertambah. Itu yang Rektor ambil alternatif nie untuk adakan perjumpaan dan mendapat input ataupun kami menerima output dari Rektor sendiri.
Nasib baiklah bilik mesyuarat yang ditempah boleh memuatkan semua setiausaha. Kalau diperhatikan, setiausaha badge baru nie ala-ala 'kerek' sket. Stok perasan cun gitu. Bagi aku senang saja. As long depa tak kacau aku, itu dah cukup baik dah.
Ini adalah beberapa catatan yang sempat aku ambil dari ucapan Rektor:
a.) Pertukaran akan dibuat setiap 3 tahun, kecuali di tempat-tempat kritikal mungkin pertukaran agak sukar. Ini kerana orang luar yang selalu deal dengan seseorang s/u dah rasa biasa dan senang berkomunikasi dengan s/u tue.
b.) S/U kena nilai keutamaan terlebih dahulu. Apa-apapun kena utamakan kerja bos.
c.) S/U umpama 'tangan kanan' bos.
d.) Menjaga kerahsiaan kerja
e.) Ketepatan dalam sesuatu perkara. Bos mestilah diberikan info yang tepat update info terkini.
f.) Ketepatan memberikan surat kepada bos. Dari segi draf surat tue, make sure tak ada error mistake ataupun kesilapan kecil. Periksa betul-betul. Jangan main hentam keromo je.
g.) Surat tak boleh lebih dari 3 hari berada di atas meja bos. Melainkan kalau dia pergi ke seminar ke apa ker. Ataupun bercuti ke.
h.) Separuh kejayaan bos berada di tangan S/U.
i.) Pengetahuan, keterampilan mestilah dipertingkatkan.
No comments:
Post a Comment