kadang-kadang kita menilai.. kadang-kadang kita dinilai.. tetapi sejauh mana penilaian kita, belum tentu sama dengan orang lain menilainya..
Thursday, August 17, 2006
Perbarisan Kemerdekaan
(kat sebelah tue gambar selepas habis perbarisan...)
Aduih, dah habih tulis tetiba aku terdelete lak..aduih..sabar je la. Pagi nie ada perbarisan kemerdekaan ke-49 peringkat universiti. Suppose jam 7.30 pagi dah kena ada di tempat perbarisan dah, tapi itulah dia, janji melayu. Macam department aku nie gabung dengan tiga jabatan lain, so kami dah buat kemeja ala-ala Formula 1 tue. Tengah dok sembang dengan kengkawan aku, tetiba salah sorang pegawai from my previous department tegur aku.
"Su, dah tak join department kitaorang dah ker?" Aku kurang pasti sama ada pertanyaan dia tue ayat bergurau ataupun sebaliknya. Tapi aku buat tak tahu saja. Pegawai nie memang jenis suka menyibuk hal orang, tanya itu, tanya ini, kononnya prihatin, but at the end dia akan jaja cerita orang. Aku pun tak terkecuali juga. Nasib baiklah aku dah bertukar ke jabatan lain. Tak lama lepas tue tetiba pandangan mataku terarah pada seseorang. Dengan kot hitam bersama kain yang dikenakan juga dengan boot. Pegawai tue nampak kelakar dengan boot yang dia pakai tue..hehe..bukan kes dengki ye. Agaknya dia nak kelainan kot. Lantaklah. As usual person yang accompany tue kiranya pengikut dia juga ler. Setia menemani dia ke mana saja. Eloklah tue dah perangai tue sama-sama teruk. Pada pembaca entry aku nie, pegawai nie memang jenis yang kaki 'kay poh' jugak. Pegawai yang tegur aku tadi tue sama genglah dengan pegawai yang aku ceritakan nie. Satu kampunglah katakan. Sanggup buatkan apa saja demi kepentingan diri sendiri. Tak faham aku, dunia semakin maju, tapi mentaliti MELAYU masih lagi di takuk lama. Bersifat parasit. Sanggup jatuhkan orang lain. Sedangkan bangsa lain membantu sesama sendiri dan berlumba-lumba untuk maju bersama. Seolah-olah erti kemerdekaan tak diolah dengan cara yang lebih baik.
Petang, aku ikut kawan aku ke nursery anak dia. Actually budak kat nursery tue ada ambil tempahan baju, jadi aku dimaklumkan yang baju aku dah siap. Itu yang nak kena pergi ambil tue. Sampai di pintu nursery tue, aku dah nampak beberapa orang anak kawan aku. Rasa seronok pulak tengok telatah budak-budak nie. Anak sorang kawan aku nie dari mula aku panggil dia, terus dia duduk atas riba aku. Bila aku alihkan dia duduk di lantai, terus dia bangun dan duduk atas riba aku balik. Aduh, parah nie. Udah le badannya tembam, sampaikan naik lenguh peha aku ni. Siap dia selukkan tangan dia dalam setiap poket baju kemeja aku.
"Mama mana?" Tanya aku.
"Mama gie work." Amboi lancar saja mulut dia menjawab. Tak lama lagi dia dah nak dapat adik baru dah tue. Bila dengar saja kengkawan dia sebut mama dia dah sampai, meluru saja ke mama dia. Itulah telatah budak. Tak lama lepas tue budak yang buatkan baju aku tue, turun bawa baju aku yang dah siap tue. Dia kenakan bayaran RM25.00. Kawan aku pulak siapa pesan aku sms dia bila aku dah fitting baju aku tue nanti. Sama ada selesa ke tak. Sampai saja rumah terus aku pakai baju tue. Memang selesa. Nanti bolehlah aku minta budak tue buatkan lagi baju aku next time.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment