Monday, July 10, 2006

Renung-renungkan..

As i opened my eyes, terasa yang mata sebelah kiri aku kecik sebelah! Biar benar! Terus aku meluru ke arah cermin. Dibelek-belek mata kiri aku tue. Sah! Memang mata aku kecik gara-gara geraham bongsu sebelah kiri aku yang start membengkak. Patutlah malam semalam aku payah nak lelap tidur. Bukan sebab final football world cup yer..hehe..Terus aku decide ambil MC saja. Nak pergi ke office tue boleh, tak ada masalah, tapi nanti aku khuatir kalau-kalau tumpuanku tidak pada kerja. Asyik mengerang sakit gigi saja. Before 8.00 am, i sms my bos mentioning that i will take a leave. Aku lelap kejap. Dalam jam 10.00 pagi terus aku mandi dan bersiap-siap untuk berjumpa dengan dentist.
Masuk saja dalam bilik, doktor yang bertugas terus minta aku baring di tempat yang disediakan. Memandangkan aku dah biasa dengan doktor tue, jadi dia pun dah arif dengan previous record aku. Terus aku terangkan perkara sebenar. Lepas aku pun dengar penerangan doktor tue, so we decided supaya aku buat minor surgery untuk buang gigi geraham bongsu tue. Dia minta aku datang lagi hari Sabtu nie utk buat minor surgery tue. Lega aku dengar bila doktor tue cakap implikasi yang akan timbul selepas tue hanya bengkak saja. More than that insya-ALLAH tak ada.
Bukannya apa, last few months pun geraham aku bengkak dan aku berjumpa denga dentist tue. Tapi bila doktor tue suggestkan aku buat minor surgery, aku buat endah tak endah saja. Lepas tue Abang bring me to see this one dentist in KL. Apa yang buatkan aku risau bila doktor tue cakap akan ada implikasi bila buang geraham bongsu, gigi geraham bongsu atas akan ambil ruang geraham gigi bawah. Bila tiba waktu tue, semua gigi akan mula rasa sakit. Itu yang buatkan aku terus lupakan hasrat nak cabut ke apa ker. Sampailah ke insiden hari nie. Nampaknya nak tak nak aku kena buang juga gigi geraham bongsu sebelah kiri ni. Lagipun no point aku keep it tapi aku asyik sakit saja.
Lepas doktor bagi MC dan preskipsi ubat, aku terus ke Pejabat Pos untuk cash the cheque PLUS yang aku terima. Terjumpa dengan my officemate. Dia pulak EL. Ada hal berkenaan dengan rumah dia beli katanya. Kami sama-sama pergi tapau makanan tengah hari sebelum makan cendol berdekatan situ jugak. Then aku ke tempat car wash yang aku pergi dengan rumah Nana tue. Nasib baik waktu ke sampai, hanya kereta aku saja, so cepatlah servicenya.
Sampai rumah pakcik sebelah tue pulak ajak sembang. Nak tak tak, layan le jap orang tua tue. Peramah gilos orang tua tue. Apa yang aku boleh katakan pakcik tue educated, then he's got a good memory. Boleh sebut nama kengkawan yang dia kenal, siap dengan bin atau binti lagi. That's impressed me!
Lepas tue baru aku masuk rumah, having my lunch, then lepak saja menonton tv. Sempat call mak. Katanya si Harris tue tetiba pulak nangis. Tak tahu apa puncanya. Petang tu bila adik aku call sempat aku bertanyakan keadaan Harris. Adik aku cakap 'orang' datang tengok dia. Itu yang buatkan dia menangis tu. Erm..entah lah nak percaya ke tak. Kalau tak percaya, memang makhluk halus nie wujud. Jiran sebelah rumah letakkan celak pada pelupuk mata Harris, then only baru dia tidur. Lepas cakap apa-apa yang patut, i put down the phone.
Aku ada kata-kata selayang pandang untuk renungan bersama:
Masa berlalu dan kita berubah mengikut peredaran zaman. Sama ada perubahan tersebut ke arah kebaikan ataupun sebaliknya, kita sendiri yang menentukannya.
If we expect people to respect us by treating people bad, then we won't go anywhere and we won't get the respect that we want to.

No comments: