Saturday, July 01, 2006

Feels like s***

Pagi bila aku buka pintu bilik, kawan aku dah keluar dah. Tue sure dia pergi ambil kawan aku yang lagi sorang tue sebab dia tak ada kenderaan. Tengah aku dok siap-siap, budak rumah aku pun sampai dengan budak yang dia ambil tue. Depa masuk ke dalam rumah ambil apa-apa yang patut. But i sense something. Depa buat 'dono' jer. Takkan marahkan aku sebab hal semalam kot. Bukannya aku tak nak tolong depa, but yesterday i was not myself. Aku ignore saja, dan aku buat kesimpulan sebab pagi lagi so mungkin mood tue tak berapa nak ada lagi..'enjin tak start lagi gitu'...hhe..tapi aku dah terasa bahang dah. After taking apa-apa yang patut, depa pergi dulu. Aku pulak akan menyusul kemudian since ada lagi sorang budak akan join aku. At 7.10 am budak yang lagi sorang tue pun sampai dengan motosikal dia. Parking dalam pagar rumah aku, then kami terus gerak ke tempat jualan kami tue. Sampai situ kami masuk ke office jap ambil apa-apa yang patut. Bila sampai ke gerai jualan tue, kami terpaksa tukar lokasi sebab tempat tue kurang sesuai. Kami terus ke tempat yang dimaksudkan. Aku perhatikan the two of them memang tak cakap banyak dengan aku. Even cakap pun langsung tak pandang muka aku. Tak ke aku dah bengang tue. Apa juga yang depa cakap memang buatkan aku 'hangin' saja. Lagi lah aku rasa tak ikhlas langsung. Kalau ikutkan rasa jahat aku nie, memang aku tinggalkan saja gerai tue. Biar depa saja yang uruskan. Memang aku rasa kehadiran aku tak diperlukan dan tak disenangi, so instead of waiting there, baik aku 'blah' saja. Tapi aku tunggu juga sampai depa tutup gerai tue. Reaksi depa macam tue jugak. After kemaskan air mineral, aku masukkan dalam kereta aku, terus aku cakap aku nak letak kt office saja. Esok baru aku nak ambil. Tapi budak rumah aku tue jawab dengan nada yang aku kurang senang. Dia nak aku simpang saja air mineral tue dalam kereta. So early in the morning terus saja ke gerai. Itu cadangan dia. Tak apalah kalau dia nak macam tue. Tapi dalam hati memang aku dah set dah tomorrow i won't go defenately! Pergi menyakitkan hati buat apa. Baik aku bermalas-malasan atas katil aku...hahaha..jahat kan idea aku nie..hehe..
Petang tue aku pergi ambil kawan aku dan we went to PD, tempat adik aku tue. Hantarkan baju melayu kat dia. Tengok dia pun muat dengan saiz yang dia bagi tue. Sampai rumah pun dah petang, tapi aku rasa boring lah pulak. Mana lagi dengan 'perang dingin' antara aku dengan budak rumah, i decidet to overnite kat rumah kawan aku. Lagipun rumah dia ada ASTRO..boleh tengok AF4! After Maghrib terus aku gerak ke rumah dia. Malam tue juga sebelum pengumuman penyingkiran pelajar, pengacara Aznil umumkan yang bapa penyanyi Mawi, baru saja passed away. Komplikasi jantung.
Habis AF4 aku dah start mengantuk dah. Rasa pening saja kepala aku nie. Agaknya separuh hari kena dek terik matahari semasa menjual kot. Abang called and i told him about what had happened. Juga aku maklumkan pada dia aku tidur rumah kawan untuk malam tue. Aku katakan padanya yang aku rasa bengang dengan apa yang dah jadi siang tadi time aku di gerai jualan. Abang pun cakap apa-apa yang patut. Betul juga cakap dia tue. Buat apa aku nak amil 'port' untuk perkara yang remeh-temeh. Such a childish! Habis dengar 'tazkirah' Abang, aku terus terbongkang. Kawan aku dengan budak rumah dia lagi sorang, watching a football match. Entah ler pukul bape depa tidoq.

No comments: