On saja tv pepagi nie hos rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) Abby Fana dengan Ally Iskandar wish Selamat Hari Guru. Tema tahun nie 'Pendidikan Bistasi Pemangkin Kegemilangan'. Memang menarik tema tue. Okey ler di kesempatan ini aku pun nak ucapkan Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru di seluruh tanah air. Moga guru-guru dapat menjadikan anak bangsa menjadi insan yang menghargai pengorbanan orang-orang terdahulu demi mendapat kemerdekaan untuk anak bangsa hari ini. Especially guru-guru yang penah mengajar akudari zaman aku tadika sampai ler ke ipta; Cikgu Salasiah, Miss Neoh, Cik Narehan, En. Majid dan ramai lagi (yang sebenornya aku dah lupa nama depa...hehe...). Sebut pasal Hari Guru nie kan teringat yang aku dulu pun penah gak jadi cikgu jap. heheeh....cik gu, cik gee..Abih jer exam kt uitm waktu di akhir pengajian, aku balik kampung. Sambil-sambil tue aku pergi ke Pejabat Daerah cuba-cuba nasib untuk jadi guru sandaran sambil nak tunggu hari konvo. Iyerler...boring gak dok umah tak buat apa, duit pun tak dapat. Few days later, aku dapat panggilan dari Pejabat Pendidikan minta aku datang ke pejabat tue. Bila sampai ke office tue aku terus jumpa dengan pegawai in charge dan dia pun cakap ada satu kekosongan jawatan untuk Guru Ganti sebab guru tersebut cuti bersalin. Tapi pegawai tue cakap sekolah yang aku akan mengajar tue nanti hanya ada satu sesi saja sebab sekolah tue baru bukak. So ada dari tingkatan 1 sampai 2 saja. Nama sekolah tue Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Jambu. On the way aku ke sana tetiba aku terfikir, boleh ke aku jadi guru nie walaupun guru ganti? Buatnya aku digelak dek budak-budak tue camner? Isy..macam2 perkara negatif yang timbul dalam kepala aku. Sampai kat sana, aku dibawa ke bilik guru penyelia yang akan brief di mana aku akan ditempatkan. Guru penyelia nie indian guy. A nice person. Lepas tue aku dibawa ke bilik guru. Sampai di sana, mata aku terpanah pada seseorang yang memang i am familiar with. My goodness! Kawan lama masa aku bersekolah rendah. Nama dia Saleza. Unbelievable! Berpelukan kitaorang. Sengih jer penyelia tue sebab dia tau soon or later sure aku akan dapat sesuaikan diri sebab aku dah jumpa kawan aku. Sempat ler kitaorang sembang-sembang. Dia mengajar subjek Matematik dan Pendidikan Seni. Aku pulak kena mengajar subjek English, Bahasa Melayu dengan Pendidikan Jasmani. Isy..boleh ke aku nie? Starting that day bermulalah hari aku sebagai seorang guru. Agak kekok juga mula-mula tue melihatkan gelagat pelajar-pelajar yang pelbagai. Kalau dulu bila time guru tegur suruh diam ataupun buat kerja sendiri, aku dengan kengkawan aku buat tau tau jer. Tapi bila kita di depan mengajar dan minta pelajar tumpukan perhatian terhadap apa yang diajar, memang it's a bit tough. Barulah aku tahu bukan senang nak mengajar nie. Tapi untuk student aku nie, aku kenakan 3 syarat kat depa; pertama kalau kelas aku start pukul 8.00 pagi, depa kena sampai lewat awal dari dari; kedua kalaupun lewat, aku akan tunggu sampai 8.05 pagi sahaja dan ketiga masuk 8.06 pagi kalau depa tak masuk jugak, aku akan tutup pintu depan dan pintu belakang. So suka hati depa ler nak ke mana pun. In case kalau depa kena tangkap sebab merayau ataupun lepak dekat kantin, aku dah memang siap dengan jawapan aku. Tapi tau-tau saja gelagat bebudak la nie, memang nakal. Kalau yang baik tue memang baik. Tapi ada ketika aku dapat kelas yang majoriti Chinese and Indian. Depa nie kalau tengok bangsa lain mengajar, memang depa tak respect langsung. Datang ke sekolah dengan tak pakai stoking, kuku panjang, rambut panjang, baju tak 'tight in' and so on. Kalau yang student pompuan tue pulak, kerjanya nak melawa saja; chinese student pakai baju kurung tapi kt dalam pakai 'tube'. Dah tue tak dikancing pulak baju, so bila depa menunduk nak mengambil barang ke apa ker, kan ke dah nampak apa yang ada dalam baju tue. Dah kena usik dek pelajar-pelajar lelaki. Lepas tue mengadu dekat cikgu. Tak ker letih melayan benda-benda remeh tue. Tapi seingat aku ler aku sorang student lelaki melayu nie memang agak nakal tapi terkawal. Ada satu pagi minggu tue aku keluar ke pasar tani jap sebab dekat one of the stall ada jual sup yang memang my favorite ler. Bila dah parking motor dan nak ke gerai tue, aku ternampak dia tengah mengangkut ais. Dia tergamam bila nampak aku, terus dia lari. Agaknya dia malu kot sebab aku nampak dia tengah kerja. Aku tak pasti sama ada salah satu kedai tue kepunyaan family dia ataupun dia menyara hidup keluarga dia dengan bekerja. Aku jadi insaf seketika. Rasanya mungkin dekat sekolah tue dia jadi agak nakal sebab dia nakkan perhatian, tapi di sebalik tue dia ada kehidupan dia sendiri. Aku kagum dengan student tue. Umur muda lagi tapi dah bekerja. Mungkin dia dari keluarga yang susah, who knows, right! Sedangkan aku baya student tue pun tak pernah kerja pun. Minta duit dekat mak lagi ada. Banyak pengalaman sepanjang aku kerja dekat sana. Ada cikgu yang macam nak melepaskan tanggungjawab dia dan serahkan kepada kami yang guru-guru baru nie. Mula-mula tue okey lah tapi makin menyerlah bila satu persatu persatuan ataupun kelas petang minta aku, kengkawan aku dan few of the new teachers untuk in charge. Memang agak marah tapi aku sematkan waktu itu yang aku nak belajar perkara baru. Rupa-rupanya isteri CC tempat aku praktikal dulu kerja di kantin tue sebab katanya boring stay kat rumah. Sekurang-kurangnya aku berpeluang untuk kenal dengan wife CC aku tue. Lawa orangnya, kecik molek saja. Anak dia pun belajar situ juga dalam Tingkatan 1 cuma aku tak mengajar di kelas anak dia dan aku pun tak kenal anak dia tue. Sempat jugalah aku 'libas' betis sorang Indian student yang agak degil. Suruh duduk dekat tempat sendir, gatal-gatal pulak nak keluar kelas. Apalagi, aku pun sempat kejar dia sambil libas keting budak tue. Melompat dia! heheh...padan muka, itulah sapa suruh degil dan tak nak dengar cakap aku. Baru nak merasa seronok kerja situ, tak sampai sampai 2 bulan, lepas tue aku dipanggil ke pejabat pendidikan. Perkhidmatan aku dekat situ dah ditamatkan sebab guru tue dah masuk bertugas.
They said ada satu lagi kekosongan tapi kali nie untuk guru sandaran. Apa yang buatkan aku lebih 'teruja' sebab kali ini aku akan ditempatkan di sekolah yang dulu aku bersekolah menengah. Maknanya aku akan berjumpa semula dengan guru-guru yang aku suka dan suka! Agaknya inilah kebesaran Tuhan. Memang berdebar gilos beb! The next day pagi tue bila aku sampai sekolah tue tengah ada perhimpunan pagi as usual. Nasib baik aku kena bertugas pagi. Dah settle perhimpunan tue, aku terus jumpa dengan pengetua situ. Pengetua perempuan beb. Aku pun dah lupa sapa nama pengetua tue. Very welcoming gitu! So aku akan mula mengajar subjek English dan juga Pendidikan Seni. Eeei..subjek yang aku cukup tak suka! heehe...Jadi bila kerani tue bawa aku ke bilik guru, aku berjumpa semula dengan cikgu yang dulu mengajar aku. Cikgu yang jadi guru tingkatan dari form 4 sampai form 5 dah bergelar Tn. Hj. dah. Time aku jumpa dia, siap dia perkenalkan aku pada cikgu-cikgu yang lain. Heheh..malu gak time tue, tapi aku agak dia rasa bangga sebab one of his student ikut jejak langkah dia untuk mengajar. Hehehe...Entah ler berapa lama aku boleh bertahan mengajar nie. Sekolah aku nie majoriti student Chinese. Manakala student Melayu pulak memang minoriti. So kalau ada sorang student melayu yang buat hal, memang senang sangat nak keep track. Memang banyak perubahan dari segi bangunan tue yang sudah dicat baru, banyak juga penambahbaikan untuk sekolah tue. Aku perhatikan jugak banyak student Melayu yang nakal-nakal, yang hanya suka dirotan. Agaknya depa nie tak sedar lagi kot, ingat nak main jer. Tak ingat langsung masa depan. Entah ler nasib aku time tue dapat kelas yang tercorot untuk mengajar Pendidikan Seni. Aduih..itu lah dulu kelas time aku di Tingkatan 2. Bebudak situ masy-ALLAH.. semua nya 'terjal'. Geram betul. Mana lagi dengan yang ponteng and so on. So the next day aku pinjam rotan dari cikgu disiplin. Terkejut cikgu tue sebab dia tak sangka aku yang baru masuk dan ambil alih kelas tue tapi dah bawa rotan. Sedangkan cikgu lain yang masuk ke kelas tue bawa buku saja. Tapi kalau dah degil tue bawa ler rotan ker, apa ker, still macam tue juga. Cuma bebudak nie suka kalau cikgu yang mengajar depa tue pakai dari segi berpakaian, because it's going to be one of the attraction. Sempat lagi bebudak tue tanya sama ada 'boyfriend' aku yang selalu hantar dan ambil aku ke sekolah. Sedangkan adik aku yang selalu ambil dan hantar aku; kalau pagi tue dengan kereta Iswara, balik tue pulak dengan kereta Satria. Biasalah bebudak, suka nak ambil tahu semua perkara. Cuma yang buatkan aku rasa agak terharu ialah aku sempat sambut Hari Guru. Bebudak tue ramai kasi hadiah, even a small gift but really meaningfull. Time aku cakap nak berhenti, depa diam saja. Agaknya depa suka ler tue..sebab lepas nie tak akan ada orang yang akan 'sebat' depa lagi..hehe..depa tanya aku nak pergi mana. Cuma aku gertak depa, aku cakap yang aku dah 'bosan' mengajar dan aku nak kejar impian aku untuk kerja dalam bidang aku sendiri. Cuma aku sempatlah bagi nasihat kat depa suruh depa belajar bersungguh-suggguh sebab dengan ilmu itulah depa akan mencapai kejayaan untuk masa depan. Aku pergi juga jumpa dengan Pengetua situ, dia siap cakap lagi kalau aku nak terus mengajar situ, aku memang dialu-alukan. Aku mengiakan saja, tapi dalam hati kalau boleh tue memang tak nak dah...ehehh..
No comments:
Post a Comment