Memang aku dah plan nak bangun lambat pagi nie sebab tengah hari aku ada hal sikit, tapi disebabkan aku nak temankan kawan aku, actually my officemate (officer) ke pusat service kereta, aku ringankan jugak badan aku nie untuk ke bilik air. Suppose aku dah buat appointment last week untuk buat premium service, so bila dah ke sana dan bila tengok timing aku time tue (i was on rush at that time) so aku cancelkan saja. Itulah dalam minggu nie aku kena service gak kereta tue sebab dalam bulan depan aku nak balik kampung ambil family aku ke sini. Untuk service nie aku dah buat appointment for me and that officer. Memang adik aku dah bawa kereta tue gie service dekat kedai biasa, cuma aku tak confident. In fact Abang pun memang cadangkan aku service dekat tempat lain saja sebab kalau dekat Perodua nie service dia memang mahal. Kalaulah Abang knows about this, sure aku kena bambu nyer..hehe...
Aku nak ceritakan sikit pasal officer yang join aku ke pusat service nie. Dia nie baru lagi masuk kerja dalam tahun lepas sebelum kami berpindah ke kampus tetap nie, kalau tak silap aku bulan Jun 2006. Orang Terengganu. Memang aku ada dengar di kalangan pegawai di jabatan aku pun ramai yang kurang senang dari segi komunikasi dengan pegawai nie. Even housemate dia, pegawai jugak kat tempat aku pun selalu misscommunication dengan dia. Contohnya kawan aku cakap kalau dekat rumah tue bila dia masak, dia siap share lagi makanan yang dia masak dengan pegawai tue. Kalau tak dipelawa pun pegawai nie aci bedal jer makanan housemate dia. Stok tak malu gitu kan! Tapi pegawai nie kedekut gitu. Kalau masak apa pun dia sure makan untuk dia sorang jer. Lepas tue pulak kalau di kalangan pegawai pulak, diaorang sampai dah abih idea nak buat macam mana sebab pegawai nie jenis 'blur'. Sampaikan staf dia pulak yang pijak kepala dia. Lepas tue tahu pulak dia nak marah sebab staf dia buat cam tue kat dia. Kalau dalam meeting pulak dia akan cakap something yang at the end nampak macam dia yang perfect dan dia akan lepas diri, maksudnya orang lain yang salah, dia saja yang betul. Aku cakap macam nie pun sebab aku pernah terkena dengan dia dalam mesyuarat pentadbiran. Ada sekali tue housemate dia dan sorang pegawai nie ada bercerita dengan aku yang diaorng if possible cuba nak ubah penampilan pegawai nie sebab dia a bit old fashion; aku pun penah gak cakap berkias-kias dengan pegawai tue pasal penampilan dia. Tapi dia boleh jawab macam nie 'biarlah, aku suka dengan penampilan macam nie'. Aku dengan housemate dia dah pandang bermakna dah. Maknanya pegawai tue memang langsung tak nak terima perubahan untuk kebaikan dia jugak.
Okey back to the main point. Aku assume hari Jumaat tue pegawai tue akan call aku ke apa ke reconfirm balik dengan aku pasal nk ke sana tue. Manalah tahu kot-kot aku ada hal ker apa ker. Ini tak, aku pulak yang terpaksa call dia pagi nie tanya dia dah siap ke belum, siap cakap lagi suruh dia tunggu kat mana. Macam aku nie mastermind pulak. Dah aku sampai situ aku call lagi tanya dia kat mana. Katanya dia balik ke bilik jap sebab tertinggal buku service tue. Aku diamkan saja. Lepas tue kitaorang pergi breakfast sebab sure nanti nak tunggu kereta tue ambil masa jugak tue. Aku kan jenis tak tahan lapar. Nak menunggu dia habis makan pun satu hal jugak. Nasib baiklah time aku sampai tue person in charge yang aku call, and he's the one yang handle case aku time kereta aku masuk air tue, ada dekat situ. On the way memang aku ambil lane paling kiri. Mula-mula tue aku perhatikan kereta pegawai tue all the way at my back. Lama-lama tue dah x dak dah. Isy..biar benar dia nie. Aku drive pun tak melebihi 80km, lepas tue aku perlahankan sampai ke tahap 60km jer..itu pun still tak nampak bayang pegawai tue. At last aku stop tepi jalan. Tak lama lepas tue baru nampak dia. Aduih! Letih ler aku macam nie nak menunggu dia. Bukannya it's too dangerous if she's driving too slowly at the highway. Tanyalah sapa-sapapun sure hangpa agree dengan aku. Dah ler aku cakap dekat pegawai tue tengah hari nie aku ada hal, so everything aku nak kena a bit rush. Sampai jer dekat Perodua, i parked the car and take the number. Sementara dia pulak aku perhatikan pegawai tue still dekat dalam kereta. Entah apa yang dia dok buat, ambil masa lama betul nak keluar dari kereta tue. Aku nie kan jenis yang tak boleh lambat. Rimas dan lemas jadinya. Sebabnya tahap lambat dia tue keterlaluan sangat. Nak sound dah pangkat akak dah. Abih tue apa daya aku, cuba hangpa habaq mai sini sket! Dalam dok menunggu aku cuba jugak lelapkan mata ni sebab yesterday petang aku minum nescafe ais, lepas tue payah nak tidur. Hampir jam 3.00 pagi baru mata nie terlelap. Dalam dok menunggu tue aku dimaklumkan kereta aku dah siap. Tapi yang pelik tue kereta pegawai nie still tak siap sedangkan dia hanya buat normal service. Aku pulak yang buat premium service kereta aku dah siap dulu. Time aku buat pembayaran tue aku tolong tanyakan juga status kereta pegawai tue. Hampir setengah jam menunggu aku pun cadangkan kat pegawai tue suruh dia tanyakan lagi sekali sebab dah terlalu lama sangat. Tapi pegawai tue, entah ler kalau aku nak gunakan perkataan 'bangang' ataupun 'blur' yang sesuai. Dia buat 'dono' jer. Lepas tue mengeluh yang keretanya tak siap lagi. Aku yang tengok situasi tue lagilah aku hangin. Aku memang boleh rasa memek muka aku nie dah cam 'tapai' dah. Memang dah tak boleh cover dah muka masam aku time tue. Nasib baik pagi tadi dah breakfast. Kalau tak maunya aku tinggalkan saja dia kat situ. Carilah jalan balik sendiri..hhe..Meantime aku tanya sama ada dia ingat jalan nak ke Perodua sebab tempat tue dekat dengan exit plus. Next time senang dia datang sendiri. Memang senang sangat. Tapi dia cakap dia susah sikit nak ingat. Aku dah malas cakap apa dah sebab aku assume that's going to be the first and the last aku temankan dia. Aku bukannya tak nak tolong dia, tapi dia sendiri yang langsung tak ada inisiatif nak majukan diri dia. Lagipun budak rumah dia pun guna kereta, so lagi senang kalau dia tanya dengan kawan serumah dia tue. Risau jugak dalam dok kutu-kutuk dia nie kang aku lak cam tue. Kereta dia tue dia dah ambil awal tahun nie tapi mileage sikit sangat. Iyer ler guna kereta tue untuk datang dan pergi kerja saja. Even ke kedai pun jalan kaki. Abih tue camner? Budak rumah dia pun ada gak cakap dekat dia at least drive kereta tue bagi biasa dengan pemanduan, bila masa nak kena drive laju, bila masa nk kena break mengejut. Ini tak, takut nak berjalan ke mana-mana. Ditambah pulak dengan kedekut. Erm..langsung 'tak dapek eden nak nolong'. Sampai jer exit Nilai, terus jer aku tinggalkan dia sebab dari situ ke asrama (dia tue sebagai felo asrama) memang dah dekat sangat dah. Kalau ke situ pun tak tahu, memang aku cadangkan suruh dia parking kereta kat tepi jalan, suruh dia jalan kaki balik ke asrama...hehe..jahat kan aku nie mengutuk orang kat dalam entry nie..but it's fact man! At least aku relase sikit.
Sampai rumah aku terus packing apa-apa yang patut sebab aku ada hal nak kena keluar jap. Suppose aku jumpa kawan aku kat KL tapi dia pulak kena food poisoning. Ending dia aku keluar sorang saja. Sempat lagi beli nasi beriani dekat tempat favorite aku tue..hehehe..sekurang-kurangnya rasa geram tue aku lepaskan dengan berjalan-jalan ke KL, masuk ke kedai buku, masuk ke pusat beli-belah, window shopping jer ler..hehe...bukan aku mengungkit tentang apa yang aku buat tapi apa yang jadi tadi tue memang buatkan aku banyak berfikir. Yang pertamanya kalau kita takut nak explore, kita akan stranded kat sesuatu tempat ataupun situasi tue sampai bila-bila pun. Yang keduanya kalau kita susah nak terima perubahan untuk kebaikan, endingnya kita sendiri yang rugi. Sebabnya aku cakap macam tue sebab aku dulu pun macam tue jugak. Since aku ada kereta nie nak ke mana-mana pun aku rasa takut. Tapi Abang always give moral support. Dia selalu yakinkan aku yang aku boleh buat! Kalau dulu aku takut nak balik ke kampung sorang, tapi aku kuatkan semangat dan tawakkal. Betul jugak cakap Abang tak kan selamanya nak balik bawak kawan dan berharap pada orang lain. Sekurang-kurangnya aku pun nak spend time with family and so on. Aku kalau dah balik kampung memang banyak masa aku dengan tidur. Jadi kan ke agak sukar kalau bawak kawan, kang risau pulak kalau-kalau kawan aku tue boring sebab aku asyik tidur saja..hehe..
No comments:
Post a Comment