Tuesday, April 04, 2006

Unbelievable

Rasa marah nie dari semalam bawa sampai ke pagi nie. Memang dah berkobar-kobar dah hati aku nie nak menyuarakan rasa ketidakpuasan hati ni kat sorang pegawai nie. Semalam dia minta aku draf satu surat pemangkuan bagi kakitangan cuti bersalin. Lepas deraf tue dia minta letak atas meja dia sebab katanya dia nak edit dulu. Aik..pelik aku, pasal apa pulak dia nak edit sedangkan kelazimannya surat yang dideraf akan terus masuk ke bilik bos aku and he's going to check sama surat tue ada sebarang pembetulan ataupun sebarang penambahan. Erm..i smell something fishy here. Kalau difikirkan balik, surat pemangkuan cuti tue dah kira surat cuti. Dalam meeting pentadbiran antara bos, aku, pegawai tue dengan sorang kakitangan dia, kami dah capai kata sepakat yang pembahagian tugas dah diberikan kepada bahagian masing-masing. Kalau bab-bab cuti tue pegawai tue akan in charge overall. Aku memang dah tak in charge dah. Alih-alih kenapa dia minta aku draf pulak? Dah tue pagi tadi dia tanya lagi surat tue aku dah buat ke belum, so aku cakap le belum lagi. Dia dah start hangin dah. Aik..nape nak hangin dengan aku. Siap cakap nak surat tue urgent. Apa pulak aku yang kena? Staf dia ler kena deraf surat tue. Lepas tue bila aku cakap dekat dia surat tue kena dilampirkan bersama borang pemangkuan, senarai tugas pegawai yang memangku dan dipangku, dia suruh aku minta dekat pegawai yang akan memangku tue. Lagi ler aku hangin. Nampak sangat dia nak lepas diri saja. Lagi satu yang buatkan aku rasa cuak tue kenapa dia minta nak buat double chek surat tue sebelum bos aku sign? Tak ke pelik tue? So as a conclusion, memang tue tugas dia. Pegawai yang lain pun tak ada masalah deraf surat, tapi bila tiba bab pegawai nie dia memang berkira sangat bab nak deraf surat. Kononnya dia ingat 'aku nie pegawai, deraf surat bukannya tugas aku'. Lepas tue pulak kenapa dia suruh aku yang buat surat tue? Aku tak kisah kalau itu memang tugas aku. Ikutkan memang aku dah tak boleh sentuh dah bab-bab cuti tue. Mana lah tau kot2 ada perkara sulit ke apa ker. Macam minggu lepas ada satu meeting tue yang sepatutnya diadakan hari semalam tadi terpaksa ditunda ke 27 hb nie. So dia draf surat tue Jumaat lepas, dan minta aku segerakan surat tue supaya bos aku sign. Dah settle jer bos aku sign aku dengan bermurah hati menghantar surat tue ke meja dia sebab memikirkan buat apa ler nak berkira kerja. Bila dia tengok surat tue, terus dia tanya aku dah buat ke belum phone call ke semua penama dalam surat tue. Aik mamat nie tak kan tak tau yang aku baru jer cakap kat dia aku just keluarkan surat tue dari bilik bos, so of course lah belum. Cepat betul menggelabah mamat sorang nie. Aku nie bukannya staf bawahan dia yang dia nak kerah sesuka hati dia. Kot mana pun aku kena siapkan tugas hakiki under my main bos. Aku kena utamakan bos aku dulu. Ni tak dia nak juga minta kerja dia siap dulu. Mana boleh beb! Kalaupun aku buat kerja yang dia minta tue kira aku nie dah bermurah hati nak tolong dia. Itu saja...aku nak tengok kesudahan tue esok macamana..erm...
Jam 5.10 petang aku punch, terus gerak ke rumah aku tue. Sampai saja budak yang nak menyewa rumah aku tue dah ada situ. Mak aii..merimbunnya rumput yang ditebas that day tumbuh balik..cam aku nie penanam rumput yang berjaya pulak..haha..unbelievable, cepat betul naik rumput-rumput tue..sabor jer ler..Aku pun bukakan pintu gril tue, siap testing lampu dan kunci yang aku duplicate tadi. Hampeh betul, semua pun kunci tue tak boleh guna. Nie alamatnya nak kena pergi ke kedai kunci tue balik. Tue yang aku maleh tue. Dalam dok terangkan kat budak tue minta dia jaga rumah tue elok2 (iyer ler..tue rumah baru, dan budak tue akan jadi penghuni pertama, sedangkan aku pun belum rasmi lagi..uhuk..uhuk..uhuk..), kawan dia pun sampai dengan van. A guy. Katanya kawan dia. Budak tue siap bagi business card kat aku lagi..amboi..aku pun tak dak kad lagi..kad pengenalan tue ada ler...hehe..Budak yang nak menyewa tue nama dia Angah. Dia tanya kawasan rumah aku nie 'ok' ker. Aku tak tahu ler 'ok' yang dia maksudkan tue macamana; sama ada 'ok' tue dia nak tau kot-kot kawasan rumah tue 'clear' dari segi nak buat perkara yang tak senonoh ker ataupun 'ok' kot2 rumah aku tue 'berhantu' ke apa ker. Aku nie kan suka bersangka yang buruk dulu, lepas tue baru boleh fikirkan sama ada apa yang aku fikir tue boleh jadi perkara yang positif ataupun perkara yang negatif. Takut beb, walau pun pompuan, kena hati-hati gak. Lembut gigi dari lidah. So aku pun cakap dekat area rumah aku tue dah ramai orang, so should be no problem, cuma nak kenal dengan tak kenal saja je jiran-tetangga. Aku tanya dia nanti stay kt bilik master bed room ker. Dia mengiakan, tapi dia cakap malam dia akan tido kat bilik adik dia ler sebab dia nie jenis yang penakut sikit. So aku pun 'setepet' kat dia "Ala, nanti bila nak masuk rumah nanti, bacalah apa-apa yang patut'. Dia diam saja. Tetiba saja kawan lelaki dia cakap 'ala..kan abang sedara ko rajin lepak time ko stay kt hostel'. Aku dah terdiam. Bukannya nak bersangka yang baik, tapi aku kena buat 'edisi siasat' gak lepas nie. Dia cakap dia kerja dekat kedai kain. Nanti aku gie survey tempat tue tengok dia ada keje situ ke tak. Angah nie jenis yang berperwatakan kasar sket ler. Kelmarin saja aku test call dia guna no aku yang lagi satu tue. Kasar jer bunyi time dia sambut panggilan tu. Sabo jer ler..aku nie kan jenis yang cepat 'naik angin' kalau tune tue dah naik ke volume 3. Itu aku ler. Settle jer budak tue buat payment dan sign agreement, dia terus gerak balik. Lepas saja van yang depa naik tue melepasi selekoh jalan, aku terus jumpa dengan akak jiran sebelah rumah yang 'kay poh' tue. Mula-mula tue adik dia ke adik ipar dia keluar dengan seluar paras lutut dan tak pakai baju. Isy mamat nei..tak malu betul, dia tak tau ke yang anak dara kat depan dia nie..aku pun tanya dia akak ada tak, dia masuk ke rumah. Lepas tue keluar pulak si husband akak tue, pun pakai seluar steng tanpa baju, pun aku tanya soalan yang sama. Tak lama lepas tue baru la akak tue keluar. Lepas salam dengan dia, aku pun cakap perkara yang sebenar; minta dia tengok-tengokkan rumah aku tue, even aku pun dah kasi no. telefon aku kt dia. Iyer ler untuk keselamatan kan..risau jugak. Setttle jer, terus aku gerak balik ke rumah. Si mamat tue still ada dekat luar rumah sambil main-main dengan anak sedara dia. Agaknya dia nak tengok aku balik kot..hahaha..

No comments: