Saturday, April 01, 2006

Seminar Setiausaha (hari ke-2)

Set jam pukul 6.00 pagi, tapi bangunnya pukul 6.30 pagi. Hehe..terlewat sikit, lagi pun aku 'cuti' hari nie. Lagi pulak air-cond tue dah di offkan semalam tapi still sejuk jugak. Itu yang buatkan aku lagi malas nak bangun tue. Aku tengok kawan aku dah siap mandi aku, aku pun apa lagi, bingkas bangun dan terus ke bilik air. Dah bersiap kami terus pergi breakfast. Abis tue terus kami gerak ke dewan yang semalam ada dinner tue. Ikut jadual program start jam 8.30 pagi. Sebelum tue urusetia minta kami ke kawasan swimming pool. Bukan nak suruh mandi yek, depa nak ambil gambar. Dah ler peserta seramai 478 orang, sure tak muat. At last camera man tue pergi ke tingkat atas sikit dan snap gamar kami. Dia minta kami posing ala-ala tengok langit. Ada ka patut cameraman tue ambil gambar semua orang sekali gus. Cit! Sah tak nampak muka aku memandangkan aku dah dekat belakang! Bila gambar tue depa letak kt board belakang kot2 ada yang berminat nak tempah ke apa, aku gie tengok. Memang tak nampak muka aku. Nampak kepala jer. Apa la depa nie. Kalau 2 tahun lepas tue time depa buat Grand Season tue depa panggil row by row, so memang effective ler. Siap gambar tue aku framekan lagi. Nie dah ler minta semua sekali ke area swimming pool, memang crowd giler. Macam anak lembu yang baru dilepaskan dari kandang. Bertempiaran saja. Habis saja sesi bergambar tue, kami semua dah bergerak masuk ke dewan tue untuk sesi ceramah. Tak lama lepas tue depa jemput Dr. Mohamed Jantan, Perunding Motivasi dan Psikologi Kaunseling, RMJ Hoslistik Solution bagi ceramah pasal ESQ (Kecergasan emosi dan spiritual kesetiausahaan profesional). Pergghhh..dengar dari tajuk jer dah gerun kan..hhe..time penceramah tue bagi talk, dia siap tunjukkan slaid dia tengah bagi 'talk' kt Mawi. Tue tengah dok 'melobi' si Mawi WORLD ler tue..haha..Not bad gak isi ceramah dia. Lepas tue kudapan. Aku dengan kawan aku lepak bilik saja sebab still kenyang breakfast tadi. Masuk saja ke dewan lepas tue penceramah lain dah start bagi talk. Malunya bukan kepalang tapi bukan kami jer yang masuk lewat. Tak sangka le pulak yang orangt tue on time. Dia nie Setiausaha Sulit YDP Besar Negeri Sembilan. Nama dia YBH Dato' Hj. Abdullah Haji Abas. Still a smart guy, but with a white hair, macam Sultan Perak tue. Bagus talk yang dia bagi. Disambung pulak sesi tue after lunch. Sepanjang tue memang dia cakap dalam loghat "Nogoghi". Siap diajar protokol diraja. Antara tips dia yang aku ingat ialah kalau pepagi ada sapa-sapa yang asyik marah2 jer cuba tanya kat orang tue 'Dah berak ke belum'. Tergelak kitaorang. Iyer ler betul gak sebab 'lepas membuang kita dah lepaskan bahan2 toksid' so of course la fresh dan ringan badan kita lepas tue. Lepas Asar aktiviti bebas. Kawan sebilik aku terus lepak kat bilik. Aku pulak pergi ke Spa Marta Tilaar kat tingkat 18. Depa ada bagi voucer RM50.00. So bila aku enter ke tempat tue aku tanya pasal rate untuk buat spa. Dalam dok bertanya kat budak tue, aku terfikir gak yang sebelum nie aku pernah pergi buat spa kat Pandan Indah. Balik saja dari rumah aku dah start menggaru-garu cam beruk jer rupanya. Tak lama lepas tue habis badan aku keluar bintik merah-merah. Terus Abang bawak aku jumpa skin specialist. Time aku buat pemeriksaan, doktor tue tanya kot2 aku ada pergi ke spa, i said yes. So dia cakap most probably bath tab tue tak bersih. Iyer la, bukan aku sorang saja yang ke spa tue kan. Jadi itu ler bahana yang aku terpaksa tanggung akibat nak buat spa. Bila ditanya harga untuk buat spa tue, mak aiii..harga sebenar untuk buat spa biasa tue, siap dengan scrup RM250.00, ditolak voucer RM50.00 so aku akan bayar RM230.00. Isy..mahal 'gilos' tue. Terus aku cancelkan. Aku called Abang, so dia suruh aku pergi ke spa yang diprovidekan oleh hotel saja. Terus aku pergi ke tingkat 11. Nama dia Clerk Hatch. Aku tanya kat person in charge kt front desk tue. So aku request untuk buat Aromatherapy Massage. Dia bawa aku masuk satu bilik tue, minta aku tukarkan pakaian. A few minutes later, a christian lady came inside. Dia pun start mengurut. Sedap betul. Terasa setiap gerak tangan dia picit aku. Bila bila dia urut dekat belikat kanan sampai le tangan kanan, aku rasa cam nak terkeluar saja urat-urat aku. Macam nak menjerit pun ada. Sebenarnya dah seminggu dah belikat aku sakit. Memang tak dinafikan aku ada angkat barang berat, then bila bangun pagi pulak still rasa sengal dekat belikat tue. Hofefully i will feel release, insya-ALLAH. Siap that lady kasi aku her mobile number, in case kalau aku nak ke sana lagi. Settle jer dia urut, aku terus ke bilik wap. Yang tak best tue, aku terpaksa berkemban, sambil pakai tuala lain cover bahu aku. Aku terpaksan menyusuri gym sebelum nak sampai ke bilik wap tue. Rilek situ dalam 15 minutes, terus aku pergi mandi. Sampai bilik dalam 6.30 just nice. Aku pun mandi lagi sekali, sebelum bersiap2 nak makan malam. Untuk sesi malam tue pulak pasal Aspek Bahasa Dalam Penulisan Surat Rasmi. Penyampai tue ialah Tn. Hj. Muhammed Salehudin Aman, Munsyi DBP. Memang menarik topik tue, tapi since siang tadi jadual agak padat, so sesi malam tue agak meletihkan. Antara beberapa perkara yang rasanya kita boleh share ialah:
1. Rupa-rupanya dari segi penggunaan ayat dalam surat rasmi yang aku gunakan dan juga dalam perbualan kita seharian pun still ada yang silap. Contohnya penggunaan ULAM-ULAMAN tue maksudnya PEREMPUAN SIMPANAN. So the proper word tue hanya ULAM saja sebab dah plural.
2. Macam perkataan JOMHEBOH tue pun dah silap sebab perkataan JOM tue sepatutnya dijarakkan dengan HEBOH tue. Rupa-rupanya sebelum TV3 nie nak gunakan ayat tue, depa refer dengan DBP terlebih dahulu. Should be topik nie depa buat pagi esok.
3. Selalu kita guna YANG KURIK ITU KENDI bla...tapi penggunaan ayat yang betul ialah YANG KURIK ITU KUNDI. Sebabnya KURIK tue buah saga, dan KUNDI itu ialah batu timbang. Bukan KENDI.
4. Selalunya kita gunakan ayat macam nie 'rupa dia saling tak tumpah bla...penggunaan yang betul ialah SALIN tak tumpah
5. Penggunaan yang betul bagi MENJOLOK MATA ialah MENCOLOK MATA
6. Penggunaan yang betul bagi RAMAI ORANG ialah BANYAK ORANG. Sebabnya ialah kalau ramai tue disamakan dengan riuh rendah/hiruk pikuk.
Itu le serba sedikit apa yang aku dapat malam nie. Banyak lagi info yang aku nak share, tapi dah dah mengantuk sangat dah nie...good nite..zzzzzzzzz.....

No comments: