Friday, April 21, 2006

Did I Said Something Wrong?

Start dari semalam lepas Maghrib lagi aku mula rasa 'mual' cam nak muntah-muntah. Tak tahulah aku dah tersilap makan ke apa ker. Cuba gak untuk 'membuang' tapi tak dapat. Sebelum tidur tue aku siap pesan kat housemate aku if anything happen to me at night, i will knock their door without hesitate. Tapi alhamdulillah aku tidur dengan agak lena (sebab selalunya aku tidur sure akan terjaga few times). Agaknya mungkin for the first time petang semalam aku exercise gie aku main badminton. Hehhe..dah berapa tahun dah aku tinggalkan game tue, seingat aku le..it has been for 10 years! Main syok-syok aja. Siap ajak 2 orang anak jiran tue main sekali. Itupun sebab selalu nampak depa dok praktis tiap-tiap petang. Malam tue tengah aku dok tengok American Top Model 4, budak rumah aku (yang student tue) ketuk pintu bilik aku sebab nak kasi ais krim. Aku tanya kat dia berapa harga ais krim tue tapi dia cakap dia tak tau. So aku pun buat kesimpulan mungkin housemate aku yang lagi sorang tue keluar pergi beli ais krim tue agaknya.
Pagi nie lepas punch in, budak rumah aku ajak gie tapau, so aku pun follow sekali ke cafe dan aku tapau nasi goreng ngan kuih sikit. Balik saja dari tapau tue kat tempat parking, aku cakap ler kt student yang housemate aku tue yang ais krim yang dia bagi kat aku semalam tue sedap. Aku tak maksudkan apa-apa pun. Tup-tup tetiba saja housemate yang lagi sorang tue sound aku "ala...makan free memang ler sedap!". Kuat pulak volume dia sound aku time tue. Nasib baiklah kami bertiga saja kat parking time tue. Aku dah tergamam. Malu aku beb! Ini dah melibatkan maruah aku nie. Wei..aku dah silap cakap ker? Seingat aku lah, tak pernah sekalipun aku merengek minta depa belanja aku ke apa ke. Setakat bergurau tue biasa lah, but i don't mean it. Kalaupun time makan, bila depa dulukan duit depa, aku memang make sure aku akan bagi balik amount makanan yang aku kena bayar tue kat depa. Memang dari dulu lagi Abang dah pesan kot mana pun jangan bagi orang lain belanja kita sebab soon or later kita akan terhutang budi, nanti susah nak balas. And it's true. Walaupun gaji aku tak banyak tapi aku tak pernah meminta-minta. Mak dan ayah aku tak pernah ajar aku untuk terhegeh-hegeh untuk minta simpati apatah lagi bab-bab makan nie. Kalau ada makan, kalau tak dak diam saja. That's what i learn from my past. Selama nie aku cuba untuk tidak bermulut laser, walaupun dia selalu saja cakap lepas dengan aku. Aku kalau boleh memang tak nak biasakan diri aku nie untuk just simply 'laser' orang apatah lagi budak rumah aku sebab aku tak mau depa terasa hati though it's just a joke. Itu yang aku jaga sangat. Sebab tue depa cakap aku nie jenis 'skema'. Abih tue camner?

No comments: