Friday, March 03, 2006

Wiring Guy

Hari nie aku pakai baju kurung, ada labuci sket. Ada sorang pegawai nie (sebaya aku) selalu gelar aku ngan panggilan 'Hajjah' (insya-ALLAH masin mulut dia, jadi 'hajjah' betui le aku)kengkawan aku lak ada yang cakap cam pengantin. Hehhe..apa mengarut ler depa nie. Baju tue aku beli siap. Seingat aku ler setakat nie aku dah beli baju kurung yang siap hanya 2 kali jer, yang lelain tue beli kain, then tempah. Bos aku lak cuti hari nie; dia kata kereta dia rosak, petang tue lak dia called katanya kunci kereta lak ilang. Ntah ler yang mana satu yang betul. Wife dia yang akan amik DO ngan flight ticket kt kaunter pinjaman after office hour jp lagi sebab ahad nie dia nk kena ke UTM, sebab Isnin tue dia ada meeting kt sana.
Tengahari lak aku gegas jumpa budak yang wat wiring. Muda lagi budak tue, itu ler first time jumpa dia. Sebelum nie aku selalu deal tanya pasal lampu rumah kt dia through phone jer. First time call dia memang cakap banyak and loyar buruk as well. Jumpa dia tadi pun aku ngn dia main 'smash' jer. Janji jumpa depa kt depan MacD, pas tue depa follow aku ke rumah yang aku sebab nak minta depa pasang lampu. Aku dah beli dah lampu kelmarin. Mula2 tue memang dia nak beli tapi harga dia RM15. Dia kata lg lampu yang dia beli tue leh save electric sket, itu kata dia ler. Time aku tanya, dia kata dia charge pasang lampu RM10. Tapi bila aku tanya kat officemate aku yang ada minta orang pasang lampu kat taman perumahan sebelah taman aku, dia cakap RM8 jer. So aku tanya kat dia lik. Tup-tup dia agree nk wat ngan harga RM8! So dari situ aku dah buat kesimpulan dah memang depa mark up harga. Betul kata Abang. Aku nie selalu kena tipu, cepat sangat percaya kt orang. Senang sangat agree with something, without asking other people. Pas tue aku bagi kat dia kunci rumah tue supaya senang dia nk buat lampu jp lagi. Time aku nak buka pintu gril tadi dia ada kat tepi aku, kengkawan dia pulak kt luar kereta. Aku saja jer cakap kt dia "Awak nie buat saya nervous, sebab tue x dapat cari kunci nak buka gril nie" (sambil2 tue aku melawak kt dia. Dia sengih2 jer). Pas tue time aku bagi kunci kt dia suruh dia lak kunci lik pintu gril tue, he's saying the same thing that i've said to him. Terus jer aku cakap kt dia "nie ada yang nk kena balik jalan kaki nie". Dia gelak jer. Settle tue aku terus lik umah sebab time tue dah break time dah. Meantime aku minta dia survey harga kipas dinding. Aku minta dia cari kipas KDK. Sebelum tue aku dah survey dah harga kipas kt tempat aku beli lampu tue. Harga dia RM85 dah tue x der brand lak. Aku bukannya apa, better aku beli yang ada jenama sket, so benda2 cam tue ada guarantee. Mula2 tue budak wiring tue cakap harga dia RM180. Aku diam jer, terus aku decide yang aku akan call dia jp lagi. Tak lama pas tue dia sms aku dia bagi harga kipas Panasonic RM150, KDK lak RM165. Aku called dia lik and cakap kt dia aku nak dia beli KDK tue jer. So la nie dah ada 9 lampu x RM8 (untuk sebiji lampu) dah RM72; kipas tue RM165; upah pasang kipas lak RM25, overall RM262.00. Check dalam walled amout x cukup. Nampak gayanya aku nk ke keluarkan duit jp lagi. Risau gak bawa cash banyak2. Dah ler last 2 days, harga minyak naik 30 sen. So nak ke mana2 pun kena secara berhemat. La nie aku nak ke mana2 pun nk kena fikirkan kepentingan gak. Kalau x penting better aku stay kt umah, tengok tv..hehe..kalau ikutkan aku nak sewakan rumah tue kt 2 orang staf yang akan masuk ke tempat aku. Sebelum nie depa praktikal kat tempat aku. So dah alang2 tue aku akan stay sana ler. Sebelum nie aku asyik berbelah bagi nak letak kerta 'FOR RENT' ke idak. Aku ingat kalau x dak sapa yang nak stay ngn aku better aku sewakan rumah tue kt orang jer. Tapi bila dah cam nie better aku stay sekali. Bila lagi nak merasa dok rumah sendiri kan. Mak aku pun suggestkan benda yang sama gak. At least senang depa nak mai sini. Aku x suka kalau mak ngan ayah aku stay umah sedara aku, cam x syok lak. Aku nak depa rasa senang sket, x ler tumpang rumah orang, walaupun rumah yang depa tumpang tue rumah sedara gak. Aku harap sangat dipermudahkan segala urusan aku. Biaq ler depa jd pindah ke rumah aku. Kalau la jadi, nampak gayanya aku nk kena packing barang2 balik..hehe..

No comments: