Tuesday, June 25, 2013

Sengal


Inilah yang melanda diriku sehari dua ni.  Rasa malas nak buat apa pun.  Bila malam, time nak tido tu memang mengantuk tapi aku noticed aku beralih saja tido aku.  Bila bangun pagi, ha..mendapat..satu badan rasa lenguh-lenguh.  Rasanya kalau cukup tido mungkin rasa sengal-sengal badan ni kurang sikit.  Adakah disebabkan factor umur?  Huhuhu..1 Jun bebaru ni aku baru je menjangkau 34 tahun.  Kira still young (perasan la sangat Cik Ton oooiii...).  Moga Allah permudahkan segala urusan aku, insyaALLAH.  Kat sini jerebu pun boleh tahan gak nie, nak lemas rasanya.  Rasa sesak nafas pun ada gak.
 
Rehat tadi budak maxis tu sms cakap sim card aku dah siap.  Apa lagi mencanak la gi amik.  Cuma handphone tu kena tunggu dalam seminggu dua lagi.

Monday, June 24, 2013

Fogging

Keluar je dari rumah, humang aihhh....jerebu..Nampak gayanya kena pasang air-cond kereta la ni walaupun jarak rumah dengan office tu takat sekangkang king kong jekk.  Aiyarkkk..minggu ni pun masih lagi minggu yang malas, tak tahulah kenapa. 
 
Jam 10.33 pagi tu, tetiba ada sms masuk.  Rupanya dari jiran rumah aku, Kak Pah.  Dia cakap tadi ada orang Kementerian Kesihatan hantar notis untuk buat fogging hari  Khamis (27/6/13).  Uitss..apa mimpinya ni.  Katanya area kawasan perumahan aku tu dah ada 5 kes denggi, kiranya dah jadi wabak denggi gitu, aiyoo...Siap tertera kat Notis Perintah tu lagi kalau rumah yang kosong pun dorang akan terjah masuk gak, aiyayaha.tak boleh jadi neh.  Tak per bertenang dulu.  Siapkan keje dulu.  Fikir kemudian.
 

agak-agaknya ada tak rupher cam ni orang nak buat fogging tuh..heh

Tepat jam 1.00 tengah hari, aku terus cabut gi ke Pusat Komersil.  Aku dimaklumkan hari ni dorang start buat promotion Maxis Education.  Dah terberkenan dengan satu pakej yang ditawarkan ni.  Dah dapat barangnya nanti aku post kan kat sini yer.Ini adalah antara item menarik yang ditawarkan: 

Promosi Pakej Pendidikan Maxis
  
·Promosi

o   iPhone5 (LTE) serendah RM 950
o   Blackberry Z10 (LTE) serendah RM 899
o   Blackberry Q10 (LTE) serendah RM 1099
o   Samsung Galaxy S4 (32GB) LTE serendah RM 1499 + PERCUMA Flip Cover Ori Samsung
o   Samsung Galaxy Note2 serendah RM 999
o   Samsung Galaxy Mega serendah RM 699
o   HTC ONE XL (LTE) serendah RM 199
o   Sony Xperia L serendah RM 99
o   Sony Xperia E PERCUMA
o   iPad Mini serendah RM 559
o   iPad with Retina Display serendah RM 999

 

·         Kelebihan yang ditawarkan di dalam Pakej Pendidikan Maxis (tertakluk kepada terma dan syarat):

1.        Talian telefon

a.        Percuma masa berbual, SMS dan MMS diantara warga Kementerian Pendidikan  yang menggunakan pakej Kerajaan, Korporat atau Pendidikan
b.       Hanya 10 sen/minit untuk panggilan ke talian Maxis dan operator yang lain
c.        Tambahan percuma nilai RM30 masa berbual dan SMS
d.       Percuma 20 jam panggilan dan 2000 SMS di kalangan talian keluarga
e.       Percuma telefon bimbit atau peluang membeli telefon bimbit dengan harga diskaun yang hebat
f.         Harga tetap “Mobile Data” tanpa caj tambahan

2.        Talian “wireless broadband”

a.        Kelajuan  mengakses (speed) sehingga 42Mbps
b.       Percuma WiFi modem (berkebolehan untuk berkongsi akses sehingga 5 alat peranti)
c.        Harga tetap tanpa caj tambahan
d.       Percuma Maxis Loker (cloud storage) dan akses kepada Maxis WiFi
 
Lepas rehat aku called Celcom Centre.  Aku cakap yang aku nak terminate no subline aku tu.  Iye la nama je guna no tu kat tab.  Tapi hampeh asik buffering je, ke agaknya sebab 1 GB je..hahahaaa...Operator tu cakap by tomorrow akan ada orang dari Celcom Centre call untuk buat pengesahan pasal termination ni.  Okey gak tuh.  Boleh aku try guna nombor Maxis neh.  Kita test dulu camner hasilnya nanti, chayokkk..
 
Sharp on time aku terus cabut.  Lunsuri ke rumah aku tuh.  Kebetulan jiran aku tu ada kat rumah.  Dia jemput aku masuk dan dia pun jelaskan citer sebenar.  Lepas tu aku cakap la andai kata kalau dorang nak buat fogging Khamis pagi memang la aku tak dapat nak lari balik ke rumah.  Jadi hari Rabu nant aku singgah jap rumah dia, passing kunci rumah (aku cakap yang aku percaya kat dia, siap ko kalau ada barang aku yang hilang, aku tuntut..hahhaaaa..)
 
 
Sampai rumah pun dah jam 6.50 petang dah.  Terus saja berkurung dalam bilik.  Rasanya budak rumah aku tuh puasa hari neh.  Gigih memasak kat dapur..huhuhuu..
 

Saturday, June 22, 2013

Soping kerrr

 
 
 
 
 
 

 
Memang rambang mata nengok barang lay out kt IKEA tuh.  Asalnya gi hanya nak browse Periuk Masak yang RM75.00 tuh.  Tup-tup lain pulak yang aku beli.  Hishhh...tangan ni memang biasa neh.  Ramai sungguh orang ke situ.  Chinese pun ramai gak, siap sapa yang kat bahagian layout tu amik dulu coding barang.  So nanti pergi kat bahagian yang dah dikhaskan dorang terus cari kod je.  Semudah itu kan?

Thursday, June 20, 2013

Minggu Yang Malas

Tak tahulah aper ngan aku minggu ni, malas ya amat. Nak buat apapun rasa tak der mood.  Patutnya aku dah settlekan semua filing bagai sementara bos aku gi outstation.  Jenuh la aku nak bersilat bagai nak siapkan itu dan ini.  Amek kau.  Sapa suruh malas...aiyarkkkkk...minggu ni asik baca blog aje. Ada satu blog neh best untuk dibaca.  Kalau nak baca hampa taip je KAK SENDUK.  Selamat memblog la yer..huhuu...

Cameron Highlands

Ni lah dia sebahagian dari moment holiday bersama dengan familyku ke Cameron Highlands. Aku sampai kat Ipoh.  Tunggu mak dan ayah dari Taiping. Lepas tu baru bertolak ke destinasi.  Alhamdulillah perjalanan kani berjalan dendan lancar.  Asalnya nak over night dua hari semalam je. Tup-tup adik iparku, Jadid ,mencadangkan supaya extend lagi semalam. Hari pertama stay kat Puncak Arabella. Owner nya orang Kuala Kangsar. Senang berurusan dengan dia.  Aku just bank in deposit.  Bakinya time check in. Amat selesa. Kebanyakan lukisan dalam rumah hasil air tangan isteri dia.
Hari kedua pulak kami stay kat Puncak Athirium. Amat selesa. Yang menariknya owner hanya menerima customer Muslim. Iyelah agaknya kalau non muslim nanti mungkin kena samak bagai.  Amir negotiate camner ntah dengan owner tu, dapat la murah sket.
Comey tak Adik????
Nor n tuan tanah
bergambar di rumah pertama
Ayah dan Mak.  Susah depa ni nak bergambar berdua..huhu..
di Taman Rama-rama
mak dan Manje
one family

Adik dan Abang

Ni lah dia rupa anak-anak sedaraku bila disuruh berposing. Main hentam sesedap oren depa je, layankan aje..huhuuu..