Friday, March 01, 2013

Gathering @ Flavours

j
Tumpang mandi kat rumah Ayu.  Sambil bersiap-siap tu sempat lagi snap gambar..

Ayu

tuan tanah kedaung

Ayu dan Tuan Tanah kedaung


Char kuew tiau dan fruit punch yang marvellous

Shima, ayu dan tuan tanah kedaung

Su'e dan Shima






Tepat jam 5.00 petang, aku terus punch out,  Zasss terus ke KL.  Lepas je Tol Sg. Besar, memasuki susur lumba kuda Kuantan Cheras tu, humang aihhhh....jammed giler.  Baru je terlewat seminit dua, dah jammed macam ni.  Alhamdulillah, by 6.15 aku dah sampai kat Pandan Indah.  Ayu pun dah tunggu kat kedai mamak yang berdekatan.  Terus aku follow dia ke rumah.  Rupa-rupanya dekat je.  Aku yang tak pernah masuk kawasan perumahan dia.  Nasib baik suami dia belum balik lagi.  Aku tumpang mandi jap.  Tak lama lepas tu anak-anak dia pun balik.  Kami pulak bersiap kat bilik tengah.  Bergilir-gilir anak-anak dia ketuk pintu sebab nak masuk tapi mama dia kunci pintu dari dalam.  Seketika kemudian barulah dia buka pintu bilik, tapi siap pesan jangan bagi anak-anak dia masuk ke dalam bilik.  Risau nanti dorang ngacau aku lak..huhu..biasalah budak-budak.  Tiba-tiba si kakak buka pintu terus aku ajak dia masuk.  Terus dia panggil si adik masuk gak.  Apa lagi melompat-lompat si adik tu.  Si kakak gi cari mainan.  Sempat aku tangkap gambar si kakak.  Si adik lak tak mahu posing.  Datang mama dia, nak kiss si adik.  Dia merajuk.  Jenuh panggil suruh peluk mama, dia buat dekkk saja.  Tapi si kakak baik.  Kami keluar dari rumah jam 8.30 malam.

Alhamdulillah berhasil juga sampai kat kawasan Bangsar Village.  Kami sampai dulu.  Punyalah parking kereta sikit punya jauh.  Menapak la pulak cari Jalan Telawi 3, cari punya cari akhirnya jumpa Flavours.  Memang cantik tempat tu.  Lokasi pun strategik.  Sampai kat depan restoran tu, ada mamat botak dah menunggu situ.  Dia senyum.  Kami pun senyum gak.  Dia nak tahu kalau-kalau kami dah buat tempahan.  Bila double check, memang tak ada tapi still ada seat yang available.  Terus kami book meja depan restoran.  Sambil menunggu lagi 3 orang nak sampai, aku dengan Ayu order makan.

Tak lama lepas tu Shima datang dengan Su'e.  Then Fida.  Selama 6 tahun tak berjumpa ni, macam-macam perkembangan kengkawan yang kami update sesama sendiri.  Ada yang telah bertugas ke luar negara.  Jam 11.30 malam gitu, kami decided nak gi karoks kat area Ampang Park.  Parking depan area Macd.  Fida, Su'e dan Shima dah booked bilik.

Jam 3.30 pagi barulah aku sampai ke Nilai, aduyai.  Ni memang betul-betul gathering ni.  Overall very glad to meet them.