Friday, November 23, 2012

Majlis Santapan







Pemasyhuran Pro Canselor dan Konvo ke-10 - hari pertama

tuan tanah kedaung, huhuu...

tuan tanah, Ella and Cik Anee (seri wajah ibu mengandung)

Dari kiri:  Ina, tuan tanah, Ella dan Cik Anee

tuan tanah dan Azwa

Ella, Cik Anee dan tuan tanah

Ella, Cik Anee dan tuan tanah




Ini lah dia kalau dah sekali berjumpa.  Macam-macam cerita yang keluar dan posing kemain.

Wednesday, September 12, 2012

Padan Muka Aku

Inilah dia penangan terlewat bayar.  Dah kena denda.  Patutlah lepas raya, aku rasa macam ada bil yang aku  terlepas pandang.  Rupa-rupanya aku terlupa nak bayar bil cukai taksiran.  Daripada RM113.40, aku kena bayar RM117.40.  Denda tambahan RM4.00.  Aiyarkk..dengan nak menunggu gaji lagi bulan neh.  Adeh..sesak nafas jap..huhu..

Lepas ini, aku kena ansur bayar bil Indah Water pulak.  Tetiba terus dapat bil kena bayar RM560.00.  Siap dengan surat dari lawyer lagi.. aiyarkkk..after all these years tenant tak ada kasi apa-apa bil pun.  Tup-tup terus dapat amount banyak tu.  Mana tak terkujat aku jap.  Terus aku called ke Indah Water, Seremban.  Operator bertugas tu cakap boleh bayar ansur sampai abis.  Alhamdulillah.   Bulan lepas aku dah ansur bayar RM100.00.  Berbaki lagi RM460.00.  Akan aku usahakan untuk bayar sampai selesai.

Monday, September 10, 2012

Raya ke 4

Aku nak berterima kasih kat Amir, adik bongsuku.  Sepupuku Amin dan Siti.  Juga anak sedaraku, Harris dan Adik (isyyy..macam ucapan hari raya pulak...huhuu...).
Sebenarnya pagi tu aku nak pergi buat kad pengenalan baru.  Kad pengenalan lama masih elok.  Tapi sementara ada masa ni, aku nak tukar yang baru.  Bebaru ni ada gi ke JPN Sepang.  Dah molek mamat tu snap gambar, tetiba dia cakap 'nanti kena mai lain'.  "Kenapa?".  Rupa-rupanya sebab time tu pakai color contact lense.  Aiyarkk...salah aku gak.  Jadi dah alang-alang masih lagi bercuti di kampung, tu aku ajak depa tu.  Daripada dok umah membongkang, baik ikut aku gi jalan-jalan..ihiks.  Gambar tu diambil lepas habis sesi urusan aku di JPN.  Nasib baiklah urusannya jap je.  Mungkin masih di mood raya kan..hheee..time tu hujan rintik-rintik.  Payung pulak satu je.  Kebetulan Adik memang bawa kain lampin.  Apa lagi, terus aku sarungkan ke kepala dia.  Nasib baik la dia nak..huhu...
Harris pulak jenuh diajak bergambar, barulah dia nak.  Entah nape, makin besar makin susah nak diajak bergambar.




Dah le pakai kain lampin kat kepala.  Bunny pun mau dibawa sekali.  Tapi dia tak panggil bunny.  Dia panggil dinasour.  Suka hati la nokkkk...

Tuesday, August 21, 2012

Sungai Siput - raya ke-3

 Hari raya ketiga, tepat jam 9.00 pagi, Paklong dah tercongok kat depan rumah.  Janjinya kami pakat ramai-ramai nak ke Sungai Siput.  Tok aku entah kenapa tahun ni, tiba-tiba saja sebut 'aku nak balik kampung aku'..Maunya tak terkujat kita yang mendengar.  Selama ni dia tak pernah sebut pun pasal nak balik balik kampung.  Adakah disebabkan this few years ingatkan sudah mula ingat-ingat lupa.  Buatkan dia berulah begitu?  Urmmm....tak nak fikir apa lagi...Jadi Paktam terus cadangkan supaya hari ni kami yang mana-mana berkesempatan, untuk pergi ke kampung Tok aku di Sungai Siput.  Kiranya rumah aku ni jadi pit stop nyer..ihikss..sementara menunggu yang lelain untuk sampai, sempatlah dorang menjamah dulu apa yang ada kt umah aku tuh.
Siti, Aima dan Mashitah.  Ini semuanya sepupuku.


Entah apalah yang mak dengan ayah dok sembang tu.


Sepupuku, Linda (adik) dan Nita (kakak)



Paktam, Amir dan Ayah


Amir, Amin dan Akmal di belakang siput replika. Sanggup bergambar walaupun time tu kami ni jenuh bertepuk tampar dengan sang nyamuk.

Maklong dan Paklong.  Paklong ni abang kepada ibuku.



Adik beradik, Kemal dan Arip



Sambil menunggu rombongan van.  Kami dah kat simpang Sungai Siput dah time nie.






Anak sepupu yang makin keletah.  Orang suruh dok dalam rumah.  Dia suka lak berjemur.  Jenuh dipanggil. Kt luar gak jadi favourite nyer....



Arip, Kemal dan Amin



Tu la dia ragam anak muda sekarang.  Pandai bergaya.






Dah segak berposing.  Tup-tup Paklong pun nak join dorang gak.  Katanya tak baik bergambar bertiga.  Jadi dia pun bertenggek situ untuk cukupkan korum...huhuu..aci gituu..ihiksss..




Masih lagi bergambar dengan 'wali sufi'.  Tu gelaran dorang kat Paklong since dia pakai baju dan ketayap color putih...hehee..nakal korang yer..



Maktam



Saja je tu memaniskan roman muka.  Sedangkan kami  dok bertepuk tampar dengan sang nyamuk tu..ihiksss...Mana la van lagi satu ni.  Lagi lewat alamatnya kami berkampung di klinik berdekatan la neh..heee..



Sepupuku Nita.  Dah beranak sorang.  Anakpun dah darjah 2.  Tapi maknya maintain voguee..yehaaaa..



3 beranak; Maklong, Mashitah dan Paklong






Paklong



Paktam.  Roman muka yang amat letih.  Apa taknya.  Kerja malam. Pagi ni baru balik.  Dah kena bergegas ke Sungai Siput.  Demi memenuhi permintaan ibu tersayang....



sempat lagi posing sebelum keluar..ihiksss..






replika siput










Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri - raya pertama

 Inilah dia gelagat anak-anak sedaraku serta adik-adikku selepas semayang raya.  Tahun ni kami masih memilih color merah.  Entah kenapa merah juga yang berkena di hati.  Semua pakat-pakat selongkar lik gobok bari baju melayu dan baju kurung color merah..hhehhehe..cam kongxi raya je ulahnya..ihiksss....tu la dia gambar the only anak sedara perempuan (for a time being).  Namanya Nur Iman Najla.  Aku kasi nama dia.  Jangan dia ikut perangai cam aku, dah le..huhu...

 Tu la Amir dengan Adik.  Entah apa la si Paksu cakap sampai Adik tertoleh gitu..ihiksss..

 Dah kira cukup bertuah dah dia nk dok statik time bergambar ni. Kalau tak maunya dia wat muka pelik dan terus larikan diri...hhuuu..

 Ini gambar Amir dengan Harris.

 Entah napa muka Harris masam.  Ada la menda yang dia x berkenan tu..heee

 Kunun nak wat kasi comey..jadi ker?ihiksss..larikkk...

 Amir bersama dengan Wani, adik iparku.

 Sempat lagi korang berposing yer....kami kat dapur ni dah bersingsing lengan baju dah nehh....hahhaa

 Gambar dorang lagiiii..

 Aypon, Wani dan Najla.  A family photo.



Ni dialog Najla.  "Abang Chikk..nape ada sekali dalam gambar ni?  Nape dok atas riba papa kite?"huhu..agaknya itu la kot yang ingin dikatakan oleh Najla kepada Abang Chiknya..huhu..

Haaa...! mana mau pigi haaa!