Tuesday, April 29, 2008

Kilometrico

Selesai saja makan tengah hari, aku, pegawai baru dengan kerani baru kat tempat aku tue terus ke MydinMart. Kitaorang nak beli pen untuk pameran bulan depan. Tapi by that time aku dah di tempat baru dah..hehe...Setakat ini hanya bos dengan Timbalan Pengarah aku saja yang tahu pasal pertukaran aku ni. Itupun sebab aku sendiri yang maklumkan pada Timbalan Pengarah aku tue since dia pensyarah kanan di tempat baru aku tue. Even budak-budak opis aku belum tahu lagi pasal ni, melainkan kalau diaorang tahu dari orang lain tue, wallahualam.
Keluar saja dari kereta, aku tengok ada kertas diselitkan di wiper cermin kereta. Dibelek-belek rupanya resit kompoun. Hampes betul. Kesalahan aku sebab meletakkan kereta melebihi masa yang ditetapkan. Time kena tu jam 2.20 petang dan aku sampai ke kereta jam 2.30 petang. Adoi, time ni la nak kena kompoun la apa la. Nak buat apa nie? Perlu bayar ke tak?

Monday, April 28, 2008

Gedik Santai

Setelah bertungkus lumus selama sebulan untuk buat segala persiapan bagi menjayakan muzakarah jumaat lepas, hari nie barulah aku rasa sedikit lega. Sudah boleh buat tugas hakiki aku yang sepatutnya; chat dan yang lebih pentingnya aku sudah boleh ada sedikit ruang untuk coret-coret di dalam blog aku nie. Asyik bersarang saja 'umah' aku ni, sekali ngemas sure banyak sawangnya...hehheeeheehe...
Tetiba rasa nak terkucil la pulak. Terus aku gegas ke ladies. Alamak! Datang period la pulak. Aku patah balik ke office aku. Ambil 'roti'. Nasib baiklah aku bawa spare pad. Kalau tak, jenuh aku kena runner lari balik ke rumah sekejap.
Masuk saja ke office, Timbalan Pengarah maklumkan kat aku bahawa dia telah berbincang dengan pegawai yang memangku tugas pegawai aku yang cuti bersalin tue mengenai apa sepatutnya perkara yang pemangku tue patut buat. Siap lagi Timbalan Pengarah aku tue minta dia masuk ke office aku nie at least 1 jam. Timbalan Pengarah tue cakap lagi kat aku yang dia kasi tempoh pada pegawai yang memangku tue untuk masuk bertugas dalam minggu ini. Kalau dia masih belum masuk juga, Timbalan Pengarah aku sendiri akan menghantar surat terus ke bahagian HR. Terkejut aku. Tak sangka. Dalam diam-diam, itulah keputusan yang akan dibuat.
Memang aku bersetuju dengan tindakan yang akan diambil Timbalan Pengarah aku tue. Iyelah, dah la bersetuju untuk memangku, gaji memangku lak dia terima setiap bulan, even pemangku tue dah terima gaji pemangkuan untuk bulan ke-2, tapi belum pernah sekali pun masuk bertugas. Jadilah aku nie sebagai 'kuli batak' memangku tugas pegawai aku yang cuti bersalin tue sambil dibantu oleh 2 orang kerani di tempat aku nie. Siap pemangku tue hantar kek untuk office aku nie 2 minggu lepas. Minggu lepas pulak dia hantar puding pada kitaorang. Aku tak jamahpun, apatah lagi nak makan puding tue. Dia ingat dengan kirimkan kek dengan puding tue, kerja akan siap ker? Adoi, kenapalah aku pulak yang kena buat semua tugas nie. Kalau dari awal lagi tahu macam nie, lebih baik aku saja yang mem'volunteer'kan diri untuk memangku tugas-tugas pegawai aku tue. Tak sakit kepala hotak nie. Ini dengan filing yang tak terkira banyaknya. Mana lagi dengan tugas hakiki. Aku bukan mengomel tapi aku tak suka kena buat kerja lain sampaikan tugas hakiki aku sendiri terabai. Nanti penyudahnya aku jugak yang menanggung semua implikasinya.
Rehatnya aku keluar sekejap dengan kawan aku. Senggugut nie makin menyucuk-nyucuk perut aku nie. Tapi nak gie makan punya pasal, tak apa aku abaikan saja rasa sakit nie.
Kadang-kadang aku terfikir, kalau kita tersalah cakap, sememangnya akan mendatangkan implikasi yang negatif. Kadang-kadang tue bila mana pendapat yang diberikan disalahertikan menjadi teguran oleh penerima. Kadang-kadang penerima tue akan bercerita dengan orang lain, mungkin untuk meraih simpati, sedangkan si empunya diri memang terang-terangan bersalah.
Contoh yang terdekat ialah dengan kemelut pemangkuan tugas nie. Tengah hari tadi, kerani aku bercerita yang dia telah ke fakulti sebelah untuk bertanyakan sesuatu pada kerani di situ. Katanya pegawai pemangku tue panggil kerani aku nie dan bercerita mengenai apa yang telah berlaku. Pegawai pemangku tue rasa malu sebab telah 'ditegur' oleh Timbalan Pengarah aku. Persoalannya ialah:
1. Kenapa dia mesti rasa malu? Tak nak masuk bertugas tak pulak rasa malu? Dah amik duit pemangkuan tugas tue tak pulak rasa malu? 'Ditegur' , itulah istilah yang pegawai pemangku tue gunakan sewaktu bercerita pada kerani aku, rasa malu pulak! Aku tak faham. Konsep apa yang digunapakai oleh pegawai tue.
2. Atas tujuan apa dia harus bercerita dengan kerani aku tue? Memang terang-terangan dia bersalah. So for what reason she has to tell everything to the clerk? Nak meraih simpati ke? Adalah dengan bercerita tue, kerani aku boleh mengubah situasi sedia ada?
3. Pendapat aku, semua tue berpunca daripada pegawai pemangku tue sendiri. Kalau dia rasa tak mampu, kenapa tak tulis surat kepada bahagian HR menolak perlantikan tue, habis cerita. Ini dah berpanjangan dari satu cerita ke satu cerita.
Aku risau juga dok bercerita pasal orang, dalam tak sedar nanti aku pulak akan melakukan kesalahan yang sama. Tak ke dinamakan jilat ludah sendiri tue?